CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

Mahu 'selesaikan' Vietnam dalam tempoh 90 minit

[Copy link]
Post time 18-5-2022 03:14 PM | Show all posts |Read mode

MALONEY (tengah) memperkatakan sesuatu kepada barisan pemainnya pada sesi latihan. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Di atas kertas nyata Vietnam memiliki kelebihan pada aksi separuh akhir acara bola sepak saingan Sukan Sea yang menyaksikan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara bakal berdepan tugas sukar di Stadium Viet Tri, malam esok.

Bukan saja perlu berdepan dengan 11 pemain tuan rumah yang turut dipermudahkan tiga pemain lebih umur, malah anak buah Brad Maloney juga perlu berhadapan dengan 18,000 penyokong setia skuad Naga Emas yang dijangka membanjiri venue itu.

Bukan itu saja, malah rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak temasya Sukan Sea dihadkan kepada pemain B-23 tahun pada edisi 2001 menyaksikan Malaysia hanya sekadar mampu menang tiga kali daripada lapan pertemuan untuk menceritakan betapa sukarnya rintangan yang bakal dihadapi skuad muda negara itu malam esok.

Begitupun, Maloney enggan terperangkap dengan kelebihan yang dimiliki oleh skuad kendalian Park Hang-seo itu, dengan pengendali dari Australia itu mahu anak didiknya memberi aksi terbaik sambil cuba menamatkan saingan dalam 90 minit waktu sebenar tanpa perlu diheret ke masa tambahan.

Katanya lagi, beliau dan barisan pemain cukup menghormati Vietnam namun ia tidak bermakna skuad Harimau Muda gentar untuk berhadapan pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan Sukan Sea.

"Saya bukan bernada terlalu yakin tetapi pemain saya sudah buktikan bahawa mereka tidak gentar menentang mana-mana lawan, dan kalau dapat tamatkan aksi dalam tempoh 90 minit ia lebih baik," katanya pada sidang media praperlawanan itu hari ini.

Berdasarkan rekod lapan pertemuan di temasya dwitahunan itu, secara kebetulan dalam saingan 2003 di Vietnam juga, kedua-dua pasukan bertembung di pentas separuh akhir.

Begitupun skuad negara yang ketika itu diperkuatkan dengan tonggak seperti Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Juzaili Samion dan K Rajan tewas 3-4.

Dalam perlawanan itu, jaringan unik penjaga gol negara ketika itu, Syamsuri Mustafa masih diingati sehingga sekarang apabila sepakannya dari dalam kotak penalti negara terus menerjah masuk ke gawang Vietnam yang dianggap antara gol terbaik sepanjang zaman di Sukan Sea.

"Sudah tentu kita mahu melangkah sejauh mungkin dalam kejohanan ini…saya rasa sudah tentu sesiapa pun tidak mahu bermain lebih daripada 90 minit, dan untuk itu kita mahu selesaikan ia dapat 90 minit permainan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lam-tempoh-90-minit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.379627 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list