CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 1

[Sarawak] Citrawarna: Langkah tambahan diadakan untuk pastikan keselamatan pengunjung

[Copy link]
Post time 23-2-2022 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-2-2022 02:23 PM



KUCHING: Langkah tambahan dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat diadakan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti sepanjang acara Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.

KUCHING: Langkah tambahan dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat diadakan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti sepanjang acara Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.
Karnival kali ini yang bertemakan ‘Temasya Kepelbagaian Budaya’ itu, diadakan kembali dan Kuching menjadi lokasi pertama dipilih selepas hampir empat tahun tidak diadakan.

Acara itu akan menyediakan pesta yang penuh warna-warni dengan pelbagai program dan aktiviti pelancongan, selain persembahan seni dan budaya Malaysia.

Nancy berkata antara SOP yang telah dirangka termasuk menambah bilangan kanopi daripada satu kepada tujuh dengan setiap satu dihadkan kepada 350 orang dan setiap pelawat hanya dibenarkan berada di mana-mana pameran selama sejam.

Beliau berkata mereka yang menghadiri mana-mana aktiviti juga mesti menunjukkan melalui MySejahtera atau kad fizikal mereka bahawa mereka telah menerima dos penggalak mereka dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan menghadiri atau mengambil bahagian.

“Sanitasi akan dijalankan sebelum dan selepas setiap program setiap hari. Kaunter untuk ujian RTK juga akan disediakan di hadapan setiap kanopi. Hanya makanan yang dibungkus akan dijual oleh penjual dan tidak akan dimakan di sana,” katanya.

Nancy turut menasihatkan mereka yang ingin mengunjungi karnival itu supaya sentiasa memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan menjalankan ujian RTK mereka sendiri sebelum hadir. - Bernama


utusanborneo.com.my/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2022 09:30 AM | Show all posts
URGHHH.. Baru ja dapat whatsapp dari kawan-kawan gambar-gambar Citrawarna semalam. Mana ada dijaga SOP tu. Orang ramai bersesak, budak-budak bawah 12 tahun pun ramai..
pfft..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.459297 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list