CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Terengganu] 10 tahun cantikkan rumah dengan marmar pecah

[Copy link]
Post time 6-4-2022 01:14 PM | Show all posts |Read mode

WAN Ngah mengambil masa 10 tahun menghias rumahnya dengan marmar pecah. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Seorang warga emas menghabiskan masa lebih 10 tahun untuk menghias rumahnya di Kampung Landas, di sini, menggunakan marmar pecah.

Wan Ngah Mohd Ribuaan, 67, berkata, binaan terbarunya ialah sebuah pondok dengan tempat solat, rehat, bilik mandi dan tandas di hujung pagar rumahnya.

Menurutnya, binaan itu bertujuan memudahkan saudara mara dan kenalan yang datang berehat di luar rumah dan dia mengambil masa beberapa bulan untuk menyiapkan pondok berkenaan.

"Sudah lebih 10 tahun saya memasang marmar, kalau hendak upah siapa yang sanggup memasangnya kerana semua marmar yang digunakan sudah pecah.

"Bermula dengan pemilihan marmar sebelum dicantum menggunakan simen, ia amat memakan masa serta kerja yang rumit," katanya.

Menurutnya, hingga kini lebih 8,000 kepingan marmar dengan lebih 70 corak dan warna menghiasi rumahnya.

Katanya, kos membeli marmar pecah tidak mahal dan dengan modal RM130, dia sudah mendapat pelbagai variasi warna dan corak marmar hingga mencecah 800 keping.

Wan Ngah berkata, sejak lebih 10 tahun lalu, dia hanya enam kali membeli marmar pecah namun dengan jumlah yang banyak.

"Kalau guna marmar elok semestinya perlu dipasang dengan sempurna selain perlu dilakukan oleh tukang yang mahir dan kosnya juga tinggi. Tiadalah seni marmar pecah di rumah saya ini.

"Berbekalkan sedikit ilmu, saya memberanikan diri memasang marmar dan dalam tempoh beberapa tahun saya sudah mampu menguasai teknik pemasangan marmar pecah.

"Saya tidak pernah mengupah sesiapa membuatnya, malah saya yang memasang marmar itu dalam tempoh lebih 10 tahun selain membuat simbol tertentu pada dinding antaranya Transformasi Terengganu Baru (TTB), nama saya, nama isteri, kubah masjid, ikan, bentuk sejadah di ruang solat dan sebagainya," katanya.

Wan Ngah berkata, hingga kini terdapat lebih 150 reka bentuk marmar yang dipasang selain campuran warna pada satu-satu bahagian menjadikan ruang rumahnya kelihatan berwarna-warni.

"Sekiranya saya membeli marmar baru, mungkin kosnya mencecah puluhan ribu ringgit itu belum termasuk kos simen bagi proses pemasangan.

"Selain menampal marmar pada lantai dan dinding rumah, saya memasang marmar pada dua kolam mandi yang berkeluasan lima meter panjang dengan kedalaman tiga meter.

"Untuk menyiapkan kolam itu, saya menggalinya selama tiga bulan dan kini dalam proses menyiapkan tab mandi ala hotel dengan menggunakan batu bata terbuang yang dikitar semula," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dengan-marmar-pecah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.076988 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list