CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Terengganu] Kolam udang galah, ikan kelah atas bukit rosak akibat banjir

[Copy link]
Post time 8-3-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Rahmat Saimi, 36, (kanan) menunjukkan baki beberapa ekor udang galah yang ditangkap di dalam kolam ternakannya di Bukit Jela, Kampung Kua. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Kedudukan sembilan kolam udang galah, kelah, jelawat dan baung di atas Bukit Jela, di sini, dilihat mampu mengelak ancaman banjir, namun jangkaan itu meleset apabila dua daripadanya pecah dan selebihnya mengalami limpahan air dalam kejadian banjir, baru-baru ini.

Pengusaha kolam, Mohd Rahmat Saimi, 36, berkata, dia memiliki 27 kolam di atas bukit itu, tetapi hanya sembilan kolam sahaja yang digunakan.

Menurutnya, kolam itu diusahakan sejak lapan tahun lalu dengan tiga daripadanya menempatkan udang galah, dua kolam ikan kelah dan selebihnya ikan jelawat dan baung.

"Dua daripada kolam udang galah pecah, manakala kolam lain mengalami limpahan air berikutan berlaku fenomena kepala air di kawasan bukit ini pada 27 Februari lalu.

"Akibat kejadian itu, saya mengalami kerugian hampir RM90,000 dan jumlah itu tidak termasuk kos untuk membaik pulih kolam yang rosak.

"Sebanyak 128 ekor induk dan 600 benih ikan kelah, udang galah, jelawat dan baung dihanyutkan arus berikutan limpahan air pada hari kejadian," katanya.

Menurut Mohd Rahmat, banjir yang berlaku sebelum ini tidak menjejaskan kolam terbabit kerana terletak di atas bukit, namun berbeza dengan banjir kali ini apabila kolam itu mengalami kerosakan sehingga dia terpaksa menanggung kerugian.

Katanya, sistem perpaipan sepanjang 200 meter yang digunakan pada kolamnya juga mengalami kerosakan, malah sebahagian daripada paip itu turut hanyut.

"Kejadian banjir kali ini amat menguji kerana hampir keseluruhan aktiviti penternakan di kolam lumpuh.

"Walaupun berat dugaan diterima, saya akan meneruskan kembali aktiviti menternak ikan dan udang galah di atas bukit dengan fokus utama membaiki kolam dan sistem paip," katanya.

Katanya, dia juga sudah memaklumkan mengenai kejadian terbabit kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list