CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 0

Kita tak perlu takut - Shahrul

[Copy link]
Post time 22-5-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode

PERTAHANAN tengah skuad Harimau Malaya, Shahrul Saad atau lebih kenali dengan panggilan ‘Badak.’ -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: "Memang betul kita sebenarnya tak perlu takut dengan pasukan-pasukan mana pun jika kita bersedia dan dapatkan prestasi yang terbaik. Saya rasa kita mampu melakukannya untuk di peringkat Asia ini".

Itu keyakinan yang diluahkan tonggak pertahanan tengah skuad Harimau Malaya, Shahrul Saad atau lebih kenali dengan panggilan 'Badak' apabila mengakui skuad negara mempunyai potensi besar untuk layak ke Piala Asia tahun depan.

Jelas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, kejayaan kelabnya melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) adalah bukti menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil, termasuk untuk melihat Malaysia melangkah ke pusingan akhir tahun depan.

"Bagi saya secara peribadi, memang satu pengalaman yang tak dapat saya raih di mana pencapaian bersama kelab itu adalah yang terbaik.

"Saya harap saya dapat juga kongsi atau berikan perkara yang sama untuk pasukan kebangsaan," katanya yang kini dalam persiapan menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

Dalam kempen ACL bulan lalu, JDT melakar sejarah tersendiri apabila membuat kejutan dengan melepasi peringkat kumpulan apabila muncul juara Kumpulan I.

Kejayaan bermakna itu cukup mengejutkan terutama selepas berjaya menewaskan kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC, disamping mengecewakan kelab gergasi China, Guangzhou Evergrande dan Kawasaki Frontale dari Jepun.

Menurut bekas pemain Perak FC itu lagi, dia yakin skuad negara yang dibimbing Kim Pan-gon mampu mencapai sasaran untuk layak ke Piala Asia dengan beberapa alasan tersendiri.

"Saya rasa kelebihan kita adalah bermain di tempat kita sendiri yang mungkin pasukan lawan tak biasa dengan keadaan padang ataupun cuaca.

"Jadi kita dapat menggunakan peluang ini sehabis baik untuk dapatkan kemenangan di sini (Stadium Nasional Bukit Jalil)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... perlu-takut-shahrul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.094157 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list