CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

:: Cik Ya vs Encik Tak ::

[Copy link]
Post time 6-9-2010 10:53 AM | Show all posts
tahniah airell dah ada cite baru... cite mood raya..next2 n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2010 11:03 AM | Show all posts
Reply  ariellin


bagusla mcm tu..
kekalkn
its good..
good for healthy(minda cerdas&jejari si ...
amandaatika Post at 6-9-2010 09:51



ya....semoga sihat sumenya..
moga akal aku yg waras ni mampu menginput semua ilham yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:01 PM | Show all posts
best citer baru ni
tak sabar nak baca lagi wpun bulan puasa kena bnyk bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:37 PM | Show all posts
cam best je cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:33 PM | Show all posts
best cite ni....
nak n3 lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:46 PM | Show all posts
best citer ni...teruskan berkarya ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2010 02:09 PM | Show all posts
best citer baru ni
tak sabar nak baca lagi wpun bulan puasa kena bnyk bersabar
sang_arjuna Post at 6-9-2010 11:01



tq arjuna  

harap bersabar yer,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2010 02:09 PM | Show all posts
best citer ni...teruskan berkarya ye..
cmf_norb_ina Post at 6-9-2010 12:46



insya allah...  
teruskn bg komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2010 02:11 PM | Show all posts
cam best je cite ni...
ainahakimi Post at 6-9-2010 11:37



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2010 02:12 PM | Show all posts
best cite ni....
nak n3 lagi.....
zafran_iman Post at 6-9-2010 12:33



sat2 g...insya allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2010 03:16 PM | Show all posts
Tuan Haji Fadil masuk ke office dengan senyuman di wajah.  Tuan Haji Fadil memang begitu.  Selalu tenang walau dalam apa jua keadaan.  Sebab tu, dia dengan Sharifah Umairah seronok bekerja dengan company Tuan Haji.  Walau pun company kecik, tapi rasa bahagia di sini membuatkan pejam celik pejam celik, dah hampir dua tahun setengah dia di sini.  Cuma Sharifah Umairah aje yang agak baru.

"Assalamualaikum, Tuan Haji..", dia sapa perlahan majikannya.  

"Waalaikumussalam, Ya..Umai..", Tuan Haji menjawab lembut.  Dia letak briefcasenya di meja Sharifah Umairah.  Terkebil-kebil budak tu.  Tertahan-tahan tawanya melihat reaksi Sharifah Umairah.

Sharifah Umairah selalu berangan nak jadi menantu Tuan Haji Fadil.  Anak teruna Tuan Haji Fadil kacak macam ayahnya, bak kata Sharifah Umairah masa mula-mula terjumpa anak teruna Tuan Haji Fadil yang namanya Muhammad Ali tu.  Sampai merah-merah pipi putih melepak Sharifah Umairah masa tu.  Perasan yang Muhammad Ali tu dah jatuh cinta pandang pertama pada dia, katanya.  

Tapi memang untung pun kalau dapat bermenantukan Tuan Haji Fadil.  Muhammad Ali tu lulusan universiti Mesir.  Lepas tu, keluarganya orang baik-baik.  Isterinya, Hajah Aishah pun baik.  Tak sombong.  Kalau datang singgah di office, mesti bawak buah tangan untuk mereka.  Kata Hajah Aishah, dia dah anggap staff Tuan Haji Fadil macam anak-anak mereka.  Kecuali singa betina tu ya..!!

"Kak Zainab mana?  Saya tak nampak pun..", Tuan Haji Fadil bertanya, mungkin baru sedar akan ketidakhadiran singa betina itu.

"Dia cuti Tuan Haji.  Emergency leave katanya, dia telefon pagi tadi..", terang Sharifah Umairah.  

Memang Kak Zainab a.k.a singa betina tu telefon Sharifah Umairah pagi tadi, maklumkan yang dia ada hal kecemasan. Tak boleh tidak, mesti ambil cuti.

Memanglah Sharifah Umairah tak kisah Kak Zainab nak ambil cuti banyak mana pun, tapi kadang kala perangai Kak Zainab yang suka mencari salah orang lain membuatkan Sharifah Umairah dengan Laila Suria sakit hati.

Kalau mereka berdua terlambat sedikit masa office, dia akan telefon berkali-kali tanya dimana lokasi mereka.  Kenapa lambat?  Macam mana boleh lambat? Gaya macam polis pencen.  Tu yang mereka menyampah dengan singa betina tu.  Tapi Tuan Haji Fadil tak suka Sharifah Umairah dan Laila Suria buruk sangka pada Kak Zainab.  Katanya perasaan syak wasangka tu tak elok dalam Islam.

Jadi Sharifah Umairah dan Laila Suria hanya mengangguk tanda faham.  Walhal dalam hati ini, mau saja dilunyai-lunyaikan singa betina tu.  

"Bukan rezeki Kak Zainab lah arini.  Saya nak belanja kamu semua dinner.  Jadi jangan balik lepas office hour, ya.", Laila Suria dan Sharifah Umairah berpandangan lepas Tuan Haji Fadil bagitahu niat murninya.

