CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

Azlisham lega prestasi semasa tiga penjaga gol Melaka

[Copy link]
Post time 16-5-2022 01:40 PM | Show all posts |Read mode

AZLISHAM Ibrahim. -FOTO NSTP

Melaka: Prestasi tiga penjaga gol Melaka United (MU) membabitkan Norazlan Razali, Brian See dan Ahmad Asyraaf Omar berada dalam situasi seimbang bagi diberi tugasan menjelang saingan suku akhir Piala FA.

Jurulatih penjaga gol Melaka, Azlisham Ibrahim berkata, buat masa ini mereka berada dalam prestasi yang boleh dipertanggungjawabkan sebagai benteng terakhir skuad berkenaan terutama saingan getir di pentas liga Super.

Menurutnya, kecuali Brian yang masih cedera ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) dua minggu lalu, Norazlan dan Asyraaf pula dilihat terus bersedia untuk mengisi tempat terbabit.

Katanya, apapun dia mengharapkan Brian sempat pulih menjelang perlawanan liga dan suku akhir terbabit sebagai pilihan buatnya untuk menentukan kedudukan terakhir posisi berkenaan.

Malah Brian juga membuktikan dia mampu beraksi dengan cemerlang seperti beberapa perlawanan lalu.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan tiga penjaga gol terbabit terus gigih menjalani latihan untuk meningkatkan prestasi dan fokus masing masing.

"Ia satu persaingan sihat buat mereka malah impaknya kepada pasukan sendiri yang memiliki pemjaga gol berwibawa yang sedia turun beraksi dengan penuh semangat juang tinggi," katanya.

Azlisham yang juga bekas penjaga gawang Malaysia, Selangor ,Perak , Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga terus bertekad membimbing mereka untuk lebih cemerlang dalam kerjaya masing masing.

Apapun, kesemua mereka harus terus fokus dan tidak leka ketika beraksi kerana ia penting untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran prestasi dan persembahan di liga Malaysia.

Azlisham berkata, pengalaman luas Norazlan yang banyak menikmati kejayaan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan turut memberi impak membina kecemerlangan Brian dan Asyraaf untuk bersaing.

Baginya Brian juga sudah membuktikan kemampuannya setiap kali beraksi sementara Asyraaf memiliki potensi besar untuk memberi saingan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -penjaga-gol-melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.132727 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list