CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Terengganu] Jabatan Perikanan Terengganu rampas 37 pukat pari

[Copy link]
Post time 9-3-2022 05:38 PM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu merampas 37 pukat pari dalam Op Penyu 2 yang dijalankan di pesisir pantai negeri itu selama tiga hari bermula Ahad lepas.

Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, sebanyak 35 daripada pukat tersebut dirampas di pesisir pantai di daerah Dungun, manakala dua lagi di Kemaman.

Beliau berkata, penggunaan pukat tersebut adalah dilarang dan menyalahi Akta Perikanan 1985 kerana boleh menyebabkan penyu terperangkap sehingga haiwan itu mati kelemasan.

"Pukat pari ialah pukat tangsi insang yang bersaiz 10 inci (0.25 meter) ke atas dan kalau dipasang di bawah air (dasar) ia mempunyai kecenderungan yang menyebabkan penyu tersangkut.

"Jadi kita nasihatkan nelayan supaya menghentikan penggunaan pukat pari kerana ia satu kesalahan dan mengancam penyu di laut," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Menurut Ruzaidi, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilik pukat-pukat terbabit dan jika sabit kesalahan, pemilik tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

"Ramai nelayan sebenarnya tahu dan sedar tentang bahaya pukat tersebut kepada penyu, tetapi mereka tetap menggunakannya secara haram kerana mahu mendapatkan hasil yang lebih," katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ampas-37-pukat-pari
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038458 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list