CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Kelantan] PGA7 rampas 1,208 bunga api

[Copy link]
Post time 5-4-2022 03:15 PM | Show all posts |Read mode

MERCUN dan bunga api yang dirampas anggota PGA7 di Jalan Tunjong-Pasir Mas, di sini. FOTO Ihsan PGA7

Pasir Mas: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas 40 bungkusan mercun pelbagai jenis dan 1,208 kotak bunga api bernilai RM35,692 di Jalan Tunjong-Pasir Mas, di sini, jam 9.15 malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi, berkata ketika kejadian anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak kereta Perodua Kelisa dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota menahan kereta berkenaan dan memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa sebelum meminta dokumen pengenalan diri pemandu, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.

"Hasil siasatan di dalam kenderaan, menemui beberapa karung guni dan juga kotak berisi mercun serta bunga api yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang dan but kereta terbabit.

"Susulan penahanan itu, pada jam 11 malam, anggota kemudian membuat pemeriksaan di kediaman suspek di Kampung Kenjing, Repek, di sini, yang mana turut menemui lebihan mercun serta bunga api di dalam stor rumahnya.

"Suspek berkenan ditahan, manakala kereta serta mercun dan bunga api dirampas untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azhari berkata kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Jelasnya, kesemua mercun dan bunga api yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari negara jiran, Thailand, untuk dipasarkan di sekitar Pasir Mas atas faktor permintaan yang tinggi menjelang musim perayaan.

"Peningkatan kes penyeludupan berkaitan mercun dan bunga api sudah dapat dijangka sepanjang Ramadan memandangkan ia mendapat banyak permintaan, justeru pihak kami mengambil langkah mempergiatkan lagi kawalan agar kegiatan berkenaan dapat dibanteras.

"Penyeludup biasanya membawa masuk barangan ini menggunakan jalan sungai melalui pangkalan haram yang ada di sepanjang Sungai Golok, pada waktu tengah malam bagi memastikan aktiviti mereka tidak dikesan pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpas-1208-bunga-api
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046025 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list