CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN BY RUHIL AMANI ~ SEASON II~ TAMAT

[Copy link]
Post time 20-9-2010 02:48 PM | Show all posts
yay.. dah bukakkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2010 02:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 20-9-2010 14:58

Kehidupan empat dara pingitan itu terus berlangsung seperti biasa di bulan Syawal.Masing-masing begitu sibuk menghadiri jemputan rumah terbuka kenalan masing-masing. Dan yang lebih menambahkan berkat lagi, keempat-empat mereka dapat menunaikan ibadah puasa enam serentak. Sebaik sahaja mereka habis berpuasa enam, rumah teres dua tingkat itu meriah dengan jamuan rumah terbuka versi anak dara. Masing-masing begitu komited menyediakan juadah dan hidangan bagi menjamu tetamu yang diundang.

Kehadiran buah hati masing-masing juga menambahkan seri rumah terbuka mereka itu. Langsung tidak terpancar riak penat di wajah mereka melayan tetamu yang bertandang walaupun tetamu tidak putus-putus datang sehingga malam menjelma. Akhirnya, jamuan rumah terbuka itu berakhir juga sebaik sahaja jarum jam menginjak ke angka sebelas malam. Nasib baik juga mereka mengadakan rumah terbuka itu pada hari Sabtu, dapatlah mereka berempat mengemas pada keesokan harinya.

“Fuhhh…penat siot nak basuh periuk belanga ni.” Miko dah duduk beralaskan bangku plastik sewaktu memulakan acara menyental periuk pada pagi Ahad itu.

“Tu la korang, aku suruh tempah catering korang tak nak.” Chengkeh dah mula usul protes dah.

“Mana best kalau kita tempah catering, tak happening la Chengkeh.”

“Happening tak happening, sekarang ni sape yang pening nak basuh periuk saiz Godzilla ni?” Chengkeh simbah air pada muka Bunick yang menjawab tadi. Bunick pun apa lagi, terus halakan hos paip ke arah Chengkeh.

“Eh, aku suruh korang basuh periuk, bukan main simbah-simbah air ni!” Kia dah bercekak pinggang pada Bunick dan Chengkeh yang dah basah kuyup.

“Ala Kia, relax lah. Bukan selalu pun boleh main air macam ni.”

Bunyi hon kereta mematikan pertelagahan antara mereka. Masing-masing mengalihkan pandangan pada Vios hitam yang baru berhenti itu.

“Pakwe kau datang tu Kia…” Miko senggol bahu Kia yang masih tercegat berdiri memerhatikan Jihad yang baru keluar dari kereta.

“Kau nak ngelat basuh periuk ye Kia? Nak keluar dating lah tu…” Bunick menjuihkan bibirnya ke arah Kia.

“Mana ada, aku tak tau pun dia nak datang. Korang jangan buat fitnah kat aku tau…”

“Assalamualaikum….” Sapa Jihad dengan senyuman.

“Waalaikummussalam ustaz…” tersengih-sengih Miko, Bunick dan Chengkeh jawab soalan Jihad. Kia masih tidak bereaksi, hanya menjawab salam Jihad di dalam hati sahaja.

“Saya nak pinjam kawan korang boleh tak hari ni?” Jihad masih lagi tersenyum manis.

“Eh, boleh ustaz. Nak ambik terus pun takpe. Tapi kena mintak izin mak ayah Kia dulu la ye ustaz…” giat Bunick.

“Kalau nak ambik terus, kenalah saya menelaah adat pepatih dulu nampaknya…” Jihad pun nampak seronok melayan gurauan Bunick.

“Kia, pergilah bersiap. Kesian ustaz ni tunggu lama…” Chengkeh cakap kat Kia yang masih membisu.

“Habis periuk ni macam mana? Kan dah janji nak basuh periuk ni sama-sama?” Kia memberikan alas an. Entah kenapa, hatinya begitu berat untuk keluar dengan Jihad hari ini. Mungkinkah ada petanda buruk yang akan akan terjadi dalam perhubungan mereka yang masih samar-samar ini?

“Ish… periuk ni pulak yang kau susahkan. Pasal periuk ni, serahkan aje pada kami bertiga. Taulah kami bereskannya…”

“Ha ah Kia, tak payah bimbang pasal periuk ni semua.” Miko dah tolak Kia masuk dalam rumah.

“Nak saya tolong ke ni?” Jihad dah sinsing lengan kemejanya.

