CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 2

[Dunia] Pemilik rumah dibayar RM9,000 untuk ‘ternak’ lipas

[Copy link]
Post time 14-6-2022 11:06 PM | Show all posts |Read mode

Program itu bertujuan untuk menguji kaedah-kaedah baharu bagi memusnahkan serangan lipas. – Pixabay

Pemilik rumah dibayar RM9,000 untuk ‘ternak’ lipas

RALEIGH, CAROLINA UTARA – Sebuah syarikat kawalan makhluk perosak menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$2,000 (RM8,839) kepada pemilik-pemilik rumah di Amerika Syarikat bagi melepaskan 100 ekor lipas di kediaman mereka untuk tujuan eksperimen, lapor agensi berita United Press International semalam.

The Pest Informer yang berpangkalan di negeri Carolina Utara berkata, pihaknya mencari lima hingga enam pemilik rumah bagi membolehkan firma itu melepaskan kira-kira 100 ekor lipas Amerika di rumah mereka.

Ia bertujuan untuk menguji kaedah baharu bagi memusnahkan serangan haiwan perosak itu.

Kajian tersebut akan berlangsung selama 30 hari. Pasukan daripada  The Pest Informer  itu akan menggunakan kaedah konvensional bagi menghapuskan lipas-lipas tersebut sekiranya teknik baharu yang digunakan didapati tidak berkesan.

“Semua kaedah penghapusan lipas yang diuji adalah selamat untuk keluarga dan haiwan peliharaan,” demikian menurut syarikat tersebut.

Permohonan untuk mengambil bahagian dalam program itu dibuka sehingga 31 Julai ini. – Agensi



Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... untuk-ternak-lipas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut lipas:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:39 PM | Show all posts
Kucing takut anjing tu kt area sini x berapa betul sbb kucing sini gangster.
Anjing semua kene kejar kalau lalu depan rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.040170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list