CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Pahang] Isu perumahan gula-gula pilihan raya

[Copy link]
Post time 4-4-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode


JERANTUT: Isu Perumahan Ge­ne­rasi Baharu Felda (PGBF) sering dijadikan sebagai ‘gula-gula’ bagi memancing undi golongan belia di tanah rancangan itu setiap kali menjelang pilihan raya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Kami Anak Fel­da (KAF) Felda Lepar Utara 3, Mohd. Khairuddin Ayob, 41, berkata, boleh dikatakan sudah dua kali pilihan raya umum (PRU) mereka dijanjikan rumah untuk generasi baharu.

“Pada awalnya kami dijan-jikan rumah, namun setelah melihatkan timbulnya pelbagai isu seperti ketiadaan slip gaji untuk memohon pinjaman dan sebagainya, kami memutuskan untuk memohon tapak lot rumah.

“Permohonan kami diterima di mana tapak yang boleh memuatkan sekitar 290 buah rumah telah dikenal pasti,” katanya memberitahu usaha terbabit telah dilakukan sejak sekitar lima tahun lalu namun sehingga kini masih belum menerima geran untuk tapak berkenaan.

Mohd. Khairuddin juga berkata, kesemua 230 generasi baharu yang layak untuk mendapatkan lot rumah berkenaan telah dikenal pasti dan segala borang dan maklumat yang diperlukan telah lengkap dan dihantar kepada pihak berwajib.

“Kami merupakan Felda per­ta­ma dalam negeri ini yang sudah lengkap segala borang dan maklumat, kini hanya menanti kelulusan untuk borang 5A.

“Kami dijanjikan untuk diberikan geran selewatnya pada Februari lalu namun sehingga kini masih belum menerima sebarang keputusan,” katanya.

Tambahnya, sudah lebih lima tahun KAF dan MBFM Felda Lepar Utara 3 memperjuangkan hak generasi baharu untuk memiliki rumah namun sehingga kini isu terbabit masih belum selesai.

“Kami tidak mahu isu ini hanya dijadikan ‘gula-gula’ setiap kali pilihan raya tidak kiralah siapa pun yang memimpin.

“Walau sudah dua kali bertukar pemimpin, namun kami kecewa kerana isu ini sehingga kini masih belum selesai,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -gula-pilihan-raya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.047972 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list