|
Letih melampau
KELETIHAN yang melampau berkaitan tugas atau peranan keibubapaan memberi tekanan kepada ibu bapa.
'PARENTAL burnout' berlaku apabila ibu atau bapa berasa letih yang melampau berkaitan tugas atau peranan keibubapaan.
Ia berlaku apabila ibu atau bapa berasa keletihan secara fizikal, mental dan emosi sehingga menimbulkan kesan yang lain kepada diri dan individu di sekelilingnya terutama anak-anak sendiri.
Apabila berlaku keadaan ini, ada ibu atau bapa ingin menjauhkan diri dari anak-anak secara emosi kerana berasa diri tidak berkesan atau kompeten.
Masalah menjadi lebih serius sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental apabila ibu atau bapa cenderung memendam dan malu untuk mengakui berdepan masalah kerana ia masih dilihat sebagai stigma dalam masyarakat.
Baru-baru ini tular di media sosial, apabila seorang ibu yang mengalami 'burnout' sehingga meluahkan perasaannya seolah-olah menyesal memiliki anak sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.
Kaunselor berdaftar, Maznah Ibrahim berkata, terdapat faktor luaran dan dalaman yang mendorong kepada 'parental burnout.'
"Faktor luaran berlaku disebabkan beberapa perkara seperti anak ramai, umur anak rapat (keperluan tinggi), ruang rumah yang sempit, masalah kewangan, bunyi bising persekitaran jiran bergaduh atau marah, kurang atau terhad sistem sokongan yang boleh dicapai.
"Manakala untuk faktor dalaman, ia membabitkan kesihatan mental ibu atau bapa itu sendiri ketika berdepan tekanan hidup. Dalaman ialah sumber dalam diri termasuk cara persepsi kepada permasalahan kehidupan (gaya berfikir), gaya urus permasalahan kehidupan, gaya urus emosi dia dan personalitinya," katanya ketika dihubungi.
IBU bapa perlu saling bekerjasama untuk mengurangkan beban pasangan.
Mengulas lanjut, tekanan melampau ini boleh berlaku apabila stres tidak dapat diseimbangkan dengan sumber dalaman seperti kemahiran mengurus tekanan, emosi, komunikasi dan penjagaan diri.
"Kurang sumber luaran turut menambah tekanan termasuk kurang sokongan atau bantuan daripada pasangan dan ahli keluarga terdekat dalam membantu ibu atau bapa yang mengalami 'burnout.'
"Selain itu, keletihan secara fizikal apabila mengurus banyak benda dan tidak cukup rehat, keletihan berfikir atau mental yang tidak dapat diluahkan di tempat yang betul antara punca 'burnout," katanya.
Menurutnya, apabila 'burnout' di tempat kerja, individu boleh minta ditukarkan kepada jabatan lain atau tugasan lebih ringan atas persetujuan majikan dan pihak jabatan sumber manusia.
"Sebaliknya apabila masalah ini berlaku di rumah, ibu bapa tiada pilihan kerana sudah menjadi tanggungjawab untuk memenuhi keperluan anak dan pasangan," katanya.
Maznah berkata, 'parental burnout' yang tidak ditangani boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental termasuk kemurungan, stres, kebimbangan melampau dan sebagainya.
"Pada masa sama, ia boleh memberi kesan kepada hubungan dengan pasangan termasuk sering bergaduh, konflik, tidak melayani keperluan pasangan, tidak ada rasa ingin bersama (intimasi) dan lebih serius boleh mengakibatkan keganasan rumah tangga.
MAZNAH
"Lebih membimbangkan, hubungan ibu bapa dengan anak-anak turut terjejas sehingga boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosi dan kognitif anak," katanya.
Bagi menangani masalah ini, ibu bapa perlu 'berani' meluahkan perasaan dengan cara dan tempat yang betul kepada anak-anak.
"Ini dilakukan secara positif dan bukan membebankan anak dengan disusuli permintaan (atau solusi sekali) kepada anak supaya bekerjasama dengan ibu.
"Anak-anak akan sangat empati dan boleh memberi kerjasama berbanding ibu yang secara tiba-tiba marah tanpa memberitahu apa yang dirasa," katanya.
Selain itu, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dan meluahkan perasaan masing-masing supaya empati (rasa) akan berlaku dan kerjasama boleh diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung.
"Senaman juga dapat membantu melegakan banyak tenaga emosi dari dalam badan supaya ia dapat dikeluarkan secara sihat dan selamat. Pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat yang cukup serta berkualiti," katanya.
SALING berkomunikasi dapat mewujudkan rasa empati.
Beliau berkata, ibu bapa yang mengalami 'burnout' perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.
"Ia seperti satu sesi rehat yang optimum. Hadir janji temu yang ditetapkan supaya tahap tekanan dan kesihatan dapat dipantau," katanya.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/WM/2022/05/846400/letih-melampau
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nowadays, many people I know, choose not to have children as mostly, children are too expensive. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|