CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

Penulis How To Murder Your Husband Dipenjara Seumur Hidup

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Seorang penulis di Amerika Syarikat yang menulis artikel bertajuk How to Murder Your Husband (Bagaimana Membunuh Suami Anda) dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Isnin, kerana menembak mati pasangannya.


Nancy Crampton Brophy, 71, bagaimanapun layak memohon parol dalam tempoh 25 tahun.




Foto: The Sun




Perbicaraan pembunuhan Crampton Brophy selama sebulan mendapati pengarang itu menggunakan senapang yang dibeli di eBay untuk membunuh suaminya dengan harapan dapat menuntut ratusan ribu dolar menerusi insurans hayat.


Senjata yang didakwanya diperoleh sebagai penyelidikan untuk novel baharu tidak pernah ditemukan.


Chef Daniel Brophy ditemui di atas lantai bilik kelas di institut masakan tempat dia bekerja pada Jun 2018.


Lelaki itu ditembak dua kali dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan isterinya memandu di kawasan itu, pada masa kejadian.




Foto: The Sun/LinkedIn




Pengarang novel bersiri bertajuk Wrong Never Felt So Right termasuk The Wrong Husband dan The Wrong Lover mendakwa dia tidak ingat berada di sana tetapi mengandaikan berada di kawasan kejiranan cuba mendapatkan inspirasi untuk karya fiksyen baharu.


Catatan blognya bertajuk How to Murder Your Husband masih boleh dibaca.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.042580 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list