CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 1

Kasut ‘buruk’ Balenciaga ditawarkan pada harga RM8,119

[Copy link]
Post time 22-5-2022 09:43 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan sepasang kasut jenama Balenciaga yang ditawarkan pada harga RM8,119. – Balenciaga

Kasut ‘buruk’ Balenciaga ditawarkan pada harga RM8,119

PARIS – Sepasang kasut jenama Balenciaga yang sangat lusuh mendapat perhatian di internet kerana ditawarkan pada harga yang sangat tinggi, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Kasut itu ditawarkan di laman web Balenciaga dalam warna putih atau hitam pada harga AS$1,850 (RM8,119) sepasang.

Ia direka untuk kelihatan se­perti kotor dan lusuh, manakala perkataan ‘Balenciaga’ tertera pada sisinya dengan gaya tulisan tangan menggunakan pen.

“Kasut ini dihasilkan menggunakan kanvas lusuh dan bahagian sisi yang kasar untuk menonjolkan rupa yang lebih buruk,” kata laman web itu.

Kasut-kasut tersebut akan dijual dalam lelongan secara online di seluruh dunia terma­suk Eropah, Amerika dan Asia Barat.

Koleksi tersebut juga akan diperkenalkan di Jepun secara online ada 23 Mei ini menjelang pelancaran koleksi itu di seluruh dunia.

Syarikat fesyen Balenciaga diasaskan oleh pereka fesyen Sepanyol, Cristobal Balenciaga yang pernah mendapat pujian daripada pereka-pereka fesyen terkenal dunia termasuk Christian Dior.  – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -pada-harga-rm8119/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 07:34 PM | Show all posts
sempoi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054759 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list