CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4957|Reply: 7

'Betul ke jalan ni bang?'

[Copy link]
Post time 1-3-2022 01:16 AM | Show all posts |Read mode
Malam-malam cerita scary la sikit, sempena baru balik meeting Ihya' ramadhan. Siapa pernah lalu jalan kebun durian di Bentong?

Nak dijadikan cerita, minggu lepas balik Kelantan jalan di Bentong tutup. Masa tu dalam jam 9 malam. Tak tahulah pula jalan highway Mempaga buka walaupun 3-4 kali adinda Aiqal Abdullah sebut.

Memandangkan jalan Bentong tutup dan sebelahnya ada laluan, kita pun lalulah dengan confident. Semakin lama jalannya semakin menyeramkan. Hutan kiri kanan. Isteri di sebelah pun duk bertanya, "Betul ke jalan ni?". Kita pun macam ragu-ragu. Maklumlah sudah lama tak balik ke Kelantan. Hehehe!

Akhirnya terpaksa buka maps, line pula slow. Alhamdulillah selepas beberapa minit, maps detect. Tengok maps, Alhamdulillah betul jalan ni.

Kebetulan ada sebuah kereta di belakang. Kita berani jugalah nak teruskan perjalanan. Selepas 10 minit kemudian, rasa tak sedap hati. Jalan macam semakin gelap.

Tiba-tiba burung besar melintas di depan. Sempatlah duk mengulang hafazan. Selepas itu, call la si Aiqal ni. Tapi line tak ada, putus-putus. Lima minit kemudian, dia call balik dan tanya lalu mana. Kita siap beritahu jalan ditutup, kena lalu jalan di tepi jalan yang ditutup itu.

Dia pun marah-marah, suruh pusing balik sebab jalan itu bahaya dan tak elok bawa anak-anak. Debaran semakin bertambah. Macam mana nak pusing? Jalan pula kecil. Kalau pusing, mau terjatuh ke dalam lubang. Tak ke naya? Anak-anak pula tidur. Biasa elok je naik kereta tidur. Si Az-Zahra' duk tengok je mamanya.

Makin seram. Hafazan ditingkatkan ke skala 10. Tak sanggup nak pusing balik setelah 20 minit lalu di jalan seram ini. Tengok maps, berbaki 10 kilometer lagi nak keluar menuju ke jalan besar. Jadi, perjalanan pun diteruskan.

Isteri sebalah duk kaki drama dah. Fikir kereta belakang macam nak buat apa-apa. Yela duk follow tapi tak potong-potong. Padahal kita bawa perlahan 50-60 km/j. Last-last dia masuk lorong lorong belah kiri dan tinggallah kereta kami di laluan itu.

Tengok maps, dah tak jauh. Tiba-tiba ada papan kenyataan tulis, "Hati-hati, air bertakung di hadapan". Allahu, dalam hati duk sebut "Ya Allah, janganlah banjir di depan ni. Bagilah kami keluar daripada tempat ini". Alhamdulillah, 2 ke 3 kilometer dari situ, keluar ke jalan besar Raub. Insaf dah balik waktu malam.

Pengajarannya, kalau orang beritahu jalan, dengar elok-elok. Selepas ini nak lalu LPT ja.

Sumber: Muhammad Safwan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 02:30 PM | Show all posts
kisah yg terjadi pd aku ni bukan berlaku kt pahang, tp ada kaitan la jugak ngan jalan.  Awal tahun ni, member aku ajak berkayak di kaki Gunung Baling. Aku yg dh memang dari perak ni ikut jalan lama Kuala Kangsar-Grik-Baling.  Aku bertolak jumaat petang, so aku bajet dlm pkl 8 nnt sampailah kt Balin tu.  nk dijadikan citer, pukul 7 malam aku dah masuk jalan Grik-Baling. ekceli ni jalan yg sama kalau belok kanan nak gi kelantan, masuk kiri masuk baling.  sape yg penah masuk situ pepaham la kan, memang lalu dalam hutan kot.  baru pkl 7 dah gelap, tambah plak masa tu baru habis hujan.  tp aku takdela takut sangat sebab kebetulan jalan tu mmg penuh ngan kereta satu hala ngan aku nk pegi baling plak.

keter-keter tu masa tu mmg slow, aku plak jenis tak sabar, potong punya potong sampai aku dah kt belakang van paling depan la. tp aku decide taknak potong sbb aku bawak keter sorang-sorang. pastu kitorang masuk jalan lorong memotong. kali ni banyak plak kereta potong kitorang. aku pun eh takleh jadi ni, aku pun potongla van depan aku tu.  tak jauh depan aku tu belok ke kiri, aku belok kiri je tup tup eh kenapa dah takde kereta lain kat situ selain aku ni?  Aku ingatkan mungkin kereta-kereta yg dh potong aku tu berdesup dah ke depan, takpelah. tapi aku tunggu jugak van belakang aku. tak nampak pun.  pastu takkan takde kereta lain yg potong van tu kan? seriau gak aku tapi aku pun takkan nk berhenti nak tak nak memang kene teruskan pemanduan la.

