CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 0

Anak hidup derita akibat perceraian

[Copy link]
Post time 31-3-2022 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Anak hidup derita akibat perceraian


GAMBAR hiasan.

SETIAP pasangan pastinya mengimpikan keluarga yang bahagia.

Seperti tercatat dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Hibban, terdapat empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang selesa (luas), jiran yang baik dan kenderaan yang baik.

Di sebalik menuju kebahagiaan, pastinya terselit ujian yang ditempuhi segelintir pasangan suami dan isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.

Bak kata bidalan Melayu, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.

Bagi pasangan yang sudah nekad untuk berpisah, perceraian adalah jalan terakhir sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Ia adalah proses menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau keputusan kadi. Dari sudut bahasa, perceraian bermaksud berpisah.

Dari segi istilah, ia adalah keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab. Walaupun perceraian diharuskan dalam Islam, ia perkara paling dibenci Allah SWT.

Berdasarkan hadis riwayat Abu Dawud yang bermaksud: “Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”

Perceraian bukanlah perkara yang sewenang-wenangnya boleh dilafazkan melalui talak oleh suami atau permohonan fasakh oleh isteri, namun perlu diteliti dari segenap aspek.

Terdapat beberapa sebab dan faktor mengapa pasangan yang sudah berkahwin ingin bercerai.

Antaranya, tiada lagi hubungan persefahaman antara suami dan isteri, masalah kewangan, ancaman keselamatan, kewujudan orang ketiga, campur tangan orang luar, tekanan hidup serta pelbagai lagi alasan yang sering direkodkan oleh mahkamah syariah.

Malah, ada segelintir pasangan bercerai dengan memberi alasan tidak masuk akal seperti pasangan tidur berdengkur dan tertinggal barang di pasar.

Menurut Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, ada pasangan memberikan pelbagai punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab berlakunya perceraian.

Dalam melayari bahtera rumah tangga, haram hukumnya bagi seorang suami mendatangkan kemudaratan kepada isteri tanpa ada sebab yang hak dan berasas.

Terdapat pelbagai kes keganasan rumah tangga dilaporkan, malah ada pasangan menderita tekanan emosi serta mental akibat diperlakukan dengan kejam oleh pasangan masing-masing.

Malah, memudaratkan orang lain tanpa sengaja adalah suatu bentuk kezaliman dan ia perkara yang dimurkai Allah SWT.

Perkara itu selari dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 231 yang bermaksud: “Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yang ma’ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf (pula). Janganlah kamu rujuk mereka untuk memberi kemudaratan kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahawasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Berdasarkan ayat itu, suami dilarang untuk berniat memudaratkan isteri terutama secara fizikal. Suami yang menjatuhkan talak kepada isterinya diperintahkan sama ada kembali (rujuk) kepada isteri tanpa ada tujuan untuk memudaratkan atau melepaskan isteri sehingga selesai iddahnya secara baik.

Sebaiknya, fikirlah secara matang dan tidak beremosi sebelum kata putus untuk bercerai dimuktamadkan. Ia memberi kesan besar terhadap masa depan anak yang semakin membesar.

Anak memerlukan kasih sayang sempurna daripada ibu bapa mereka.

Penulis penuntut Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam (Syariah), Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia



Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... a-akibat-perceraian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047600 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list