CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kedah] Imigresen tahan 24 PATI di Pantai Chenang

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian 24 PATI dari pelbagai negara yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam Op Selera dan Gegar di Pantai Chenang, Langkawi. STR/HAMZAH OSMAN


LANGKAWI: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan premis perniagaan sekitar Pantai Chenang di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Ketua Penolong Pengarah Rosmaliza Mohamed Rashid, berkata PATI berusia di antara 16 dan 43 tahun itu ditahan di sembilan lokasi secara berasingan.


Katanya, mereka terdiri daripada tujuh warga Syria, Yaman (lima), Bangladesh (lima), Pakistan (tiga), Mesir (2) dan masing-masing satu warga Myanmar serta Thailand.

"Pemeriksaan awal mendapati kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan menyalah guna pas atau permit serta tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis berkenaan.

"Kesemua PATI ditahan dalam Op Selera dan Op Gegar kemudian disaring serta disahkan negatif COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rosmaliza berkata, operasi lebih dua jam itu disertai 21 pegawai Imigresen Kedah, bermula jam 9 malam.

"Kesemua PATI terbabit dibawa ke lokap Pejabat Imigresen Cawangan Langkawi dan akan dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantek, Sik.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-di-pantai-chenang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 1.401048 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list