CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

Brendan semakin pulih

[Copy link]
Post time 21-5-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode

BRENDAN ketika sesi latihan. FOTO Selangor FC

Kuala Lumpur: Pemain berpengalaman Selangor FC, Brendan Gan akan membuat penampilan dalam beberapa aksi perlawanan persahabatan bagi mendapatkan semula tahap keyakinan sebelum diberi kepercayaan untuk kembali beraksi sebaik sahaja Liga Super kembali bersambung.

Pemain berusia 34 tahun yang sebelum ini menghidap penyakit kanser semakin menunjukkan perkembangan positif dalam latihan dan begitu fokus untuk mendapatkan kembali tahap kecergasan yang lebih baik seterusnya beraksi semula dalam perlawanan kompetitif.

Justeru, tempoh masa saingan liga yang berehat selama hampir lima minggu ini mahu digunakan sebaiknya untuk Brendan mengambil peluang turun beraksi dalam beberapa aksi persahabatan yang akan dihadapi Selangor selepas ini.

"Kami akan ada beberapa perlawanan persahabatan selepas ini, jadi sudah tentu saya berharap dapat turun beraksi bagi mendapatkan semula tahap kecergasan dan memang tidak mudah untuk terus bermain macam itu sahaja.

"Ia memerlukan strategi dan jika semuanya berada dalam keadaan yang baik, saya memang berharap untuk diturunkan, penting untuk saya dapat balik corak permainan dalam padang, dan selepas itu mungkin berpeluang berikan sesuatu dalam aksi menentang Sarawak United nanti.

"Apa pun, saya hargai sokongan yang sentiasa di belakang saya di mana bola sepak sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya, tetapi selepas apa yang berlaku, saya sedar ada lagi sesuatu di luar daripada bola sepak yang lagi penting.

"Cuma sekarang, inilah (bola sepak) semangat saya yang saya nak bagi balik dekat penyokong dan untuk membantu kelab ini", katanya.

Dalam masa sama, Brendan sedar pemain-pemain lain yang memberikan hampir 100 peratus di atas padang wajar untuk terus diberi peluang bagi mempertaruhkan aksi di mana dia sentiasa ingin membantu apa yang mampu di luar padang.

Sehinggalah bekas pemain Perak dan Kelantan benar-benar sudah berada di tahap yang menyakinkan, dia percaya peluang itu akan hadir juga untuknya memberikan sesuatu kepada Selangor pada musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... endan-semakin-pulih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.181045 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list