CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

Penjaga gol mana pilihan Pan Gon?

[Copy link]
Post time 26-5-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode

KIM Pan Gon mempunyai empat penjaga gol yang mampu menjaga gawang Harimau Malaya dengan baik.


PETALING JAYA: Berdasarkan prestasi semasa, jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mungkin pening untuk memilih siapa layak diberi tanggungjawab menjaga benteng terakhir Harimau Malaya.

Pan Gon mempunyai empat pilihan terbaik di posisi berkenaan yang dibarisi iaitu Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim), Khairulazhan Khalid (Selangor), Syihan Hazmi (Negeri Sembilan) dan Kalamullah Al-Hafiz (Peta­ling Jaya City).

Farizal, Khairulazhan dan Ka­lamullah adalah muka lama skuad kebangsaan, manakala Syihan dipanggil selepas mempamerkan aksi terbaik di Liga Super bersama Nege­ri Sembilan.

Jurulatih penjaga gol, Cho Jun Ho berdepan tugas ‘sukar’ mencadangkan kepada Pan Gon siapa akan dipilih untuk menggalas posisi itu walaupun ramai percaya Farizal mempunyai ke­lebihan.

Menurut Khairulazhan, penjaga gol yang dipanggil Pan Gon mempunyai kelebihan masing-masing dan menunjukkan prestasi baik ketika sesi latihan yang sedang berlangsung ketika ini.


FARIZAL Marlias (depan) dan Khairulazhan Khalid antara muka lama yang mungkin menjadi pilihan Kim Pan Gon untuk menjaga gawang.

“Kita semua ada kelebihan masing-masing dan saya sendiri buat yang terbaik dalam sesi latihan.

“Jika diberikan peluang, saya tidak akan persia-siakan peluang yang diberikan untuk bantu pasukan. Kelebihan yang saya ada mungkin jurulatih boleh nampak…

“Itu atas jurulatih untuk nilai dan jika ada peluang, saya akan berikan komitmen 100 pe­ratus,” katanya pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketika ditanya sama ada skuad senior berdepan tekanan untuk mempamerkan aksi terbaik ketika ini, Khairulazhan berkata, harapan tinggi penyokong untuk melihat pasukan negara mencipta kejayaan akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik seawal aksi pemanas badan menentang Brunei Jumaat ini.


“Bermain di halaman sendiri sambil mendapat sokongan padu penyokong turut memberi kelebihan kepada pasukan negara untuk menampilkan persembahan terbaik

“Mungkin kami ada tekanan tapi kami tetap akan usaha 100 peratus ketika bermain di tempat sendiri sebab sokongan penonton akan beri kelebihan pada pasukan,” katanya.

Selain berdepan Brunei, Harimau Malaya dijadual menentang Hong Kong pada 1 Jun dalam aksi persahabatan sebelum memulakan cabaran kela­yakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8 hingga14 Jun.

Pada saingan kelayakan itu, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan E akan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... na-pilihan-pan-gon/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.103661 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list