“Eh takpe ustaz, nanti basah pulak baju ustaz tu. Kami boleh buat ni. Lagipun kami memang suka sental-sental periuk ni.” Miko jawab sambil sengih kat Jihad.

“Korang ni memang happy go lucky ye….” Jihad terhibur dengan gelagat tiga rakan serumah Kia itu.

“Rahsia awet muda ni ustaz….” Balas Chengkeh sambil gelak kecil.

Belum sempat Jihad Ikhmal membalas, Kia sudah pun keluar dari pintu depan. Dia melangkah malas menuju ke arah Jihad yang setia menunggu di luar pagar.

“Nanti jangan lupa pulangkan kawan kami ni ye ustaz. Kalau nak ambik terus kena pergi ambik kat rumah mak ayah dia. Kat sini boleh pinjam je…” sempat lagi Bunick berpesan pada Jihad.

Jihad hanya menganngkat tangan bila dengar gurauan Bunick sebelum dia membukakan pintu kereta untuk Kia.

“Kita nak pergi mana ni?” soal Kia sebaik sahaja dia mengenakan seat belt.

“Hari ni ada jamuan raya kat rumah anak yatim…”

“Hah?Jamuan raya? Nasib baik saya pakai baju kurung tau. Kenapa tak cakap awal-awal?”

“Awak tak tanya pun mana kita nak pergi tadi. Menonong je masuk tukar baju. Tapi dah pakai baju kurung kan? So, dah tak ada masalah sekarang ni.”

“Saya seganlah Jihad awak asyik bawa saya ke rumah anak yatim tu. Nanti apa pulak cakap orang. Budak-budak kat situ pun dah pandang saya semacam je…”

“Kia, nak segan apanya. Lagipun saya nak biasakan awak dengan budak-budak tu. Di situ dunia saya, budak-budak tu dah jadi kehidupan saya. Jadi, saya nak awak masuk dalam kehidupan saya, dunia saya Kia.”

“Kenapa awak nak saya masuk dalam dunia awak? Siapa saya untuk ada dalam kehidupan awak Jihad?” Kia sudah malas hendak berselindung lagi kali ini.

Lama Jihad terdiam bila dengar soalan Kia yang tiba-tiba itu. “Saya sayangkan awak Kia. Tapi saya tak berani nak berikan harapan pada awak. Saya tak layak untuk awak, maafkan saya sebab sukakan awak Kia…”

“Lagi-lagi itu yang awak cakap. Apa masalah awak sebenarnya Jihad? Tak boleh nak berkongsi dengan saya ke?”

“Saya tak sanggup nak mengaibkan diri saya sendiri Kia. Saya tau saya dah menempah luka di hati sendiri bila saya selalu dengan awak, tapi saya tak boleh nafikan perasaan saya terhadap awak…”

“Saya tak kisah kalau awak sendiri sengaja menempah luka di hati awak, tapi kenapa awak mesti babitkan saya Jihad? Kenapa mesti awak turut lukakan hati saya?”

“Saya tak berniat nak lukakan perasaan awak Kia, saya minta maaf…”

Kia mendengus bila mendengar ucapan maaf dari Jihad. Apa sebenarnya yang terbuku di hati Jihad? Dia langsung tidak bersuara selepas itu, dan suasana senyap itu berterusan sehinggalah kereta Jihad sudah selamat berhenti di hadapan rumah anak yatim.

“Ha, dah sampai pun anak umi ni. Masuk Kia, majlis dah mula dah pun…” ramah Puan SriAzizah menyambut kedatangan Kia. Dia begitu senang bila melihat anak lelakinya itu membawa Kia ke majlis ini.

“Terima kasih Puan Sri, saya ni menyibuk je kat majlis ni…” Kia bersuara lembut.

