CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

:: Cik Ya vs Encik Tak ::

[Copy link]
Post time 8-9-2010 09:13 AM | Show all posts
gud job!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2010 11:43 AM | Show all posts
singgah kat blog : cikyavsenciktak.blogspot.com...  tp baru ep. 12...  jgn lupa tggal kom ...
ariellin Post at 7-9-2010 16:09



    Salam Ariellin,
    Selamat Hari Raya...
    ... teruja nak baca sambungan CikYa tu..
        memang menarik,
        dah try buka blog tu tp tak dapat;
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:02 PM | Show all posts
ehh..semalam ariel bagi blog lain, xdapat bukak.blog baru ni baru boleh bukak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply 63# bb_75


    bb dah buka tp x boleh..
    bb buat add apa ya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:24 PM | Show all posts
Reply 64# cmf_azure
sy bukak cikyavsenciktak.blogspot.com cuba bukak boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 02:24 PM | Show all posts
singgah kat blog : cikyavsenciktak.blogspot.com...  tp baru ep. 12...  jgn lupa tggal kom ...
ariellin Post at 7-9-2010 16:09



    ariel...selamat hari raya...tp nak sambungan lagi yer...best2..keep up the gud job...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2010 05:06 PM | Show all posts
waahh mcm nick i..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 09:31 PM | Show all posts
ariel bila nak sambung cite ni??x sabar nak tahu kisah selanjutnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2010 10:02 PM | Show all posts
harap2 esok ada sambungannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:23 PM | Show all posts
slamat hari raya tuan rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:23 PM | Show all posts
bila tuan rumah nk balik rumah ni
asyik beraya kat rumah org je...
maila hidang kat kami n3 yg banyak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:29 PM | Show all posts
bila tuan rumah nk balik rumah ni
asyik beraya kat rumah org je...
maila hidang kat kami n3 yg ban ...
amandaatika Post at 22-9-2010 15:23



sat aku tepek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:29 PM | Show all posts
slamat hari raya tuan rumah....
amandaatika Post at 22-9-2010 15:23



dam dam dum bunyi mercun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:30 PM | Show all posts
ariel bila nak sambung cite ni??x sabar nak tahu kisah selanjutnya....
bb_75 Post at 18-9-2010 20:31


ye....nak tepek ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:30 PM | Show all posts
harap2 esok ada sambungannya
asnita Post at 19-9-2010 21:02



dah ada ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:32 PM | Show all posts
Jojo mundar mandir di Poliklinik Ishak itu.  Meninjau-meninjau keadaan Laila Suria yang masih mendapatkan rawatan dari doktor.  Kebetulan ada seorang pakcik teksi yang berhati mulia membawa dia dan Laila Suria yang cedera ke klinik.

Jojo kepal-kepal tangannya yang tembam.   Habis basah ketiaknya akibat berlari mendapatkan peragut tadi.  Kurang asam betul !  Kalau lah dia dapat bagi tendangan maut pada peragut tadi tu, memang kojol Jojo kerjakan mereka berdua tu.  Jangan main-main, ini Jojo tau !!

Pintu bilik doktor terbuka.  Terjingkit-jingkit Laila Suria keluar dari situ.  Bertampal di dahi.  Siku juga.  Oh, lutut pun.

Jojo cepat-cepat mendapatkan Laila Suria.  Perlahan dia dudukkan Laila Suria di kerusi yang disediakan di hadapan kaunter bayaran.

"Jojo, meh sini..", dia ratap ke arah Laila Suria.  

Jojo bertanya tanpa bersuara.  Hanya menunjukkan isyarat, apa mahunya Laila Suria tika ini.

"Mesti mahal ni, aku mana ada duit", ini yang Jojo tak suka tentang Laila Suria.  Dia terlalu berkira.  Dalam hal macam ni pun, dia sempat lagi nak berkira.  Agaknya kalau dia mati lah satu hari nanti, harus sebelum dikapankan, dia bangun dan bertanyakan tentang harga kain kapannya.  Eh ! Jojo dah mula melalut.

"Kita share..", bingkas Jojo bangun menuju ke kaunter ubat dan bayaran bila mendengar nama Laila Suria dipanggil.

Staff klinik terangkan perskripsi ubat-ubat yang dibekalkan kepada Jojo.  Tenang dia mendengar.

"Berapa semuanya?", dalam hati sempat lagi Jojo berdoa agar bil rawatan Laila Suria tak semahal mana.

"Oh, tak perlu.  Dah ada orang tolong bayarkan", membuntang mata Jojo mendengar jawapan staff perempuan itu.

"Sapa?", Jojo konpius.  Siapa lagi yang berhati mulia ni?  Takkan pakcik teksi tu.  Lepas pakcik tu hantar mereka sampai di depan pintu klinik, pakcik tu terus bergerak dengan teksinya.

