View: 521|Reply: 0
|
[Johor]
Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing
[Copy link]
|
|
Pelayar warga Perancis memasuki negara ini secara haram di perairan Sungai Mersing, Johor, semalam. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA
Mersing: Tindakan seorang pelayar warga Perancis yang gagal melaporkan ketibaannya di perairan negara ini membawa padah apabila ditahan pihak berkuasa tengahari semalam.
Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, lelaki berusia 44 tahun itu didapati memasuki negara ini secara haram di perairan Sungai Mersing sekitar jam 12.45 tengah hari.
Katanya, suspek mendakwa sudah bersauh selama tiga hari di lokasi kejadian dan dari Krabi Thailand menuju ke Pulau Tioman, Pahang.
"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Mersing menahan lelaki berkenaan bersama perahu layar ketika sedang bersauh dalam rondaan OP JAKSA di kedudukan lebih kurang 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing.
"Semakan ke atas dokumen perjalanannya mendapati tiada cop kemasukan ke negara ini. Pemeriksaan lanjut mendapati ini adalah kali pertama suspek ditahan atas kesalahan gagal melaporkan ketibaan memasuki perairan Malaysia.
"Suspek bersama perahu layar seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1952 kerana tidak ada cop kemasukan ke negara Malaysia yang sah," ketika dihubungi.
Katanya, suspek juga disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak melaporkan ketibaan memasuki perairan Malaysia kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
"Maritim Malaysia Negeri Johor akan terus mempergiatkan penguatkuasaan di laut bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negeri Johor terpelihara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ditahan-di-mersing |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|