CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

Malaysia ada kala main bagus, ada masanya tidak – Tae-yong

[Copy link]
Post time 22-5-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Indonesia masih dibayangi kekalahan kepada Thailand pada separuh akhir.

   
HANOI: Biarpun menewaskan skuad senior Malaysia 4-1 pada Piala AFF di Singapura, tahun lalu, namun pertembungan penentuan pingat gangsa Sukan SEA Vietnam di Stadium Nasional My Dinh hari ini disifatkan sesuatu yang berbeza oleh pengendali Indonesia, Shin Tae-yong.

Katanya, skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) tahun negara sukar dijangka, malah beberapa masalah kecederaan dan penggantungan pemain yang dihadapi Indonesia menyebabkan dia memiliki pasukan muda negara sebagai pilihan untuk menang.

“Kemenangan di Piala AFF tidak membawa makna di sini kerana ia jelas berbeza. Pasukan Malaysia sukar dijangka ada kala mereka bermain baik dan ada masanya tidak. Itu menyukarkan kita untuk membuat jangkaan kekuatan lawan.


PENGENDALI Malaysia, Brad Maloney (kiri) dan Ketua jurulatih Indonesia B-23, Shin Tae-Yong pada sidang akhbar di Hanoi semalam menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan untuk perebutan gangsa hari ini.

“Kami kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan dan penggantungan tetapi semua pemain saya telah bersedia untuk memberi aksi terbaik dan membawa pulang gangsa.

“Siapapun pemain yang kami ada, mereka akan turun memberi tentangan habis-habisan meskipun masih kepenatan daripada segi mental dan fizikal ketika aksi separuh akhir menentang Thailand tempoh hari,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Indonesia juga terpaksa bermain 120 minit sebelum tunduk 0-1 kepada Thailand pada separuh akhir dengan menyaksikan tiga pemainya, Firza Andika, Rachmat Irianto dan Ricky Kambuaya dilayangkan kad merah.

Pada edisi ke-30 di Manila, Indonesia membawa pulang pingat perak, di mana mereka tumpas 0-3 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir.

Kali terakhir mereka meraih gangsa ialah di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila berjaya menumpaskan Myanmar 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... nya-tidak-tae-yong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.756751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list