CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN BY RUHIL AMANI ~ SEASON II~ TAMAT

[Copy link]
Post time 21-9-2010 03:32 AM | Show all posts
korang kata nak gi bandung hujung tahun ni kan???
gi ngan travel agency ke plan sendiri???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 08:51 AM | Show all posts
salam uols...berpeliuh2 mak tunggu page nih nak load...akhirnya dapat jugak tulis somthing kat sini...uols sume pekabar?raya ok ker?mak raya makaaaaannn jek kejenya.....

buat kia - bila nak balik???hujung tahon ni balik x?aku sedihla kia pasal cete si jihad tuh...bertakung air mata aku....

buat bunick - kuih raya ada tak?aku nak sebalang jek....campur2 yek serba sedikit kuih yang ko buat tuh...pastuh letak n3 panjang2 yek....

buat birasku - ppsstttt! bila nak gi raya umah bakal mertua kita....wakakakaka....(mcm real jek)takdelah...mak nak cakap....nyah mak teringat2 nyah punya rendang ari tuh..sampai balik kampung pun..mak suruh mak mak buatkan rendang....pergh....memang tak pandang kiri kanan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 09:00 AM | Show all posts
bunick!!!!
n3 bunick n3....hari  neh aku bleh la nak berintenet...aku hangkut lappy bawak opis...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 09:27 AM | Show all posts
salam uols...berpeliuh2 mak tunggu page nih nak load...akhirnya dapat jugak tulis somthing kat sini. ...
chengkeh Post at 21-9-2010 08:51


salam my biras............. windunye pd nyah......

itulaa, bile kite nak pegi open house bakal mak mertua kite nie kan.. ala, mak tau rendang mak nyah tu jauh lebih sedap drpd yg mak buat hari tu... yg mak buat tu ala2 tangkap muat jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:50 AM | Show all posts
korang kata nak gi bandung hujung tahun ni kan???
gi ngan travel agency ke plan sendiri???
Kia_picanto Post at 21-9-2010 03:32



x jd la kia, diorg kan tgh sweeping rakyat mesia kt cna
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 09:52 AM | Show all posts
salam uols...berpeliuh2 mak tunggu page nih nak load...akhirnya dapat jugak tulis somthing kat sini. ...
chengkeh Post at 21-9-2010 08:51



    sedih kan citer jihad tuh... tak pe.. akan ade happy ending nye
balik hujung tahun laaa.... jgn tanye.. pening ngan keje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2010 09:52 AM | Show all posts
salam uols...berpeliuh2 mak tunggu page nih nak load...akhirnya dapat jugak tulis somthing kat sini. ...
chengkeh Post at 21-9-2010 08:51



amboi, kemain lg tanya kuih raya ek
aku rasa mcm sesuatu plak ko nih
ko mintak balang kuih raya, attokz plak mintak tray kuih raya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:53 AM | Show all posts
sedih kan citer jihad tuh... tak pe.. akan ade happy ending nye
balik hujung tahun laaa ...
Kia_picanto Post at 21-9-2010 09:52



ko x blk lg pon xpe kia, mna tau kami sempat kumpul duit g cna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2010 09:54 AM | Show all posts
bunick!!!!
n3 bunick n3....hari  neh aku bleh la nak berintenet...aku hangkut lappy bawak opis...
chengkeh Post at 21-9-2010 09:00



smlm dh byk gla aku letak
x cukup2 lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 09:56 AM | Show all posts
x jd la kia, diorg kan tgh sweeping rakyat mesia kt cna
bunick Post at 21-9-2010 09:50



    adoii.. aku nak jenguk adik aku kat bandung tuh.. pk2 nak carik je agen.. biar selamat sket... nanti la aku tanye adik aku nanti ok ke tak dtg sendiri jer... parent aku ngan kakak aku ikut sekali.. aku rasa kakak aku tau kot.. tak pe la.. thanks...
mmg riso pasal keadaan kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 10:08 AM | Show all posts
ko x blk lg pon xpe kia, mna tau kami sempat kumpul duit g cna
bunick Post at 21-9-2010 09:53



    ish.. tak yah la.. tak mo aku tempat2 camtuh.. mmg tak selamat sgt.. lagipon nak gi meronggeng ni tak leh diiringi parent.. mau tergencat mood nak bersuka ria...
tak pe.. plan gi ostolia la baru ok kot.. harus sumer mak2 ni pening nak korek tabung
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 02:31 PM | Show all posts
smlm dh byk gla aku letak
x cukup2 lg ke?
bunick Post at 21-9-2010 09:54


itu n3 semalam....yang hari neh takde lagik.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 02:42 PM | Show all posts
itu n3 semalam....yang hari neh takde lagik.....
chengkeh Post at 21-9-2010 14:31



