CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Pahang] Tiada caj berbuka puasa di padang MBK1, tempahan secara dalam talian

[Copy link]
Post time 5-4-2022 03:23 PM | Show all posts |Read mode

WARGA Kuantan teruja berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK1), dengan melakukan tempahan secara dalam talian tanpa sebarang caj dikenakan. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB

KUANTAN: Sebanyak 140 petak disediakan untuk orang ramai berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) di sini.

Tiada sebarang caj dikenakan dan orang ramai hanya perlu membuat tempahan petak secara percuma melalui laman sesawang rasmi MBK.

Datuk Bandar MBK, Datuk Hamdan Hussin berkata, penyediaan petak dilakukan tujuan membolehkan orang ramai meneruskan tradisi berbuka di padang selepas ia ditutup ekoran pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Bilangan maksimum 12 orang setiap petak yang dibuka bermula pukul 6 petang sehingga 8.30 malam. Jadi pengunjung perlu membuat tempahan di https://iftar.mbk.gov.my sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh berbuka dipilih.

“Pengunjung perlu memasuki pintu hadapan iaitu berdekatan jam besar bagi mendaftar masuk ke padang dan kita tidak mengenakan sekarang bayaran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pelancaran pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri lestari dan pintar MBK tahun ini di Mahkota Square di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hamdan berkata, pembukaan semula padang MBK1 untuk acara berbuka puasa dilihat menggembirakan pengunjung.

“Berbuka puasa di padang sehingga kini dilihat telah menjadi salah satu daya tarikan bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah pelancong yang datang ke daerah ini.

“Kita telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menerusi acara tradisi ini dan semestinya ini merupakan satu nostalgia atau momen yang tidak boleh dilupakan oleh setiap warga Kuantan” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ecara-dalam-talian/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.111269 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list