CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

[Kelantan] Kaedah pemenjaraan dalam komuniti atasi isu kesesakan di penjara

[Copy link]
Post time 31-3-2022 03:29 PM | Show all posts |Read mode

MAT Yaacob melihat demonstrasi hukuman sebat ke atas banduan yang dilakukan dalam majlis sambutan Hari Penjara ke-232 peringkat negeri Kelantan di Penjara Pengkalan Chepa, di sini. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Isu kesesakan tahanan di empat penjara di negeri ini berjaya diatasi menerusi kaedah pemenjaraan dalam komuniti iaitu membabitkan tahanan muda yang mendapat pelepasan secara parol serta Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).

Pengarah Penjara Kelantan Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, untuk rekod terkini, hampir 200 tahanan sudah bekerja di beberapa syarikat atau majikan di bawah sistem pemenjaraan dalam komuniti itu.

Beliau berkata, sistem yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu itu juga berjaya mengurangkan kemasukan semula individu ke penjara atas kesalahan yang sama.

"Sebelum melayakkan tahanan ini menerima pemenjaraan dalam komuniti, mereka akan ditapis di peringkat ibu pejabat, seterusnya akan bekerja di mana-mana majikan yang ditetapkan.

"Sepanjang bekerja itu, mereka akan dipantau oleh pegawai penjara di tempat kerja dan kaedah ini dilihat membantu dalam menangani isu kesesakan tahanan yang kini sudah berkurangan kepada 50 hingga 60 peratus di negeri ini," katanya kepada media di sini, hari ini.

Mat berkata, sehingga kini, 7,000 tahanan ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa, Pusat Koreksional Machang, Penjara Satelit Pasir Mas dan Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Krai yang mana semua empat penjara berkenaan hanya mampu memuatkan sekitar 4,000 tahanan.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis sambutan Hari Penjara Ke-232 Peringkat Negeri Kelantan di Penjara Pengkalan Chepa di sini, yang bertemakan Memperkasa Komuniti Koreksional.

Berkaitan perkembangan vaksinasi Covid-19 dalam kalangan tahanan, Mat berkata, proses itu masih berterusan sehingga kini iaitu membabitkan banduan baharu.

Menurutnya lagi, untuk peringkat pertama vaksinasi, ia sudah mencapai 100 peratus dan ia dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) serta Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Daripada segi penularan pula, Alhamdulillah ia terkawal kerana kita di Kelantan menjalankan sistem pengkategorian.

"Untuk peringkat awal penahanan, tahanan ditempatkan di Penjara Satelit Pasir Mas untuk saringan serta kuarantin yang mana paling lama tempohnya adalah selama sebulan.

"Selepas itu barulah dibawa ke mana-mana penjara bergantung kepada waran iaitu Penjara Pengkalan Chepa bagi tahanan reman manakala untuk yang dijatuhi hukuman, ditempatkan di Pusat Koreksional Machang," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.162781 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list