CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 0

Peluang tiga pemain AMD pikat kelab Eropah

[Copy link]
Post time 1-6-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

Tiga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang akan menjalani latihan percubaan bersama FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg.

KUALA LUMPUR: Tiga 'ubi muda' dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berpeluang memikat kelab Eropah selepas mereka dihantar menjalani latihan percubaan bersama dua pasukan di sana.

Ketiga-tiga pemain itu dalam kalangan pemain terbaik AMD bagi generasi 2005 dan mereka dijangka menjalani latihan percubaan bersama FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg bermula hari ini (2 Jun) sehingga 19 Jun.

Dari tiga pemain terbabit, dua daripadanya iaitu Mohammad Haykal Danish dan Rohisham Haikal pernah bermain bersama skuad Bawah 13 tahun (B-13) Paris Saint Germain (PSG) dalam satu Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Rome, Itali pada 2018.

Manakala seorang lagi pemain iaitu Muhammad Abu Khalil adalah pemain utama Skuad Piala Presiden AMD yang kini berada pada tangga pertama dalam kedudukan pasukan bagi saingan Piala Presiden.


Mereka yang berlepas ke Perancis semalam diiringi oleh Pengarah Teknikal Program Latihan Pembangunan Negara (NFDP), Saad Ichalalene serta Jurulatih Bawah 17 Tahun AMD, Amarul Naza Mohamad.

Sebagai rekod, perancangan menghantar pemain menjalani latihan percubaan bersama kelab antarabangsa adalah inisiatif Sekretariat NFDP bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

Ia bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pemain selepas mereka tamat pengajian di AMD.

Program ini tertangguh hampir dua tahun akibat pandemik COVID-19 dan akan diteruskan untuk semua generasi di AMD.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pikat-kelab-eropah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.218228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list