Doktor Lavanya Sivaji adalah salah seorang wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss World 2021 bersaing dengan 40 peserta lain dari serata dunia antaranya Indonesia, China, Kenya dan India.
Ketika sesi penilaian dalaman (indoor judging) berlangsung, wanita berusia 26 tahun itu memilih untuk menyarungkan busana songket dengan rekaan peplum dipadankan dengan seluar dihasilkan dari kain yang sama.
Menerusi Instagram Amaze Official, rekaan busana berkenaan diolah ala kebaya peplum berpusar pada bahagian belakang dipadankan dengan seluar ketat dan kasut dengan warna dan corak senada.
"Acapkali dilihat dalam helaian gaun mewah, sekali sekala menyarungkan helaian klasik kontemporari apa salahnya," tulisnya pada kapsyen gambar.
Lavanya turut menitipkan ucapan terima kasih kepada 'team' Amaze kerana menyediakan busana berkenaan untuk digayakan pada sesi penilaian dalaman. -CARI
|