CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

Guardiola ‘diserang’ agenda luar padang

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode

GUARDIOLA (tengah) menepis spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan jawatan ketua jurulatih Brazil. – AFP

Guardiola ‘diserang’ agenda luar padang

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berang selepas namanya dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Brazil menjelang pertembungan getir menentang Liverpool di Stadium Etihad malam ini.

Ia selepas akhbar Sepanyol, Marca melaporkan, juara dunia lima kali itu berminat mendapatkan khidmat Guardiola, 51, bagi menggantikan tempat Tite yang akan melepaskan jawatannya selepas tamat Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini.

Difahamkan, Konfederasi Bola Sepak Brazil bersedia menawarkan bayaran gaji sebanyak £10 juta (RM55.01 juta) setahun kepada pengendali dari Sepanyol itu.

Tanpa membuang masa, Guardiola segera menepis dakwaan karut itu dan memberi ama­ran supaya tidak mengganggu fokusnya untuk menewaskan Liverpool dalam usaha mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Saya membuang 50 saat masa saya bercakap mengenai perkara yang tidak masuk akal ini (spekulasi jawatan bersama Brazil). Saya tidak tahu dari mana datangnya khabar angin ini.

“Saya masih mempunyai kontrak dengan City. Kalau boleh, saya mahu lanjutkan kontrak saya 10 tahun lagi bersama pa­sukan ini kerana saya sanggup berada di sini selama-lamanya,” katanya.

Kemenangan amat pen­ting buat City untuk melebarkan pe­nguasaan mereka sebagai pendahulu EPL yang ketika ini hanya berkelebihan satu mata ke atas Liverpool di tangga kedua.

Seandainya City berjaya menang, Guardiola menganggap ia belum lagi menjamin peluang The Citizens untuk ditabalkan sebagai juara memandangkan saingan masih lagi berbaki tujuh perlawanan musim ini.

“Sudah tentu ini adalah tiga mata yang amat berharga. Namun, masih ada tujuh perlawanan dan 21 mata boleh dikutip, selain beberapa kejohanan lain lagi yang akan kami hadapi.

“Apabila tiba di peringkat yang berpeluang untuk memenangi gelaran, kami akan cuba melakukannya. Apabila saya bersara, saya akan ingat saingan terhebat adalah Liverpool,” jelasnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... agenda-luar-padang/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list