CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 0

Tiada rombakan besar skuad B-23 negara

[Copy link]
Post time 24-5-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode

MALONEY puas hati dengan pencapaian anak buahnya walaupun pulang tanpa pingat dari Sukan Sea Vietnam. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Kuala Lumpur: Barisan pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara tidak akan mengalami perubahan besar dalam persiapan mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan, awal Jun depan.

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney berkata, ketika ini beliau berpuas hati dengan barisan pemain yang ada terutama komitmen dipamerkan mereka ketika beraksi di Sukan Sea Hanoi di Vietnam.

Beliau berkata, tiada keperluan melakukan rombakan dalam pemilihan pemain yang akan dibawa ke Uzbekistan dengan pasukan dijadualkan berlepas pada Jumaat ini.

"Berdasarkan apa yang saya lihat, mungkin semua pemain beraksi di temasya Sukan Sea akan dibawa ke Uzbekistan kerana kami tidak mempunyai pilihan pemain lagi dengan pasukan sedia ada sudah menunjukkan keserasian baik.

"Walaupun tempoh persediaan untuk mengharungi perlawanan Piala Asia agak singkat, saya namun percaya saingan di Sukan Sea menjadi medan terbaik untuk kami membina keserasian dan memperbaiki setiap kelemahan.

"Walaupun kami tidak meraih sebarang pingat, apa yang dilalui pasukan di Vietnam sangat positif dan kami dapat bersaing enam perlawanan antarabangsa dalam tempoh 14 hari.

"Fokus utama ketika ini adalah untuk mengharungi Piala AFC B-23 dan harap pasukan mampu merekodkan keputusan positif di sana nanti," katanya.

Pada kempen Piala AFC B-23 nanti, skuad negara akan menentang juara bertahan, Korea Selatan selain dua seteru Asia Tenggara iaitu Vietnam dan Thailand selepas diundi dalam Kumpulan C dengan saingan bermula 2 Jun depan.

Skuad negara baru pulang dari Sukan Sea di Vietnam yang menyaksikan mereka pulang tangan kosong berikutan tewas 3-4 ketika penentuan penalti merebut gangsa dengan Indonesia, selepas terikat 1-1 pada masa sebenar, Ahad lalu.

Di temasya itu, pengendali dari Australia itu membawa 20 pemain utama dengan empat pemain berada dalam senarai menunggu sekiranya ada dalam kalangan mereka cedera.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-skuad-b-23-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.072910 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list