CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Kelantan] Polis pantau jualan mercun di bazar Ramadan, 'online'

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Polis Kelantan meningkatkan pemantauan penjualan mercun dan bunga api di seluruh bazar Ramadan di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, seperti biasa apabila menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri, mercun menjadi sebahagian daripada minat dalam kalangan kanak-kanak

Katanya, hanya beberapa kategori mercun sahaja yang diluluskan dan boleh dijual seperti bunga api jenis 'Pop-pop', namun di Kelantan tidak diluluskan permit untuk mengeksport mercun.

"Saya sudah mengarahkan semua ketua polis daerah bagi meningkatkan pemantauan terutama di sempadan negara kerana dikhuatiri akan ada usaha untuk menyeludup mercun ke negara kita.

"Pada masa sama, pasukan khas juga sudah ditubuhkan untuk menangani perkara ini, bukan sahaja di sempadan, tetapi turut melakukan tinjauan dan pemerhatian di bazar Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Peringkat Kontinjen Kelantan Dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KCK, KJSJ Dan KJLOG Kontijen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.


DATUK Shafien Mamat hadir dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Peringkat Kontijen Kelantan Dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KCK, KJSJ Dan KJLOG Kontijen Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Terdahulu, seramai 19 pegawai kanan polis dinaikkan pangkat bagi kontinjen Kelantan dalam majlis yang diadakan itu.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, pemantauan jualan mercun secara dalam talian turut dilakukan.

"Saya akan meminta Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk memantau sekiranya ada laman web yang dikhuatiri diguna pakai sindiket bagi penjualan mercun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adan-online-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048742 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list