CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 1

[Borneo] Keluarkan KWSP: Harap tuntutan rakyat dipenuhi

[Copy link]
Post time 23-2-2022 11:21 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR:  “Alhamdulillah, PPBM dan Pas pun sudah menyokong pengeluaran kali terakhir i-Citra KWSP RM10k yang amat diharap dan dituntut oleh rakyat., kata  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ini susulan Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan dilapor berkata akan menyampaikan petisyen ditandatangani 108,000 orang secara dalam talian bagi menuntut supaya mereka dibenar untuk mengeluarkan wang caruman KWSP mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam hal yang sama, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, memaklumkan akan menyuarakan tuntutan pengeluaran KWSP di Dewan Rakyat selepas menerima memorandum berkaitan daripada PPIM.

Selaras dengan itu, Asyraf berharap agar tuntutan rakyat tersebut akan diluluskan segera.

“Semoga apa yang dituntut oleh rakyat yang hakikatnya amat tertekan, terdesak dan susah dengan pelbagai komitmen bulanan dan hutang tertunggak, hilang punca pendapatan akibat pandemik akan segera diluluskan,” katanya melalui satu kenyaatan di Facebooknya.

Menjawab dalam ruangan komen, Asyraf menekankan agar soal siapa nak jadi hero tidak perlu dijadikan isu.

“Jangan jadikan isu siapa yang jadi hero atau siapapun nak ‘claim credit’. PPBM dan PAS nak credit pun bagi saya tiada masalah. Yang penting akhirnya rakyat yang sedang terdesak memikirkan kelangsungan hidup mereka dapat manfaat,” jelasnya.

Terdahulu, Pemuda UMNO antara yang terawal menyuarakan berkaitan pengeluaran KWSP sejak 30 Okt 2020 dengan mendesak agar ianya dapat dilaksanakan untuk membantu rakyat yang kebanyakannya terjejas dari sudut ekonomi.

Hal terbabit terus diperjuangkan berikutan ramai dikalangan rakyat benar-benar terdesak memerlukan pengeluaran kali terakhir i-Citra RM10 ribu untuk memenuhi pelbagai keperluan dan memulakan kehidupan baharu pasca pandemik.


sarawakvoice.com/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 06:51 AM | Show all posts
geng2 ameno nk tarik undi johor....taktik je ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.392527 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list