CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1838|Reply: 8

[Tempatan] GST: Tiang Lampu RM150,000 Seketul.

[Copy link]
Post time 11-6-2022 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Lagubestbest at 11-6-2022 09:54 PM

Ayam naik rege? ni ha DAPig buat cerita kata DBKL bayor RM30.75 jotaan harga terlalu mahal untuk ganti 200 tiang lampu di Lembah Klang. Ni bodo-bodo ganti tiang lampu je ke or ada justifikasi kerja tambahan tiang lampu siap ada air filter, solar charger, wifi, ambiance music, group sync dan tiang lampu boleh menari bagai anti nuklear etc. ni kita nak tau kata DAP. Kalau ikut rege tu, pecahannya jadi RM153,750 ribu ribu lemon untuk satu tiang lampu. Tak masuk akal songlap pun. Tau ar dua tahun tak bisnes pun, tapi wat lek ar sikit.

DBKL beri kontrak kepada SCIB dan kerjanya dilakukan oleh Ennova.

Benda ni tak dihebahkan. Nasib ada DAPig selaku enemy sentiasa cari point nak jatuhkan UMno.



sos: FMT Explain DBKL Explain - DAPig

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lampu bersadurkan emas kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 11-6-2022 06:53 PM
Lampu bersadurkan emas kot


idok la..lampu dan tiang ni boleh halang makhluk halus drp bertenggek...seterusnya mencegah depa drp skodeng umh orng...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiang emas bertahtakan burlian 26 karat kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 07:38 PM | Show all posts
TT dapat artikel mn nie???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2022 09:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2022 09:16 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 15-8-2022 09:18 AM


Kos tiang lampu ditanggung Ennova, bukan DBKL

Oleh Alzahrin Alias - Jun 13, 2022 @ 7:30pm[email protected]
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menjelas kontrak dan semua kos penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperoleh dan ditanggung sepenuhnya oleh Ennova Sdn Bhd (Ennova).
Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman, berkata Ennova juga akan menanggung sewa setiap tiang yang didirikan mengikut harga sewa yang dipersetujui antara pihaknya dan DBKL.
"SCIB juga tidak mengetahui sebarang pembiayaan atau pengaturan pembiayaan untuk kontrak oleh DBKL," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SCIB melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd (SCIBP), menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova


Kontrak itu adalah bagi perkhidmatan kejuruteraan projek untuk penggantian tiang lampu pintar bersepadu DBKL dijangka bermula pada Jun 2022 dan berakhir pada Mei 2023.
2
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman.
Rosland berkata, skop kerja SCIBP termasuk tetapi tidak terhad kepada pembersihan tapak, penggalian dan struktur tapak konkrit bertetulang, meletakkan semua konkrit tetulang, bolt dan nat, dan plat pada semua struktur keluli lembut, dengan tiang, kelengkapan dan aksesori yang akan dibekalkan oleh Ennova.
"Skop ini juga termasuk kerja-kerja pagar perimeter berantai, pagar keluli lembut dan pembinaan; kerja tanah, meratakan, menetapkan, membuat titik, dan kerja lain yang berkaitan; kerja-kerja mekanikal dan kejuruteraan seperti pendawaian, kotak suis, penyambungan kepada konduit, kabel bumi tanah dan rem serta pemasangan monopole," katanya.
Kelmarin, Ennova menyatakan penggantian tiang lampu konvensional di sekitar bandar raya Kuala Lumpur bukan hanya bakal memperkukuhkan rangkaian perkhidmatan 5G, malah menjadi sumber kewangan kepada DBKL.
Syarikat itu berkata, tiang lampu sedia ada akan digantikan dengan tiang lampu berintegrasi yang juga boleh menampung 'repeater' yang diperlukan untuk meluaskan jaringan telekomunikasi terutama teknologi 5G.
Syarikat beroperasi sejak 2011 itu mendapat kebenaran DBKL untuk melakukan kerja penggantian terbabit dengan kos dan pelaburan ditanggung pihak syarikat bagi tempoh lima tahun dengan pembaharuan kebenaran untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi selepas itu.







Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 10:37 AM | Show all posts
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman.
Rosland berkata, skop kerja SCIBP termasuk tetapi tidak terhad kepada pembersihan tapak, penggalian dan struktur tapak konkrit bertetulang, meletakkan semua konkrit tetulang, bolt dan nat, dan plat pada semua struktur keluli lembut, dengan tiang, kelengkapan dan aksesori yang akan dibekalkan oleh Ennova.
"Skop ini juga termasuk kerja-kerja pagar perimeter berantai, pagar keluli lembut dan pembinaan; kerja tanah, meratakan, menetapkan, membuat titik, dan kerja lain yang berkaitan; kerja-kerja mekanikal dan kejuruteraan seperti pendawaian, kotak suis, penyambungan kepada konduit, kabel bumi tanah dan rem serta pemasangan monopole," katanya

kos projek tu 30.75m. bukan harga tinag tu saja. termasuk prelim sekali ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 10:57 AM | Show all posts
eragon replied at 15-8-2022 10:37 AM
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman.
Rosland berkata, skop kerja SCIBP  ...


rm153,750 x 200 unit tiang = rm30.75m.
maknanya kos tiang termasuk prelim ditanggung oleh Sykt Ennova.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.281332 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list