Ubat dalam plastik di pegang kemas oleh Jojo.  Dia mendapatkan Laila Suria yang dah kelat masam mukanya.  Tapi Jojo akui, macam mana keadaan Laila Suria pun,  Laila Suria tetap cantik menawan.  Semuanya sempurna.  Sekarang ni, dalam keadaan bertampal pun, kawannya yang seorang ni tetap yang paling menonjol.

"Berapa?", tanya Laila Suria masa mereka berdua keluar dari klinik tu.  

Mana dia tak risau, dia yakin mesti mahal kos rawatan klinik.  Bukan sakit biasa-biasa.  Habis semua lukanya di cuci dan diberi ubat.  Confirm mahal ni.  

"Kena puasa lah aku lepas ni..", perlahan suara Laila Suria.

"Baik kau bawak tempurung, Ya..", mendengar itu, Laila Suria mencubit lengan Jojo yang berlemak.  Kenyal betul daging budak ni.  Menjerit dia.

"Kau nak suruh aku mintak sedekah ke?",

"Dah kau asyik bising je.  Cuba percaya rezeki Tuhan..", bila Jojo dah mula nak bertazkirah.

"Ya lah, makcik..", Jojo buka pintu klinik perlahan, membiarkan Laila Suria meloloskan diri.  Mengaduh dia kesakitan.  

Saat menuruni anak tangga di depan klinik, tiba-tiba sebuah kereta jenis BMW sport berhenti betul-betul dihadapan mereka.  Menghalang laluan.  Membuatkan Jojo tiba-tiba naik angin.

"Buta ke apa? Aku yang dah cukup besar ni pun dia boleh tak nampak..", mula dah ...

"Jo, dah lah, celah sini kan, muat lagi kalau kau nak lalu..", memang ada sedikit ruang, betul-betul muat untuk Jojo yang montel itu.

Selang beberapa minit, pemandu dari dalam kereta itu menunjukkan dirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2010 03:33 PM | Show all posts
Terpegun Lokman Shahril melihat raut wajah kawan si montel itu.  

Subhanallah cantiknya dia, hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Lokman Shahril.  Entah berapa lama dia tercegat memandang perempuan itu pun dia tak tahu.

Yang pasti, lepas ternampak kejadian mereka berdua diragut, Lukman Shahril ternampak sebuah teksi kuning membawa mereka ke arah deretan kedai di area yang sama.  Lantas dia terus beritahu Mak Teh yang dia nak keluar sekejab.

Semuanya kebetulan.  Penat mencari, dia ternampak dari balik cermin si perempuan yang montel ni mundar mandir di dalam klinik.   Terus dia bergegas masuk ke dalam klinik dan membuat amal jariah.  Niat di hati hanya ingin membantu sesama insan.

Dan kini, Lukman Shahril benar-benar terkesima melihat wajah perempuan yang seorang ini.  

Sudah berpunya kah dia?  Mustahil tak ada siapa yang sudi untuk hinggap pada bunga secantik ini.

"Encik, kalau setakat nak berdiri kat situ, pandang kawan saya ni macam tak pernah tengok perempuan, baik Encik blah !!", tersentak Lukman Shahril bila perempuan montel ni mengetuk-ngetuk bumbung keretanya.

"Ha..apa?", dia betul-betul tak tahu apa-apa.  Matanya memandang semula ke arah perempuan kurus tinggi lampai yang dah bergerak perlahan di tepi keretanya.

"Apa lah..dah lah halang laluan orang, lepas tu berlagak macam patung cendana.  Mujur muka tu handsom, kalau tak, dah kena debik dengan aku..", perempuan montel itu masih lagi membebel sambil perlahan memimpin perempuan tinggi lampai itu.

Lukman Shahril garu kepala.  Pegang rambutnya.  Kusut.  

"Arggghhh...", dia sepak tayar keretanya.  Mati akal dia kali ni.

Matanya memandang ke arah dua sahabat itu.  Lantas tersenyum sendiri.  

"Cik, tunggu !!",  serentak Jojo dan Laila Suria memandang Lukman Shahril yang sedang berlari mendapatkan mereka.  

"Saya hantar balik..", Lukman Shahril tunjuk sifat gentleman.  

"Boleh, tapi jangan mintak upah, kami tak ada duit.  Baru lepas kena ragut.  Repot polis pun belum buat lagi", saja Jojo berterus terang pada lelaki ini.  Dah dia nak sangat menabur budi kan..

"Boleh..boleh.  Saya hantar ke police station..", mata Lukman Shahril memandang ke arah perempuan tinggi lampai yang dah bertampal di sana sini.  Macam ni pun, masih cantik, gelodak hatinya berbicara.  Tapi perempuan itu masih diam.  