"Makan free lah kita malam ni, Umai..", dia angkat kening ke arah Sharifah Umairah.

"Boleh jumpa Muhammad Ali..", gatalnya Sharifah Umairah.

Dan Tuan Haji Fadil berlalu masuk ke dalam biliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2010 03:21 PM | Show all posts
Laila Suria menapak menaiki anak tangga itu satu persatu.  Tinggal setingkat saja lagi dia akan sampai di pintu rumahnya.  Perlahan saja langkahnya sebab dia dah kekenyangan.  Alhamdulillah.

Lepas makan dengan famili Tuan Haji Fadil, mereka terus hantar dia pulang sebab Tuan Haji Fadil sedia maklum yang dia memang tak ada kenderaan nak balik ke rumah kalau pulang lewat malam.

Lainlah Sharifah Umairah..  Dia mampu jugak nak pakai Kelisa walaupun second hand sebab dia tak ada tanggungan.  Dia anak bongsu dari tiga beradik perempuan.  Emak ayah dia pun kira orang senang di kampung tu.  Kakak dia yang berdua tu pun dah beranak pinak.  Cuma Sharifah Umairah aje yang masih solo.  Jadi tak ada apa yang nak dikisahkan oleh Sharifah Umairah.

Tapi Laila Suria tak boleh.  Bukan tak cukup duit gajinya kalau setakat nak membayar ansurans kereta Kancil second hand, tapi dia ada banyak tanggungan.  Kena bantu Angah di kampus.  Lepas tu, kena hulur duit belanja dengan Emak di kampung.  Memang lah Emak tak mintak tapi itu tanggungjawab dia.  Dia minta izin untuk bekerja dulu pun, atas alasan nak meringankan beban Emak.

Mula-mula dulu Emak marah.  Katanya baik Laila Suria sambung belajar aje memandangkan keputusan STPM dia pun bagus.  Tapi disebabkan kepala dia yang keras macam batu, membuat Emak Laila Suria mengalah.

"Kalau setakat nak belajar, bila-bila pun Ya boleh belajar Mak..", itu aje alasan yang diberi Laila Suria sampai naik bosan Emak dia.

"Ikut suka kamu lah Ya..jangan menyesal kemudian hari sudah..", huh !! bunyi macam ugutan tu.

Tapi Laila Suria buat pekak.  Dan akhirnya di sini lah dia.  Di bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun ni.  Yang serba serbinya mahal dan mencekik darah.

Laila Suria seluk beg sandangnya, keluarkan kunci rumah.  Kemudian dia buka grill dan pintu rumah.

Gelap ! Tangannya meraba mencari suis lampu di tepi dinding pintu masuk.  

"La..ada rupanya minah ni..Laila Suria menapak menuju ke arah tubuh yang sedang lena itu.

"Jojo...Jojo...bangun..", dia gegar badan yang sedikit besar itu.  Tak bergerak.  Masih diam.

"Jojo...!!", terus perempuan yang bernama Jojo itu bangun.  Duduk tegak.  Terpisat-pisat matanya.

"Emmm...aku ngantuk lah Ya..", Jojo nak baring semula.  Menyambung tidurnya.

"Tidur lah dalam bilik...", dan Jojo mendengar arahan itu.  Dengan susah payah dia bangkit bangun.

Jojo atau nama dalam MyKad nya Juriah.  Sangat comel dan montel.  Laila Suria suka dia. Walaupun Jojo cuma bekerja sebagai promoter di Sogo, tapi dia baik hati.  Kelakar pulak tu.  Pandai masak adalah kelebihan Jojo dan Laila Suria menumpang kesenangan di atas kepandaian Jojo tu.  Tumpang makan.

Laila Suria kenal Jojo pun, kawan atas kawan.  First time jejak kaki di KL, Jojo lah orang pertama yang Laila Suria jumpa.  Tu yang Laila Suria duduk dengan Jojo.  

Dulu mereka menyewa bertiga di flat dua bilik ni.  Tapi sejak Devi dah berkawin, tinggal mereka berdua.  Buat masa ni rasanya mereka berdua masih boleh lagi menanggung duit sewa rumah dan bil api air.  Lain lah kalau tiba-tiba Puan Zaiton, tuan punya rumah nak naikkan sea rumah dia ni.  

Mintak-mintak janganlah...itu yang selalu Laila Suria dan Jojo harapkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2010 03:24 PM | Show all posts
Tersenyum simpul Lukman Sham ketika menyuap Murni, model top yang manja dan menggoda tu.  Walau dalam hati membengkak, Lukman Sham gagahkan jua dirinya mengikut rentak Murni.

Namun, matanya tertangkap pada sesusuk tubuh di meja yang bersetentang dengan mejanya.  Puas ditelek dan dibelek raut ayu itu, macam pernah dilihat.

Yes, berseri-seri muka Lukman Sham kala itu ibarat kera mendapat bunga.  Murni pelik.  Berkerut-kerut mukanya.

