CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Sarawak] Tanam mayat bayi, sembunyi kelahiran: Pasangan kekasih ditahan

[Copy link]
Post time 23-2-2022 11:28 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Tindakan pasangan kekasih remaja merahsiakan kelahiran bayi dan menanam mayatnya terbongkar apabila warden sekolah membawa pelajar perempuan berusia 19 tahun terbabit ke Hospital Miri kerana mengalami pendarahan teruk.

Polis Miri yang menerima maklumat berhubung kejadian telah menahan pasangan berusia 19 dan 29 tahun yang kemudian membawa kepada penemuan mayat bayi yang sudah reput ditaman berhampiran rumah teman lelaki suspek di Kampung Bukit Jagus, Lambir dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, pasangan terbabit telah ditahan di dua lokasi berasingan sekitar jam 3.30 pagi pada Ahad.
“Mayat bayi yang dipercayai berusia kurang seminggu itu telah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor TVS.

Katanya, hukuman tegas akan diambil terhadap individu dan mereka yang bersubahat melakukan kesalahan membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran
“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya lagi.

Jelasnya, Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat.


sarawakvoice.com/2022/02/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.225266 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list