“Hish, apa pulak menyibut. Saya yang mintak Jihad jemput Kia tadi…”

Oh…Puan Sri Azizah yang mintak Jihad jemput aku sebenarnya. Agaknya kalau tak disuruh, mungkin Jihad tak akan ke rumahnya tadi. Bisik Kia sendirian. Terselit perasaan hampa di sudut hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:57 PM | Show all posts
aku memang tak sehat sejak dr kampung lagi...aku dh hembus angin tak sehat tu ke arah pelabuha ...
bunick Post at 20-9-2010 14:16


cett!!!!smpai ati hembus udara kotor tu kat aku... perit btol tekak aku nie..dahle puasa nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:57 PM | Show all posts
abis tu, x reti2 nk jalankan tugas ke cik mamarazzi????
bunick Post at 20-9-2010 14:17


ari nie x larat nak jd mamarazzi bunick...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:58 PM | Show all posts
x bleh kawen serentak bb, nt xde sape nk jd pengapit, tukang komen, tukang usik pengantin
bunick Post at 20-9-2010 14:18


itulaaa.. even aku dgn chengkeh pun x leh nak nikah sama2.. kg lain2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 03:03 PM | Show all posts
alalalalla.. jgn laa sedey2 kia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2010 03:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 20-9-2010 15:13

Kia tengok apa tu?” Jihad membawakan segelas air dan pinggan polistrin yang berisi dengan beberapa jenis kuih kepada Kia yang sedang menyaksikan gelagat penghuni rumah anak yatim itu.

“Takada apa-apa. Tengok budak-budak tu,rasa sayu je. Kasihan mereka, kecik-kecik lagi dah kehilangan mak ayah mereka.” Kia bersuara sendu. Tak dapat dia bayangkan kalau dia yang menerima nasib begini.

“Sekurang-kurangnya mereka tau siapa mak ayah mereka Kia, tapi saya….” Jihad tidak menghabiskan ayatnya.

“Kenapa dengan awak? Puan Sri Azizah tu bukan mak awak ke?” offhanded Kia tanya Jihad.

“Puan Sri Azizah bukan mak saya Kia….” Lirih Jihad menjawab soalan Kia tadi.

Kia tergamam bila dengar jawapan Jihad. “Ye la tu…”

“Betul Kia, saya tak pernah tau siapa mak ayah saya. Puan Sri Azizah cuma mak angkat saya sahaja. Tapi dia dah mengangkat darjat saya di mata masyarakat bila dia bagi gelaran anak pada saya. Hakikatnya, nasib saya sama sahaja dengan penghuni rumah ini. Saya pernah dibesarkan di rumah ini Kia, rumah ini pernah jadi syurga saya suatu waktu dahulu. Namun nasib saya lebih baik dari anak-anak ini bila arwah Tan Sri ambil saya jadi anak angkat mereka. Mereka sangat berjasa pada saya Kia, sebab tu saya tidak pernah berkira untuk membantu Puan Sri menguruskan rumah ini. Kasih saya tertumpah di sini, anak-anak ini mengingatkan saya siapa saya sebenarnya. Sebab itu, saya tidak pernah berani untuk berangan-angan hidup dengan Kia.” Panjang Jihad bercerita. Ada getar pada suaranya, bening matanya mengocak perasaan Kia yang masih terkejut dengan kenyataan yang baru didengarinya itu.

“Saya minta maaf Jihad, saya tak tau yang awak…”

“Yang saya ni anak pungut Kia, saya anak yang dibuang oleh ibu bapanya. Saya mungkin anak luar nikah, anak yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat Kia….”

“Jihad, ALLAH tidak pernah membezakan hambanya. Siapa pun awak, darjat awak di mata ALLAH diukur berdasarkan keimanan dan ketaqwaan awak padanya. Saya sendiri walaupun ada ibu bapa yang sah, mungkin jauh lebih teruk dari awak Jihad.”

“Kia, saya ikhlas menyintai awak. Tapi status saya sebagai anak yang tidak diketahui asal usulnya membataskan saya untuk menzahirkan perasaan ini pada awak.Keluarga awak pastinya mengimpikan lelaki yang berketurunan baik-baik untuk memberikan zuriat pada awak…”

“Jihad, kenapa perlu prejudis pada keluarga saya?”

“Saya tidak prejudis pada keluarga awak Kia, tapi itulah hakikat yang perlu saya terima. Islam sendiri menekankan supaya mencari pasangan yang baik keturunannya Kia. Jadi, siapa saya untuk menolak semua itu?”

“Jihad, saya tak sangka awak boleh berfikir sejauh itu. Keluarga saya tidak pernah memandang itu semua, kenapa awak pula yang takut?”

“Saya tidak takut Kia, saya cuma berpijak di bumi yang nyata. Keturunan saya tidak jelas, sedangkan keluarga awak orang baik-baik Kia. Apa mereka sanggup mencemarkan keturunan mereka dengan menerima anak pungut macam saya ni?”