"Kawan ni bisu ke?", selamba Lukman Shahril tanya ke arah Jojo.  

"Hah??",

"Ya lah, dia diam je..", memang pun.  Asyik diam je dari tadi.

"Dia bukan bisu, tapi tengah menternak emas dalam mulut", ayat dari perempuan montel itu membuatkan Lukman Shahril memuntah tawa.  

Tersenyum Laila Suria.  Jojo ni memang gila..

Terpesona Lukman Shahril melihat wajah yang tersenyum itu.  Jelas kelihatan lesung pipi di sebelah kiri.  Menawan hati lelakinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:33 PM | Show all posts
Menyandar kekenyangan Lukman Sham dan Alfian di dalam kereta selepas menikmati lunch di Shangri-La Coffee House.  

Kereta yang dipandu Alfian berhenti betul-betul di Jalan Silang.  Lukman Sham leka membelek i-Padnya.  Alfian memandang orang yang lalu lalang di hadapan.

"Cun giler siot..", matanya jelas menangkap susuk tubuh dua orang perempuan yang sedang melintas bersama-sama dengan yang lain.  Menyeringai muka gatal Alfian.  Pada Alfian, perempuan tadi memang stok untuk dirembeskan.  

Lukman Sham yang mendengar turut memanjang lehernya.

"Mana?", Lukman Sham bertanya.

"Tu, perempuan dua orang tu.  Tapi yang pakai baju kurung pink tu tau..yang free hair tu kau ambik, kalau kau nak..", muncung mulut Alfian.

Pantas mata Lukman Sham menangkap orang yang dimaksudkan Alfian.  Sebaris senyuman terpancar.

"Bro, tu aku punya okey.  Dah hampir sepurnama aku cari perempuan tu", Lukman Sham tunjuk buku lima dia kepada Alfian.

"Woit, motif aku nampak dulu tapi kau cakap itu kau punya? Aku seligi karang..",  mata Alfian masih memandang perempuan itu sampai hilang di balik kesesakan lautan manusia yang lalu lalang.

"Aku nampak dia kat sini lah..dulu punya cerita.  Lepas tu, aku nampak dia lagi masa aku dinner dengan Murni gedik tu dekat Cinnamon.  Dah..jangan banyak bunyi, jalan.  Hijau dah tu !!", Lukman Sham mengisyaratkan agar kereta di pandu kerana lampu isyarat telah bertukar warna.  Mujur tak kena hon dek kereta belakang.

Lukman Sham dah ada plan baik.  Terkekek-kekek dia ketawa dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:34 PM | Show all posts
Lengan baju kurung warna merah jambu disinsing sehingga ke lengan.  Tangan membawa dua mug berisi air.  Datang Sharifah Umairah membawa dua biji pinggan dan sudu.  Seperti biasa, portluck mereka adalah di workstation Laila Suria.

Dulu naik lemas Laila Suria bila Sharifah Umairah asyik menebeng di mejanya.  Bila ditanya, Sharifah Umairah kata, Laila Suria cantik.  Jadi dia suka mengadap muka Laila Suria.  Pelik betul Laila Suria dengan jawapan Sharifah Umairah tu.

Bagi dia, Sharifah Umairah pun cantik.  Lebih cantik dari dirinya yang biasa-biasa ni.  Muka Sharifah Umairah macam minah arab.  Kening, hidung, mata, mulut semuanya cantik terletak.  Bila ditanya dia ada campur-campur gen ke dengan darah arab, Sharifah Umairah menolak.  Nama Sharifah tu pun, saja-saja ayah dia letak.  Baru lah Laila Suria faham.  

Perlahan Laila Suria membuka polistren berisi nasi berlaukkan ikan patin masak gulai tempoyak dengan sedikit ulam-ulaman dan sambal belacan ke dalam mangkuk.  

Sharifah Umairah juga buat benda yang sama.  Kemudian mereka berdua menyua makanan ke dalam mulut masing-masing.  Aduh, enaknya.  

Hari ni Tuan Hj Fadil tak ada.  Ke Mersing atas urusan bisnes.  Jadi, pergerakan mereka tak lah terbatas.  Nak ketawa pun, tak payah control-control.  Kalau ada Tuan Hj Fadil, semuanya kena cover.  Lebih-lebih lagi Sharifah Umairah, dia kan ada hati nak jadi menantu Tuan Haji Fadil.  

"Kau tak nak kawin ke Ya?", hampir tersembur nasi di dalam mulutnya.  Dia tepuk-tepuk dadanya.  

Tergelak kecil Sharifah Umairah.  Badigol betul budak ni..menyumpah Laila Suria dalam hati.  

"Kalau aku mati tercekik tadi, macam mana?", kemudian dia minum sedikit air.  