mood aku yg rajin menaip ni telah disentap dgn berita aku ada kusus esok
3 ari plak tuh!
yg paling tensen, kusus kt bilik mesyuarat utama jek!
koman2 pun antar la aku g pd ke, bleh la aku mencari ilham menaip cte ni bg cepat abis
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 02:48 PM | Show all posts
aiyak !!!!
ko sentap aku pun sentap gak la cam neh...
sentap sebab ko xjadik letak n3.....
rasa cam nak nangis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 02:52 PM | Show all posts
aiyak !!!!
ko sentap aku pun sentap gak la cam neh...
sentap sebab ko xjadik letak n3.....
rasa c ...
chengkeh Post at 21-9-2010 14:48



aku tgh berusaha siapkan n3 nih
jap lg aku letak aku sms ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 02:54 PM | Show all posts
sayang ko lebihla bunick cam neh....
mak suka nyah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 03:00 PM | Show all posts
sambung lagi bunick

dah lama tak masuk WR, akak dah kemaruk nak baca cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 03:06 PM | Show all posts
isk isk isk budak 2 org nie... macam2 hal...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 03:17 PM | Show all posts
Oh hari ni belum ada n3
lambat lagi ke akak nak terima adik2 ipar baru ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 03:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 21-9-2010 16:11

Petang itu Hadiff Iman menawarkan khidmatnya untuk menjemput Chengkeh dari pejabat. Kebetulan dia mempunyai appointment di bangunan bersebelahan pejabat Chengkeh. Jadi, dia terus mengambil peluang ini untuk menemui Chengkeh.

“Dah lama tunggu? Sorry lambat….” Hadiff Iman turun untuk membukakan pintu kereta pada Chengkeh. Ekor matanya sempat menangkap kegelisahan yang jelas terpancar di wajah Chengkeh. “Kenapa ni? Marah sebab saya lambat ke?”

“Taklah, saya tengah geram ni!” Chengkeh cepat-cepat masuk dalam kereta dan terus menutup pintu kereta itu dengan agak kuat. Hadiff yang masih terkejut dengan perlakuan Chengkeh meluru masuk ke tempat pemandu.

“Apa yang tak kena ni? Ada sape-sape yang buat awak marah ke?”

“Saya geram kat guard tu. Pandang orang macam nak telan je….” Chengkeh bersuara sedikit lantang.

“Dia kacau awak ke? Awak tunjuk guard yang mana satu usik awak, biar saya ajar dia.” Hadiff membuka semula lock kereta. Namun cepat-cepat Chengkeh menghalangnya turun dari kereta.

“Jangan! Awak jangan tengok lagi tau, mamat yang sedang duduk paling kiri tu. Dah lama saya perasan dia asyik tengok saya setiap kali saya lalu depan guard house ni. Lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk je.”

“Dia tengok je ke? Ingatkan dia ada usik-usik awak….” Lega Hadiff bila dengar Chengkeh bersuara.

“Cara dia tengok tu macam orang gatal je, saya nak jalan pun rasa segan. Diperhatinya saya ni macamlah saya ni suka sangat kat dia. Geram tau!”

“Selalu ke dia macam tu?”

“Tiap-tiap hari macam tu. Kadang-kadang tu saya rasa macam nak baling je kepala dia dengan kasut.”

“Habis tu awak tak sound dia ke?”

“Nak sound apanya, nanti dia ingat saya pulak yang perasan. Tapi tak kira, nak sakit hati jugak ni. Saya bukan apa Hadiff, kadang-kadang saya kerja sampai malam sorang-sorang. Weekend pun kadang-kadang kena datang kerja jugak. Dah tentu dia tau saya ada kat dalam bangunan tu sorang-sorang sebab saya kena tulis nama kat guard house untuk ambil kunci sebelum masuk pejabat. Dibuatnya dia apa-apakan saya macam mana?” Chengkeh meluahkan kegusaran yang melanda hatinya.

“Dia syok kat awak kot. Takpe, lepas ni bila dia tengok awak dengan saya mungkin dia dah tak kacau awak. Entah-entah dia ingat awak ni single lagi, sebab tu dia nak test market…”

“Saya serius la awak…..”

“Saya serius la ni. Dan sekarang ni saya nak sampaikan pesan mama, dia tanya bila kami boleh pergi rumah awak untuk majlis merisik,” Hadiff Iman menatap mesra wajah Chengkeh di sebelahnya. “ Mama dah tak sabar nak dapat menantu tau. Si Hijjaz tu pun bukan main lagi suruh saya cepat-cepat meminang awak, sebab lepas tu dia nak meminang Miko pulak.”

