CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Kelantan] Pasir Mas, Tumpat lokasi panas seludup mercun

[Copy link]
Post time 7-4-2022 09:39 AM | Show all posts |Read mode

Shafien (kanan) melawat gerai menjual perut, limpa dan kerabu kaki ayam di bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Polis mengenal pasti dua daerah di sempadan Malaysia - Thailand di negeri ini yang menjadi laluan kepada aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api ke negara ini sempena musim perayaan Aidilfitri.

Daerah terbabit ialah Pasir Mas dan Tumpat yang kini dipantau pasukan polis bagi mengekang kegiatan itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penguatkuasaan dan sistem kawalan sedia ada di dua lokasi tersebut turut diperketatkan.

“Tumpat dan Pasir Mas dipercayai laluan yang mudah bagi penyeludup, tetapi ada pasukan pemantau yang ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu di dua daerah itu.

“Selainnya, rondaan dan pengawalan di daerah-daerah terbabit dipertingkatkan melalui Unit K9, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar PDRM bersama Media Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini pada Rabu.

Shafien berkata, faktor permintaan yang tinggi terhadap mercun dan bunga api menjelang musim perayaan Aidilfitri pada Mei ini menyebabkan berlaku kegiatan penyeludupan barangan terlarang tersebut dari negara jiran.


Shafien (kanan) melihat penanda laluan yang dibuat oleh urusetia FAMA Kelantan.

“Ketika ini, peniaga akan cuba sedaya upaya membawa masuk mercun dan bunga api untuk mendapatkan keuntungan yang dianggarkan dua kali ganda namun kegiatan mereka berjaya dipatahkan daripada bolos keluar dari Kelantan.

“Tahun lepas tidak ada rampasan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 manakala tahun ini awal lagi sudah ada rampasan mercun dan bunga api yang diseludup dari negara jiran oleh PGA yang dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan supaya peniaga mercun atau bunga api mematuhi undang-undang dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis Kelantan menerima sembilan permohonan permit untuk berniaga mercun dan bunga api sempena Ramadan di negeri ini dan masih dalam proses untuk dipertimbangkan merangkumi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mempunyai tempat penyimpanan yang selamat.

Shafien sebelum itu turun padang bagi mengadakan pemantauan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

“Keadaan bazar agak sesak namun orang ramai mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, namun mereka dinasihatkan mengambil langkah bijak dalam mengekang penularan jangkitan.

“Pihak urusetia bazar tersebut iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan pula mengambil langkah memasang pita bagi laluan keluar masuk dan secara berterusan memberikan peringatan dengan menggunakan pembesar suara berhubung langkah pencegahan bagi mengelak penularan Covid-19,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anas-seludup-mercun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list