"La, aku tanya je.  Tu pun nak tersedak..bila kau nak kawin?", Sharifah Umairah tanya lagi soalan yang sama.

Pelik ni.  Betul-betul pelik.

"Kau yang dah gatal, nak tanya aku ape hal?",  Laila Suria kembali menyambung suapan.

"Aku memang lah dah gatal, tapi kau tu patutnya kawin dulu.  Kau kan lagi tua dari aku",

"Amboi mulut kau.  Tak ada insurans kan? Kau nak kena cili ke?",

Tertahan-tahan ketawa Sharifah Umairah melihat kelaku Laila Suria.

"Bukan main gatal lagi nak kawin..ingat cantik sangat ke?", tiba-tiba singa betina itu mencelah.  Terus menghilangkan mood makan mereka berdua.

"Kerja pun malas.  Asyik nak makan je, ingat ada ke orang nak buat bini perempuan macam tu?", singa betina dah mula melahar.  Laila Suria sakit hati.  Sharifah Umairah dah berpaling memandang ke arah tuan punya mulut yang berpuaka tu.

"Kak, kami punya suka lah nak kawin ke tak?  Dari akak sibuk busy body hal orang lain, baik akak jaga kain skirt paras peha anak dara akak tu.  Bogel pun belum tentu cantik..harap mekap bertan-tan.  Saya tengok anak dara akak yang kononnya baru balik dari Amerika tu dah macam babun dalam hutan je".

Terus terkebil-kebil Kak Zainab mendengar kata-kata sinis Sharifah Umairah.  Pantang nenek moyang dia menyata Zulaikha, anak tungga kesayangan dia tu.

"Korang jangan nak mengata anak dara aku.  Yang penting, anak dara aku tu dah sampai Amerika.  Belajar tinggi.  Korang apa ada?",

"Kitorang ada budi bahasa", Laila Suria menjawab.  

"Cantik jelita pulak tu.  Jangan jealous ye..", dan Sharifah Umairah bangun membuntuti Laila Suria yang dah berada di pantri.  

Meletus ketawa mereka berdua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:36 PM | Show all posts
11

"Aku lambat masuk office pagi ini...kau pergi meeting tu.. ya...aku dah maklum dengan Abang Long...ya..jumpa kau petang ni...tempat biasa..", Lukman Sham menutup handphone nya.  Penat dia berbicara dengan Alfian pasal board meeting pagi ni.

"Kata anak jantan, tapi nak masuk meeting pun, nak berteman beriring bagai", rungut Lukman Sham tentang perangai Alfian.  Dia masukkan handphonenya ke dalam poket jeansnya.

Dengan baju t-shirt kaler hijau, dia mundar mandir di kawasan itu. Lukman Sham yakin sangat yang perempuan cantik manis tu bekerja di area yang berdekatan.  Sebab dah dua kali dia nampak perempuan tu melintas di sini.  

Dia pandang jam Tissotnya, pemberian Abang Long masa dia lulus cemerlang dalam SPM.  Hampir jam sebelas setengah pagi.  Kemudian matanya mencari lagi.  Meliar macam nak membaham orang.  

Terdengar bunyi lampu isyarat yang bertukar warna.  Hijau !

Dari hujung jalan sana, Lukman Sham dah terlihat kelibat dua perempuan itu.  Yes !! Dia bersorak kegembiraan.  Lagaknya macam menang loteri jutaan ringgit kala ini  Menyengih dia seorang diri di situ.  Perlakuannya menarik minat orang yang lalu lalang tapi Lukman Sham buat tak endah.  

"Misi harus dilaksanakan. Alfian, kita tengok siapa anak jantan", hatinya ketawa berdekah-dekah.

Bila dua perempuan itu melintas di depan Lukman Sham, dia mengatur langkah sama.  Lukman Sham berlagak biasa.

Terdengar perbualan perempuan berdua itu.  

Kaki Lukman Sham diseret memasuki kedai mamak di hujung jalan apabila perempuan berdua itu memasuki kedai tersebut.  Tercium dia bau kari kepala ikan yang menyelerakan.  Dia nampak perempuan berdua tu mengambil polistren.

"Oh, beli bungkus..", Lukman Sham kemudian menyandar di sebalik dinding kedai.  Lama.  

Lebih kurang lima belas minit kemudian, perempuan berdua itu keluar.  Masing-masing dengan plastik berisi polistren.

"Dari belakang pun cun", nakal hatinya bersuara dan kakinya ikut melangkah mengekori perempuan yang menjadi buruannya sejak beberapa minggu yang lalu.

Kemudian, perempuan berdua itu masuk pula ke kedai yang menjual bermacam jenis buku bacaan.  Lukman Sham turut serta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.669942 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list