CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 0

JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC

[Copy link]
Post time 16-4-2022 12:31 AM | Show all posts |Read mode
JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC


Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah meraikan jaringan gol pada aksi Pasukan JDT menentang Pasukan Guangzhou FC dalam Perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bagi saingan kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan


ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol apabila membelasah kelab China, Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad Benjamin Mora mendahului Kumpulan I selepas aksi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale berkesudahan seri 1-1 pada aksi petang tadi.

Skuad Harimau Selatan yang menguasai permainan sebaik babak pertama bermula, menunjukkan kesungguhan memburu kemenangan apabila Bergson Da Silva cuba menguji penjaga gol, Guangzhou FC, He Lipan pada minit kelapan menerusi bola rembatan jarak 30 meter.

Serangan bertali arus skuad JDT membuahkan hasil pada minit ke-10 selepas bola sepakan lintang Shane Lowry di posisi sayap kiri menyaksikan Bergson yang tidak dikawal, melonjak tinggi untuk menewaskan Lipan.

Tuan rumah terus mengganas pada minit ke-13 apabila percubaan Fernando Forestieri selepas menerima bola umpanan Bergson, merembat kencang walaupun pada awalnya di tampan Lipan tapi usaha penjaga gol itu menangkap semula bola gagal sebaliknya tertolak bola masuk ke gawang sendiri.


Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri ketika menjaringkan gol pada aksi Pasukan JDT menentang Pasukan Guangzhou FC dalam Perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bagi saingan kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Bergson menambah derita skuad bimbingan Pan Yong He apabila mencetak gol kedua pada minit ke-27 berpunca daripada bola lorongan Afiq Fazail yang membolehkan pemain import dari Brazil itu memperdaya benteng pelawat sebelum merembat bola tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Lipan.

Bersambung babak kedua, anak didik Mora terus menggandakan asakan dengan memberi tekanan terhadap benteng Guangzhou FC dan usaha itu membuahkan hasil apabila Bergson mencatat hatrik pada minit ke-55 apabila tandukannya menewaskan Lipan, berpunca daripada bola sepakan lintang Corbin Ong.

Guangzhou FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke 68 selepas Guan Haojin dilayangkan kad merah pengadli, Mohammed Khled S Al Hoish kerana mengasari Bergson.

Pemain gantian Ramadan Saifullah turut mencetak nama selalu penjaring pada minit ke-81 selepas bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan bingkas melencongkan bola memperdayakan Lipan untuk memastikan kemenangan 5-0 memihak JDT.


Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah meraikan jaringan gol pada aksi Pasukan JDT menentang Pasukan Guangzhou FC dalam Perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bagi saingan kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Sementara itu, Ulsan Hyundai dari Republik Korea dan Kawasaki Frontale dari Jepun terikat 1-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, petang tadi.

Pemain gantian Shintaro Kurumaya menjadi penyelamat skuad kendalian Toru Oniki apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan selepas bintang import Ulsan Hyundai, Leonardo Nascimento mencipta gol pada minit pada minit ke-21.

Keputusan:

Ulsan Hyundai 1-1 Kawasaki Frontale

JDT 5-0 Guangzhou FC

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... elasah-guangzhou-fc

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044872 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list