Lukman Sham yakin wajah ayu itu adalah perempuan sama yang melintas jalan tempoh hari.  Mana mungkin buaya tembaga macam Lukman Sham tak ingat setiap perempuan jelita yang ditemui.  

Lukman Sham perhatikan lelaki yang dalam pertengahan umur itu.  Mungkin ayah dia, hati kecil berkata sendiri.  Kemudian, memandang wanita yang mungkin isteri kepada lelaki tadi, emak dia lah tu kut, Lukman Sham berkira-kira.

Duduk bersebelahan perempuan ayu tu, seorang lagi perempuan yang tak kurang menariknya, muka macam minah arab.  Boleh tahan cunnya, ketawa Lukman Sham.  Adik dia mungkin, hati membuat keputusan sendiri.

Lukman Sham dan Alfian, kawan baik dia tu, memang secocok.  Perempuan dengan mereka ibarat isi dengan kuku.  Sangat akrab.  Cuma Lukman Sham tak pernah tidur sekatil dengan perempuan-perempuan yang ada disekeliling nya.  Bila ditanya Alfian dulu, Lukman Sham kata dia tak nak kena penyakit kelamin.  Dia masih muda, gagah dan perkasa serta disukai ramai.

Mendengar kata-kata Lukman Sham, Alfian ketawa macam nak luruh gigi.  Lawak sangat ke?  Alfian kata, memang lah lawak, nama aje buaya tapi benda kecik macam tu pun, tak boleh nak control.  Penyudahnya, Lukman Sham membodohkan Alfian.  

"Kalau kondom tu mengalami masalah kebocoran, macam mana?", itu soalan Lukman Sham pada Alfian.  Terdiam buaya yang seorang tu.  Tertelan air liur kawan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2010 03:25 PM | Show all posts
Lukman Shahril termenung di biliknya.  Baring mengadap syiling kuning cair itu. Tadi dia berpesan kepada Mak Teh, kalau ada panggilan telefon, katakan saja yang dia tak ada di rumah.  Mak Teh macam biasa, mengangguk tanda faham.

Hari ini, Lukman Shahril memang tiada mood.  Tiba-tiba aje.  Nak dikatakan simptom datang bulan, dia lelaki yang gagah dan macho.  Kacak pulak tu.  Mana mungkin.  

Cuma tiba-tiba datang rasa nak layan blues pagi-pagi Ahad yang mulia ni.  Rasa sunyi menyelinap dalam hati.  

Tuan Ismail, bos besar di rumah dan company, kalau pagi-pagi begini confirm dah pergi ke dusun mereka dengan Puan Ainon.  

Tuan Ismail tak suka main golf macam bisnesman yang lain.  Katanya tak ada thrill.  Tapi Puan Ainon kata, itu cuma alasan Tuan Ismail aje.  Sebenarnya, Tuan Ismail tu tak tahu pun nak main golf.  Dia korner lah bagi alasan lain.  Puan Ainon kata, anak-anak jangan ditipu.  

Tergelak sendiri Lukman Shahril mengingatkan orang tuanya.  Dengan seluar pendek separas lutut, Lukman Shahril bangun dari katil menuju ke balkoni yang menghadap ke flat yang usianya lebih kurang sama dengan umurnya.  Hampir 29 tahun flat itu berdiri gagah di situ.

Cuma kadang kala, pemaju akan mengecat bangunan lama itu, menukar wajah flat tersebut dari kusam kepada cantik berseri-seri.

Jatuh pandangannya ke arah perempuan montel yang selalu dia lihat pulang dari kerja.  Tapi kali ni, dia berdua.  Dengan seorang perempuan kurus tinggi lampai sambil menjinjit beberapa beg plastik.  Shopping barangkali, hatinya berbisik.

Ralit dia memandang mereka berdua.  Nampak kedua-duanya rancak berbual, lepas tu sama-sama ketawa.  Lepas tu, perempuan montel tu menepuk bahu perempuan tinggi lampai tu.

Tiba-tiba, sebuah motor datang ke arah mereka.  Pantas ! Sekelip mata Lukman Shahril nampak perempuan kurus tu dah terduduk di atas jalan raya dengan barang-barang di dalam beg plastik itu bertaburan. Perempuan montel tu berpatah balik cuba mengejar sesuatu.    Tak lama kemudian, beberapa orang mengerumuni perempuan kurus itu.  

"Moga dia selamat, hendaknya", Lukman Shahril tahu perempuan kurus itu telah diragut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 03:42 PM | Show all posts
cantikkkkkkkkkkkkkkkkk.........
crite baru best
mudah2an ariel dianugerahkan ilham yg mencurah2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 04:55 PM | Show all posts
perempuan kurus n montel tu Laila Suria & Jojo ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 05:55 PM | Show all posts
Reply 22# ariellin


   kmi slalu doakn awk dpt ilham byk
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 07:01 PM | Show all posts
besh2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 11:04 PM | Show all posts
comel tajuknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:05 AM | Show all posts
perempuan montel.... perempuan kurus...hehehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.077469 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list