“Saya malu Jihad bila tengok lelaki yang ada pegangan agama yang teguh macam awak ni bersikap pengecut. Awak mengalah sebelum berjuang, awak takut untuk cuba mencari kebahagiaan awak sendiri. Awak takut dengan masa silam awak, tapi yang paling saya kesalkan, awak langsung tidak memikirkan perasaan saya, hati saya!” Kia sudah bangun dari kerusi. Dia mengesat pelupuk matanya yang mula basah.

“Kia, saya cuma tidak mahu keyakinan saya memakan diri sendiri. Sya tidak sanggup untuk jatuh terluka sekiranya saya terbang terlalu tinggi…”

“Awak tidak perlu takut Jihad sebab saya sendiri tidak sanggup untuk berkhalifahkan lelaki yang pengecut macam awak….” Kia mencapai handbagnya dan terus berlari keluar dari kawasan rumah anak yatim itu.

“Kia!” laung Jihad yang masih terkedu bila melihat Kia yang makin menghilang daripandangannya….Kakinya seakan dipasak dibumi untuk mengejar Kia yang sudah pergi.

“Kenapa dibiarkan dia pergi Jihad?” Puan Sri Azizah yang dari tadi memerhatikan pertelagahan pasangan itu menegur Jihad yang masih tegak berdiri di situ.

“Jihad tidak layak untuk dia umi….”

“Kejar dia Jihad, umi yakin dia tidak bermaksud begitu. Jihad kena percaya pada perasaan Jihad, jangan dibiarkan perasaan rendah diri membayangi kehidupan Jihad. Bahagia itu tidak terhad kepada anak yang sah tarafnya di mata masyarakat Jihad, sesiapa pun berhak untuk mendapatkan cintanya.”

“Umi, Jihad tidak sanggup menerima hakikat andainya keluarga dia tak dapat menerima Jihad. Cukuplah sekali hati Jihad terluka bila dibuang oleh ibu bapa Jihad sendiri, Jihad tidak mampu untuk menerima penghinaan lagi sekali umi.” Kali ini Jihad sudah tidak mampu menahan tangis. Sedih mengenangkan nasib diri yang tidak pernah dihargai kehadirannya oleh ibu bapa sendiri. Sayu menerjah bila mengingatkan kembali ibu yang melahirkannya sanggup membuang dia yang masih bayi.

“Jihad, pandang umi nak. Apa Jihad tidak pernah menganggap umi ni sebagai mak kandung Jihad? Apa air susu umi yang mengalir dalam badan Jihad belum cukup membuktikan bahawa Jihad anak umi? Walaupun Jihad bukan keluar dari rahim umi sendiri, tapi kasih sayang yang umi dan arwah abi berikan pada Jihad melebihi segala-galanya. Jihad anak umi, biarpun mak ayah kandung Jihad tidak pernah menginginkan Jihad, tapi ingat bahawa umi tidak pernah sanggup kehilangan Jihad tau….” Puan Sri Azizah juga sudah menangis. Hiba di hati makin meruntun bila melihat air mata lelaki Jihad menuruni pipi.

“Maafkan Jihad umi, Jihad tidak bermaksud untuk melukakan hati umi. Dunia akhirat Jihad anak umi, tapi Jihad tidak dapat mahu menggantungkan harapan pada Kia. Jihad takut akan penolakan keluarganya pada Jihad mi.”

“Jihad percayakan umi kan? Umi sendiri yang akan jumpa dengan keluarga Kia. Umi yakin, gadis sebaik Kia pastinya mempunyai ibu bapa yang berhati mulia. Orang yang mulia tidak pernah membeza-bezakan pangkat dan keturunan orang lain.” Lembut suara Puan Sri Azizah memujuk anak kesyangannya itu.

“Tapi Jihad dah lukakan hati Kia mi, Jihad takut Kia dah bencikan Jihad….”

“Jihad pergilah pujuk dia. Hati orang perempuan ni macam kerak nasi tau.Pandai-pandailah Jihad ambil hati dia semula, takkan itu pun nak umi ajar…”

“Thanks mi, you’re the great mom in the world….” Jihad menyalami tangan ibunya dengan penuh kasih sayang. Dia beruntung kerana mempunyai ibu sebaik Puan Sri Azizah. Walaupun sekadar ibu susuan, namun kasih sayang yang diberikan kepada Jihad melebihi segala-galanya.

