CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 4

[Lain-Lain] Peminat Indonesia mohon Melur Untuk Firdaus ditayangkan di negara mereka

[Copy link]
Post time 6-6-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Peminat Indonesia mohon Melur Untuk Firdaus ditayangkan di negara mereka


Anna Jobling antara pelakon utama drama Melur Untuk Firdaus


Kuala Lumpur: "Tolong tayang di Indonesia 'please', 'please'..."

Itu antara reaksi penonton dari Indonesia selepas beberapa klip drama Melur Untuk Firdaus yang dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok tular dan mendapat sambutan ramai.

Drama terbaharu TV3 itu bukan sahaja menarik minat penonton tempatan, malah dilihat turut memenuhi citarasa penonton dari negara jiran itu.

Pengguna akaun TikTok @dalimskuy begitu teruja dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton drama yang diadaptasi daripada novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta itu.

Kebanyakan warga maya dari Indonesia juga meluahkan perasaan sama selain turut mengakui ia adalah drama yang baik dan wajib ditonton walaupun baru sahaja enam episod ditayangkan.

"Please banget aku kecanduan (ketagih) series Malaysia," kata @drtlaini."Salah satu drama Malaysia yang wajib ditonton," kata @kamalinmastura132.

"Series Malaysia bagus bagus," kata @leejnoxzva.

Pelakon Anna Jobling yang memegang watak Melur di dalam drama itu mengucapkan terima kasih di ruangan komen sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan juga sambutan baik yang diberikan.

Drama Melur Untuk Firdaus arahan Zamri Zakaria itu ditayangkan pada setiap Rabu hingga Ahad jam 9 malam di Slot Lestary, TV3 dan Disney+ Hotstar, dibintangi oleh Meerqeen (Firdaus), Anna Jobling (Melur), Fimie Don (Haris) dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... an-di-negara-mereka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2022 03:15 PM | Show all posts
I belum tengok, tapi kat Indo memang banyak peminat siries ni


  

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2022 03:22 PM | Show all posts
upcoming malaysian drama kat viupun macam best. If Iols x silap drama ni remake daripada korean drama


  

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:46 AM | Show all posts
Drama ni dah available kat viu Indo, harap siries malaysia ni ramai peminat kat Indo

  

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 09:23 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 9-9-2022 09:16 AM

---spam---edit----

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.413591 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list