CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 0

Jersi baharu Liverpool hambar

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:43 AM | Show all posts |Read mode
Jersi baharu Liverpool hambar


JERSI Liverpool yang dikhabarkan bagi musim 2022/2023. FOTO Agensi

London: Imej baharu bagi jersi tuan rumah Liverpool buat musim 2022/2023 akan datang sudah didedahkan dan ia satu pendekatan hambar daripada Nike yang juga jenama pengeluar barangan sukan daripada Amerika Syarikat (AS).

Pasukan The Reds berpindah dari New Balance kepada jenama sukan terkemuka itu pada musim 2020/2021 dengan bayaran yang diterima mereka mencecah 100 juta euro (RM460 juta) setahun menurut laporan Liverpool Echo.

Walaupun ia dilihat sebagai satu jumlah besar buat kelab Merseyside itu dan juga bagi jenama pakaian sukan lain namun, peminat mampu menerimanya dengan baik.

Boleh dikatakan jersi Liverpool yang akan digunakan pada musim hadapan ini adalah satu reka bentuk yang kurang memberangsangkan daripada jenama gergasi pakaian AS itu.

Bagi kebanyakan orang ia adalah jersi sahaja dan tidak kisah rupanya.

Akan tetapi ia adalah pakaian yang dibeli oleh para peminat pada setiap tahun dan ia akan menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh mereka bagi pelancaran kit baharu itu.

Kemungkinan Nike lebih cenderung untuk menyimpan reka bentuk jersi terbaik mereka buat pasukan lebih besar seperti Barcelona dan Paris St Germain (PSG).

Diharapkan Liverpool juga boleh turut sama memperoleh bahagian dalam perkara berkenaan pada musim 2023/2024 dan juga musim akan datang

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ru-liverpool-hambar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.309680 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list