“Tak cepat sangat ke Hadiff? Lagi pun orang tua saya masih belum tau pasal ni.”

“Nak tunggu apa lagi Chengkeh? Nak tunggu sampai guard tu apa-apakan awak baru awak nak kahwin dengan saya?”

“Bukan macam tu lah. Kalau kita kahwin sekarang pun bukannya awak boleh escort saya 24 jam kat pejabat.”

“Kalau saya kahwin dengan awak sekarang, dah sah-sah awak kena berhenti kerja je. Kerja dengan saya lagi bagus. Tapi tak taulah kalau awak sanggup tengok senyuman guard gatal tu lagi dari mengadap muka saya ni….”

Cepat sahaja tangan Chengkeh mencubit lengan Hadiff Iman bila dengar lawak yang tak berapa lucu itu. Tak ingin dia nak tengok guard yang tak semenggah tu tersengih-sengih setiap dia kali melintasi guard house.

“Nanti saya bagitau mak dulu. Nanti terkejut pulak ayah bila tengok tiba-tiba je family awak datang rumah saya. Ayah saya tu ada heart attack, so tak boleh bagi dia terkejut tau.” Chengkeh melemparkan senyuman yang paling manis untuk Hadiff.

“Kalau macam tu, saya akan bagitau mama untuk bersiap apa yang perlu. Tak pun, biar mama je yang call mak awak.”

“Eh jangan, biar saya yang cakap dengan mak dulu. Lepas tu baru mama awak boleh call mak saya. Saya janji!”

“Okey, saya pegang janji awak. Kalau awak mungkir janji, taulah macam mana saya nak buat kat awak.” Gertak Hadif sambil tersengih.

“Kerja awak macam mana? Okey ke tak?” Chengkeh tukar topik perbualan. Sejak Hadiff Iman menjawat jawatan CEO di syarikat peninggalan arwah ayahnya, mereka jarang sekali berjumpa. Dia sangat maklum akan kesibukan yang dihadapi oleh Hadiff Iman. Tidak sekali-kali dia bersungut bila Hadiff Iman kerap kali terpaksa membatalkan temujanji mereka di saat-saat akhir.

“Entahlah Chengkeh, kadang-kadang saya rasa menyesal pulak berhenti kerja dulu. Minat saya bukan dalam bidang perniagaan, saya lakukan semua ini hanya untuk menjaga amanah arwah ayah. Saya kasihankan mama yang terpaksa berhempas pulas membangunkan syarikat ini lepas ayah meninggal.”

“Hadiff, tak salah kalau kita sebagai anak membahagiakan kedua orang tua kita. Roh ayah awak pasti tenang di sana bila dia tau yang awak dah ambil alih sayrikat tu. Lagipun,ini semua untuk awak dan keluarga awak juga kan.”

“Awak tak kisah ke kalau lepas kahwin saya masih kena balik lambat?”

“Hmmm…tipulah kalau saya kata tak kisah langsung. Tapi itukan dah jadi tanggungjawab awak. Kalau perlu, saya pun boleh tolong awak kat pejabat. Lagipun, rasanya lagi berbaloi mengadap muka awak 24 jam sehari dari saya tengok guard yang entah apa-apa tu.”

“Chengkeh, maknanya awak sanggup berhenti kerja lepas kita kahwin? Awak nak kerja dengan saya?” Soal Hadiff Iman bersungguh-sungguh.

“Why not? It can be considered, itu pun kalau offer yang saya dapat menarik dan menguntungkan….” Chengkeh bersuara nakal.

“Hmmm….esok jugak saya bagi offer letter tu kat Chengkeh. Don’t you dare to say no okey!” Hadiff Iman tersenyum girang. Sudah terbayang di fikirannya jawatan apa yang akan diserahkan kepada Chengkeh kelak. Pastinya jawatan pembantu peribadi merangkap isteri merupakan jawatan yang paling sesuai untuk wanita yang begitu dicintainya ini.

“Berangan la tu!” Chengkeh menggawangkan tangannya di hadapan Hadiff yang sedang tersengh-sengih.

“Saya tak sabar nak kahwin dengan awak Chengkeh. Apa kata awak call mak awak sekarang, biar saya je yang cakap dengan mak awak.”

“Isk awak ni, kot ye pun sabarlah sikit! Nanti tak pasal-pasal mak dengan ayah mengamuk pulak. Langsung tak dapat kahwin baru padan muka.”

“Kenapa? Kalau tak dapat kahwin dengan saya, awak sanggup ke nak kahwin dengan guard kat pejabat awak tu?” Hadiff sudah mengekek ketawa bila melihat Chengkeh yang menjeling marah padanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075542 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list