View: 2283|Reply: 23
|
[Politik]
Malaysia berisiko jadi seperti Filipina jika perasuah didewakan
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 7-2-2024 03:51 AM
SHAH ALAM: Malaysia boleh menghadapi risiko besar seperti Filipina jika perasuah didewakan dan diangkat sebagai pemimpin sedangkan rakyat berhak untuk memilih pemimpin yang bersih dan beramanah.
Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, pemilihan pemimpin juga akan mencerminkan nilai dan akhlak rakyat Malaysia yang bakal menentukan kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Menurutnya, kerana itu Malaysia memerlukan rakyat yang jujur dan mengutamakan nilai untuk mengangkat individu berwibawa,berintegriti sebagai pemimpin.
“Kemenangan peperangan kita terhadap rasuah memerlukan strategi holistik dan komprehensif, bermula daripada daya tahan dalaman dan kemampuan menahan gejolak nafsu terhadap material dan kebendaan yang bersifat duniawi semata-mata.
“Kezaliman akibat rasuah meninggalkan legasi yang hina dan keji sedangkan setiap daripada kita manusia tetap akan berakhir dengan kematian seperti mana firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Anbiyaa ayat 35 yang bermaksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
“Mengelakkan Malaysia menjadi seperti Filipina, Sri Lanka dan empayar lain yang jatuh akibat ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah, pendekatan punitif dan preventif perlu dilaksanakan dengan penglibatan kolektif agensi penguat kuasa sebagai instrumen yang mengekang wabak rasuah tersebut daripada terus berleluasa,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemenangan besar Ferdinand Marcos Jr dalam Pilihan Raya Presiden Filipina, sekali gus mencatat kemenangan menerusi majoriti sejak revolusi 1986 yang menggulingkan pemerintahan diktator bapanya.
Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, tumbangnya dinasti Marcos 36 tahun dulu adalah kerana amalan korupsi, nepotisme dan kronisme yang menyebabkan kontroversi politik berlaku dan akhirnya menyumbang kepada ketidakstabilan negara tersebut.
Justeru katanya, rakyat tidak boleh membiarkan kedudukan meruncing Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) bertambah buruk dan menjadi seperti Filipina.
“Rakyat bersama-sama berperanan membanteras jenayah rasuah. Tanggungjawab ini bukan kuasa mutlak pihak berwajib semata-mata,” katanya.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-berisiko-jadi-seperti-filipina-jika-perasuah-didewakan-360734
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sampah masyarakat di dewakan! |
|
|
|
|
|
|
|
Pilih punya pilih pangkah yg konon wibawa last2 deorg jadi katak. Sooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting di Malaysia adalah agenda melayu dan agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup Mulayu |
|
|
|
|
|
|
|
Najibun bakal pm10 tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Sehinggakini tiada PM Malaysia yg dilantik pernah dihukum atas kesalahan rasuah...
yg ada PM tepi aje .....yg masih lagi dicalonkan jadi PM walaupun pernah dihukum atas kesalahan rasuah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka rasa lah, even Imelda Marcos pun naik envious |
|
|
|
|
|
|
|
Kasut Imelda Marcos tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tgh jadi pun.tunggulah 5thn lg msia bakal jadi next sri lanka..
|
|
|
|
|
|
|
|
yang tak faham ... ini lah sebahagian lebih 3,000 koleksi kasut imleda marcos bini presiden filipina marcos yang kuat menyeleweng
Pegawai Marikina meminjam 800 pasang kasut pada tahun 2001 untuk sebuah muzium kasut, yang menjadi tempat pelancongan. Bagaimanapun, banjir besar telah merosakkan berpuluh-puluh pasang kasut Marcos di Marikina pada 2009.
Kira-kira 765 pasang, termasuk jenama terkenal seperti Gucci, Charles Jourdan, Christian Dior, Ferragamo, Chanel dan Prada, terselamat daripada banjir Marikina. Kasut itu masih kelihatan sangat baharu kerana penjagaan muzium yang teliti, termasuk mempamerkannya dalam kabinet kaca kedap udara dan bebas habuk di galeri berhawa dingin, jauh dari cahaya matahari langsung.
Koleksi kasut itu menarik 50 hingga 100 pelancong Filipina dan asing setiap hari, yang selalu pergi dengan kagum, kata pengurus muzium Jane Ballesteros.
'Perkataan pertama yang mereka ucapkan ialah "Wow," diikuti dengan soalan, "Adakah dia mampu memakai semua ini?"
'Apabila saya katakan, ya, lihat pada calar pada tapak kaki, tindak balas seterusnya ialah, "Betul?" memang melucukan. Kasutnya tidak pernah gagal untuk mengejutkan orang bertahun-tahun selepas itu.'
Ferdinand Marcos meninggal dunia dalam buangan di Hawaii pada tahun 1989 dan balu dan anak-anaknya pulang ke rumah beberapa tahun kemudian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 11-5-2022 03:10 PM
yang tak faham ... ini lah sebahagian lebih 3,000 koleksi kasut imleda marcos bini presiden filipi ...
Ini macam 1 hari 1 kasut berlainan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah mengundang kutukan ALLAH.
Agamawan, mufti atau pendakwah mesti bergerak aktif menyampaikan kebenaran amar makruf atau nahi mungkar. ALLAH berfirman: “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada ALLAH.” Surah Ali Imran/3:110. |
|
|
|
|
|
|
|
TPM ada bang non.
bang non kene charge salah guna kuasa penjara 6 tahun sebab ugut umi hafilda guna polis
Pak lah kesian penjara dipendekkan hanya 3-4 tahun shj.
lepas tu atok bagi penjara pulak sebab liwat sepul
bang non masih dipuja menjadi ketua pembangkan dan bakal PM tepi paling lama kat dunia.
Org-org PH taksub dekat bang non.
|
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 11-5-2022 03:10 PM
yang tak faham ... ini lah sebahagian lebih 3,000 koleksi kasut imleda marcos bini presiden filipi ...
Ada tak koleksi tiara crown cosplay?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kluster Mahkamah yg.kembali berkuasa:
1. Pakistan (Shebaz shariff)
2. Filipin (Bongbong Marcos)
Sri lanka lebih bagus, sebab baru je tendang kluster Mahkamah (Rajapaksa) |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 11-5-2022 02:22 PM
Sehinggakini tiada PM Malaysia yg dilantik pernah dihukum atas kesalahan rasuah...
yg ada PM tepi aj ...
Pala hotak pala bana kau |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga bang jib jd PM kali ke-2 dan membawa Malaysia ke era yg lebih gemilang giteww |
|
|
|
|
|
|
| |
|