CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 1

Jangan malukan doktor, mereka 'tukang gigi haram'

[Copy link]
Post time 24-2-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Jangan malukan doktor, mereka 'tukang gigi haram'


Doktor dari Klinik Pergigian Sandakan melakukan pemeriksaan gigi pada program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) di Pulau Libaran, Sandakan pada 30 Januari lalu. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa mendapatkan perkhidmatan pergigian daripada doktor pergigian yang bertauliah dan berdaftar. - Foto hiasan BERNAMA


KUALA LUMPUR: Persatuan Doktor Pergigian Malaysia membantah penggunaan istilah 'doktor' apabila merujuk kepada perkhidmatan yang diberikan tukang gigi haram.

Presidennya, Dr Lim Chiew Wooi, berkata penggunaan istilah 'doktor' itu kepada pengamal haram hanya akan menimbulkan lagi kekeliruan dalam kalangan netizen yang mungkin kurang arif dalam hal berkenaan.

"Istilah 'doktor' sebaiknya tidak digunakan berikutan mereka ini sememangnya tidak bertauliah dan perlu dibezakan dengan pengamal pergigian yang bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

"Justeru, kami berharap media dan netizen lebih peka dalam perkara ini kerana 'khidmat' tukang gigi haram yang memberikan perkhidmatan di bilik hotel, rumah persendirian atau mana-mana fasiliti yang tidak berdaftar adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan perundangan, " katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada beberapa berita yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung insiden yang mana netizen menjadi mangsa kepada 'doktor gigi palsu'.

Katanya, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia turut menggesa orang ramai supaya melaporkan kegiatan haram kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil.

Katanya, 'rawatan' daripada tukang gigi haram sering menimbulkan komplikasi parahsehingga ada kalanya berkekalan termasuk kehilangan gigi, sekali gus mengakibatkan kos rawatan untuk komplikasi yang timbul mungkin jauh lebih mahal daripada kos yang dikenakan tukang gigi haram.

"Selain itu, orang awam berisiko terdedah kepada penyakit berjangkit akibat penggunaan peralatan yang bukan sahaja tidak berdaftar tetapi tidak dibasmi kuman seperti mana yang diamalkan di klinik pergigian berdaftar.

"Seperti mana dilaporkan dalam media sosial sekiranya komplikasi timbul, tukang gigi haram itu bukan sahaja tidak dapat mengatasi komplikasi terbabit tetapi tidak dapat dihubungi sama sekali," katanya.

Dalam pada itu pihaknya menasihatkan orang awam supaya sentiasa mendapatkan perkhidmatan pergigian daripada doktor pergigian yang bertauliah dan berdaftar.

https://www.bharian.com.my/berit ... a-tukang-gigi-haram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 12:21 AM | Show all posts
Macam tak percaya.. rupanya ini sedang marak berlaku di Malaysia.
Dulu around 5-7 years ago, ada dah keluar dalam papers.
Rupa2 nya masih belum berjaya di sorted out this big issue.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050816 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list