dalm 5 minit camtu, depan aku ada papan tanda sementara tu, tulis Perlahankan Kenderaan. Jalan depan lagi, Awas Tanah Runtuh.  pergh lagi seram la aku ni, takkan aku salah masuk jalan kot? jalan punya jalan last-last google maps aku suruh belok kiri, masa tulah aku masuk kg mana ntah jumpa orang baru balik masjid...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 02:27 PM | Show all posts
annehuda replied at 1-3-2022 02:30 PM
kisah yg terjadi pd aku ni bukan berlaku kt pahang, tp ada kaitan la jugak ngan jalan.  Awal tahun n ...

sambunglah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 02:32 PM | Show all posts

dah habis dah tu chuollss...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 02:57 PM | Show all posts

ekceli meols dalam 10 ke 15 minit gitu memandu sorang-sorang dalam gelap kt jalan tu, sampailah meols kene belok kiri masuk kg mane ntah pastu baru sampai baling. pdhal sblm tu kan jalan tu penuh ngan kereta and meols mmg tak bawak laju. lepas potong van tu kereta meols jadi satu-satunya kereta kat jalan tu, pdhal tadi beratur kereta-kereta kat jalan. and jalan tu mmg lurus takde simpang-simpang huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 2-3-2022 02:57 PM
ekceli meols dalam 10 ke 15 minit gitu memandu sorang-sorang dalam gelap kt jalan tu, sampailah me ...

Berani btl uols gerak ptg2 seorg2..kalo iols belum gerak lg dh pk bkn2 sbg lngkah berjaga2..mmg xkn la drive sorg2 tkutt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2022 05:02 PM | Show all posts
Edited by tomiko_haza at 11-3-2022 05:09 PM

Haza penah jgk lalu jln lama bentong ni. tapi tak tau nak ckp jalan yg mana. actually, masa tu lepas hantar mak and sibling pegi umrah kt kelana jaya. Lepas dh selesai urusan mak semua ktorang pun nak gerak terus ke tmpt penginapan. Dah la masa tu dh mlm, hotel kt di area janda baik. Tak silap dalam sejam setgh ke 2 jam cmtu perjalanan. Sampai kt lebuhraya karak tu waze merepek dah, suruh masuk exit yg semacam je. ktorng tk ikut terus je. Lepastu berpusing2 la ktornag keluar hiway masuk hiway, mcm tk kene exit yang waze suruh keluar tu.
Last2 sbb ktorng degil dibawaknya ktorng masuk kt satu jln ni dh la gelap gelita daun2 kering penuh kt jalan.  Masa tu dh tak sedap hati dh, tapi setiap kali pusing mmg waze bwak situ balik so ktorng pun try jela. Hari dh makin lewat ni. nak taknk ikut jela waze.  Sekali masuk jalan tu naah mcm tmpat apa tah, ada kawasan lapang, tp penuh daun2 kering. tmpt tu elok bertar, ada pondok mcm ppondok jaga,  mcm tmpt berkelah pun ada. yang sis perasan situ mcm ada jambatan and bawah tu bole lalu la ada terowong. So hsbnd sis tanya nak terus tk ikut terowong tu, sis suruh patah balik je sebab dh ase kembang and meremang. patah balik keluar jln besar, then reset blk waze baru bwak jln yang btol. Berejam jgk sesat. Lepastu hotel call tanya jadi ke dtg sebab masa tu dh pkol 11 lbh kot tk igt dh. Masa nak masuk jalan ke hotel tu ada gerai so ktorng stop tapau makan dulu. Nampak la signboard hotel semua, igt dekat dh dgn hotel rupanya jauhhh lagi. Adalah dalam 40 minit drive jgk huhu. Itupun jalannya allahhh Sempit, dgn gelap kiri kanan hutan satu kete pun tkde lalu. Ada akar2 pokok ke daun2 berjuntai2an haishh mmg seram.

sis, hsbnd and suruh anak2 baca ayt kursi jela. semua senyap hahah. sampai je hotel tu staff staff tanya akk ok tak jalan, igt tk jadi dtg tadi huhu. diorang pun senyum jek. sis just ckp datanggg tapi tula selawat qursi dibibirla. dirong gelakkan je ktorng. tapi kat hotel ok tkde apa2 gangguan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok sebagai org bentong
Jln yg tt lalu tu jln lama bentong-raub
Klu nk gi bkt fraser lalu jln tu la..
Jln tu mmg sunyi la sbb hanya org kg situ je yg guna.. tp situ ada byk resort2 durian farm klu x silap
Baru2 ni, jln tu pun tutup sbb ada jalan runtuh yg terputus jln nya..
Nasib baik masa tt lalu jln tu elok
Kalau tak nayaaa.. dah separuh jln dlm gelap tu kne patah balik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.649954 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list