CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 13

[Tempatan] Keluarga Adib tarik balik rayuan komital terhadap Tommy Thomas

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga Adib tarik balik rayuan komital terhadap Tommy Thomas


Allahyarham Muhammad Adib

KUALA LUMPUR: Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ia membabitkan dua rayuan oleh bapa arwah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Tommy mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima.

Bagaimanapun peguam cara mewakili Mohd Kassim, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu sesekali tidak mengubah keputusan dan dapatan Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 bahawa mangsa meninggal dunia kerana perbuatan jenayah.

Kenyataan itu menjelaskan rayuan itu ditarik balik kerana pihak keluarga tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pendirian keluarga Allahyarham untuk menarik balik rayuan komital juga tidak bererti usaha mencari pembunuh arwah Muhammad Adib tidak boleh diteruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.

"Keluarga Allahyarham kemudiannya mengarahkan peguam cara untuk menarik balik rayuan yang masih berlangsung di Mahkamah Rayuan, berhubung permohonan mengkomitkan Tommy atas tuduhan menghina Mahkamah, kerana pihak keluarga tidak lagi mahu memanjangkan perkara ini.

"Susulan daripada arahan keluarga arwah Muhammad Adib agar rayuan bapa arwah ditarik balik, pihak peguam, melalui Tetuan Mohd Zubir Embong telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei 2022 untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

"Maka dengan itu, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap proses dan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas dan Jabatan Peguam Negara, selesai dan tamat di sini," katanya.

Tambahnya, pihak keluarga Muhammad Adib turut berharap masyarakat dapat menerimanya, sekali gus membolehkan mereka memulakan kehidupan baharu.

Bagaimanapun, tegasnya, ia tidak sama sekali menggugat keputusan dan dapatan oleh Mahkamah Koroner yang mengesahkan bahawa Muhammad Adib mati akibat dipukul walaupun pembunuhnya tidak dapat ditemui sehingga hari ini.

Katanya, kematian Allahyarham turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan PDRM dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal rusuhan.

"Alasan penghakiman setebal 52 halaman oleh Hakim Koroner itu tidak pernah diakas oleh mana-mana mahkamah yang lebih tinggi, dan dengan yang demikian itu, kekal sebagai dapatan fakta yang autoritatif.

"Perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika dalam bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam, serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin," katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... rhadap-tommy-thomas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 11:08 AM | Show all posts
dah dapat duit kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:30 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 15-6-2022 11:33 AM

kannn dah kataa..dah terang lagi bersuluh UmnoPas dulu heret kes adib ni jadi isu politik utk buruk2kan kjaan pH je..


skrg dah jadi kjaan krik2 je lah kan..kes adib ke,RUU ke semua dah masuk tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian family arwah. Dpt duit ke apa tetap tak sama dgn kesakitan terima berita kematian anak mcmni
Tunang adib najihah tu walau dah move on kawin dah pun, tapi kawin dgn bomba jugak. Agaknye kwn adib la jugak kot. Tapi tetap laaah dia ajak laki dia ziarah kubur adib kalo dia balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 12:14 PM | Show all posts
Kesian kematian yg paling dipolitikkan, lagi2 puak pentaksub lobai dan umngok. Ujong2 xda apa2 dapatan pon. Semoga puak2 laknat di dilaknat tuhan yah!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 04:00 PM | Show all posts
Kalau betul beliau dibunuh (tanpa saksi), hanya pembunuh tu sahaja yang tau cerita. Unless dia come clean, we will never know apa yang berlaku sebenarnya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2022 04:10 PM | Show all posts
kesian tp tu laa kita rakyat marhaen ni mmg tak boleh nk fight. lg plak dah kena sogok dgn duit. mmg court pon mls nak ambik tau kes ni dahh klu panjang2 kan pon
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:01 PM | Show all posts
puak puak yang start the issue , serang kuil tu tersenyum sinis...

lahanat betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 10:55 PM | Show all posts
kelana36 replied at 15-6-2022 10:01 PM
puak puak yang start the issue , serang kuil tu tersenyum sinis...

lahanat betul

Itu yg trigger the chaos.....tp macam xder sapa yg teringin nak siasat

Sapa yg upah pegi kacau kuil tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sami kuil màhameriam tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu teruk betul Dap, tomi tomas, waitamurti dipitnah oleh babi2 Umno babi dlm.kes arwah adib nih. Hanya yg.maha kuasa je lah yg.akan melaknat & membalas dosa2 pemfitnah itu. Semoga babi2 Umno babi itu merangkak tanpa henti di akhirat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 15-6-2022 10:01 PM
puak puak yang start the issue , serang kuil tu tersenyum sinis...

lahanat betul

Cuma nk tau status kuil tu camne, still tercongok ke or makin bertambah patung2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:41 PM | Show all posts
Firenzza replied at 16-6-2022 08:12 AM
Cuma nk tau status kuil tu camne, still tercongok ke or makin bertambah patung2 tu?

Selalu lalu ikut situ, ada jer lagi kuil tu, seperti dulu. Persekitaran jer yang dah berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 06:56 PM | Show all posts
nampak tak siapa yang happy

"kita dah menang" kata mereka beramai ramai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051498 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list