CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 626|Reply: 0

Insiden tumbuk pengadil, kerajaan negeri kesal

[Copy link]
Post time 1-6-2022 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Insiden tumbuk pengadil, kerajaan negeri kesal


PENGADIL perlawanan, Khairul Halizan Abu Bakar (tengah) mengelak selepas ditumbuk seorang penyokong selepas tamat perlawanan final Sutera Sabtu lalu. FOTO Ihsan Pembaca


Kuala Terengganu: Kerajaan negeri kesal dengan insiden tumbukan ke atas pengadil perlawanan akhir bola sepak Sukan Terengganu (Sutera) antara pasukan Kuala Nerus menentang Marang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insiden itu sepatutnya dapat dielakkan jika semua penggiat sukan nombor satu itu mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat sebagai pengajaran.

Beliau juga menyarankan agar kawalan ketat diambil pihak penganjur bagi mengelak perkara sama berulang terutama Sutera edisi ketiga yang bakal dihoskan Daerah Dungun pada tahun depan.

Terdahulu tular dalam laman sosial seorang pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Khairul Halizan Abu Bakar ditumbuk pada bahagian muka oleh seorang penyokong selepas tamat perlawanan berkenaan yang berpihak kepada Marang dengan kemenangan 1-0.

"Kita kesal dengan insiden yang berlaku dalam perlawanan itu, kita serah kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang terlibat, pada masa sama kita akur apa-apa tindakan yang bakal dikenakan kepada individu berkenaan.

"Kita harap peristiwa sama tidak berulang kerana paling penting kita adakan kejohanan Sutera ini adalah bagi mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi termasuk pentas Sukan Malaysia (Sukma)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang pengadil yang enggan mendedahkan namanya turut kesal dengan insiden yang berlaku selain menyatakan sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rajaan-negeri-kesal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.251729 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list