Tapi, masih adakah cinta di hati Kia untuk dia? Apakah Kia boleh menerima cinta si anak pungut sepertinya ini? Di mata masyarakat, dialah anak allahyarham Tan Sri Burhan dan Puan Sri Azizah, tapi hakikatnya dia cuma anak angkat pasangan suami isteri pengasas rumah anak yatim ini. Sanggupkah orang tua Kia bermenantukan lelaki yang bertopengkan darjat tinggi ibu bapa angkatnya itu?

Tidak dapat dia bayangkan andainya Kia sendiri menolak untuk hidup bersamanya, cukuplah luka dibuang oleh darah daging sendiri bernanah di hati. Dia tidak tega untuk membiarkan dirinya dilukai lagi. Tapi apakah benar Kia akan membuang dia seperti itu? Dia yakin, Kia juga turut menyimpan rasa yang sama dengannya. Walaupun Kia tidak pernah menzahirkan perasaannya dengan jelas, namun hati lelakinya dapat menghidu gerakan Kia yang sesekali mencuit perasaannya.

Apakah cinta Kia begitu kuat untuk menandingi status anak pungut yang melekat pada jasadnya? Apakah sayang Kia cukup untuk merobohkan tembok rendah diri yang kian lama bersarang di hatinya….Jihad tidak tahu, dia pasrah kini pada segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh NYA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 03:15 PM | Show all posts
yay.. dah bukakkkkkk
Kia_picanto Post at 20-9-2010 14:48



slm aidilfitri dr mesia kia
ari ni aku letak posting spesel utk ko kia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 03:59 PM | Show all posts
huhuhu
best....
balik raya jer ada n3
sayang... bunick.....
selamat hari raya
bila nak wat open house tuk umah forum ni.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 04:05 PM | Show all posts
huhuhu
best....
balik raya jer ada n3
sayang... bunick.....
selamat hari raya
bila nak wat open ...
iwimz Post at 20-9-2010 15:59



sayang akak jugak
kena cr tuan umah yg nk sponsored umah la nk wt open house
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 04:46 PM | Show all posts
yeay!!! bunick nak buat open house.. yeay yeay!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 04:51 PM | Show all posts
yeay!!! bunick nak buat open house.. yeay yeay!!!
mikoodette Post at 20-9-2010 16:46



ha ah, dgn syarat ko kena jd manpower aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 05:13 PM | Show all posts
yeay dah rumah baru, rumah lama akak tak sempat2 khatam lagi....hu hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 05:26 PM | Show all posts
ha ah, dgn syarat ko kena jd manpower aku
bunick Post at 20-9-2010 16:51


huh!!! aku nak jd manpower tukang abih mknan ko boleh laaa... ok x....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 05:29 PM | Show all posts
slm aidilfitri dr mesia kia
ari ni aku letak posting spesel utk ko kia
bunick Post at 20-9-2010 15:15



    waaa... betul la... terungkai sudah misteri nusantara jihad tuh...
tak kisah ko nak wat cemane... tapi kalau parent aku happy go lucky jer.. tak heran anak angkat ke tak.. my mom sendiri anak angkat

Selamat Hari Raya dari Dublin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 05:30 PM | Show all posts
huh!!! aku nak jd manpower tukang abih mknan ko boleh laaa... ok x....
mikoodette Post at 20-9-2010 17:26



x pyh jd ape2...kensel wt open house
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2010 05:31 PM | Show all posts
waaa... betul la... terungkai sudah misteri nusantara jihad tuh...
tak kisah ko nak  ...
Kia_picanto Post at 20-9-2010 17:29



alamk, mcm ada telepati jek
ari tu nma mak miko yg kebetulan, ari ni mak ko plak sma ngan jihad ikhmal.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 05:34 PM | Show all posts
x pyh jd ape2...kensel wt open house
bunick Post at 20-9-2010 17:30


marah nmpkk.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 05:34 PM | Show all posts
alamk, mcm ada telepati jek
ari tu nma mak miko yg kebetulan, ari ni mak ko plak sma ngan jih ...
bunick Post at 20-9-2010 17:31


ko kan dah telepati mak2 kiteorg....
ape laa ko nie bunick... lupa laa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 05:44 PM | Show all posts
entahnye bunick.. tetibe terlupa la tuh..
sibuk bercengkerama ngan si ariff la tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.080134 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list