CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

'Jangan takut... lawan saja'

[Copy link]
Post time 18-5-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Aksi Hadi Fayyadh ketika berdepan Kemboja pada Isnin. - Foto Facebook FAM

“MEREKA ada sepasang kaki dan kita pun ada sepasang kaki... apa nak ditakutkan? Kita lawan sajalah.”

Itu reaksi penyerang skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Luqman Hakim Shamsudin menjelang aksi separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 berdepan Vietnam di Stadium My Dinh pada Khamis.

Menurut Luqman, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dalam pertemuan menentang skuad Naga Emas itu yang bakal mendapat sokongan padu penyokong sendiri.

“Bagi saya, tak ada masalah (apabila berdepan Vietnam) sebab kita pun team yang kuat, team yang ada semangat tinggi.

“Lagipun pemain-pemain negara berjiwa besar dan bila lawan dengan team yang hebat macam Vietnam, pemain-pemain kita akan main dengan lebih bersemangat,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Untuk rekod, Malaysia mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B dan dijadualkan berdepan juara Kumpulan A, Vietnam.

Mengulas lanjut, Luqman berkata, kelebihan dilihat berpihak kepada Vietnam bagi aksi separuh akhir memandangkan lawan mereka beraksi di laman sendiri.


Luqman menjadi taruhan apabila Harimau Muda berdepan Vietnam dalam aksi separuh akhir pada Khamis ini. - Foto Facebook FAM

Bagaimanapun, Luqman memberitahu, dia dan rakan-rakan sepasukannya akan berjuang berhabis-habisan dalam misi memburu tiket final.


“Kita tahu apa kelebihan Vietnam dengan ribuan penyokong, tetapi rasanya tak ada masalah sebab kita pun team yang kuat.

“Jadi, kita hanya nak pergi final, ambil (menang) pingat emas dan bawa balik ke Malaysia,” ujar penyerang kelab KV Kortrijk itu.

Seorang lagi penyerang negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak pula berazam untuk menjaringkan gol seterusnya memacu Harimau Muda mencipta kemenangan.

Menurutnya, setelah berjaya meledak dua jaringan ketika berdepan Kemboja pada Isnin, dia semakin bersemangat untuk menambah koleksi jaringan di pentas Sukan SEA kali ini.

“I’ve been looking for the first goal to break the lock dan alhamdulillah, saya dapat jaringkan dua gol ketika menentang Kemboja semalam (Isnin).

“Apapun, saya yakin setiap pemain akan sentiasa bersatu hati, saling menyokong antara satu sama lain. Saya yakin kita beroleh kemenangan Khamis nanti,” ujarnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-takut-lawan-saja
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.290076 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list