CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 0

Kisah lelaki miliki banyak nama samaran terbongkar ketika ambil suntikan vaksin

[Copy link]
Post time 26-3-2022 12:25 AM | Show all posts |Read mode


TENNESSEE: Pihak berkuasa persekutuan baru-baru ini melaporkan kisah lelaki Tennessee yang menggunakan nama samaran membolehkannya mengambil vaksin Covid-19.

Menurut The Charlotte Observer, individu tersebut, Jerry Leon Blankenship, menggunakan identiti orang lain untuk mengelak dari perkhidmatan tentera selepas meninggalkan Tentera Laut AS pada awal 1980-an.

Blankenship memberitahu, idea itu datang dari bekas teman wanitanya yang mencadangkan agar dia menggunakan identiti bapa kepada anaknya untuk mengelak dari dikesan pihak tentera.

Wanita itu turut berkongsi maklumat penting seperti nombor keselamatan sosial mangsa.

Penyamaran Blakenship terbongkar selepas pegawai penguat kuasa undang-undang menerima laporan dari seorang lelaki yang mendakwa berlaku kecurian identiti di North Carolina, mengatakan dia dibelenggu “isu kecurian identiti” sejak dua dekad lalu.

Lelaki itu menyatakan insiden baru-baru ini berlaku pada Mac 2021 apabila Walgreens memberitahunya tentang suntikan vaksin Covid-19 yang tidak pernah diterimanya.

Ekoran aduan itu pihak berkuasa menemui video Blankenship menerima vaksin menggunakan nama lelaki itu, kata dokumen mahkamah.

Blankenship, 65, mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan nombor keselamatan sosial secara palsu dan pertuduhan kecurian identiti dan dijatuhkan hukuman penjara 25 bulan diikuti tiga tahun pembebasan dalam pengawasan, menurut The Observer.

Blankenship, juga mungkin menghadapi tribunal tentera kerana meninggalkan perkhidmatan Tentera Laut, kata dokumen mahkamah lagi.


sarawakvoice.com/2022/03/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.095652 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list