CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 5

Siswi Belajar Sambil Berniaga, Pensyarah Menyamar Jadi Pelanggan 'Sound' Suruh Fokus Pelajaran

[Copy link]
Post time 15-6-2022 01:10 PM | Show all posts |Read mode


Penggunaan media sosial secara meluas oleh pelbagai peringkat umur memudahkan individu untuk menjalankan perniagaan secara atas talian. Platform itu adalah medan terbaik buat mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan terutama individu yang masih bergelar pelajar.



Bagaimanapun, seseorang itu haruslah bijak membahagi masa serta memberikan tumpuan lebih pada pelajaran. Namun, tidaklah salah bagi seorang penuntut untuk menceburi bidang perniagaan bagi menampung perbelanjaan harian.



Pun begitu, memetik laporan mStar, apa yang kurang menyenangkan apabila seorang mahasiswi yang menjalankan perniagaan secara atas talian mendedahkan sikap seorang penysarahnya yang mengkritik bisnes yang diusahakannya itu.



Seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti awam mendedahkan dia tiba-tiba menerima 'serangan' daripada pensyarah yang awalnya menyamar sebagai pelanggan untuk membeli barang jualannya.



Mesej awal yang diterima. (Sumber mStar)


Menceritakan perkara itu kepada mStar, mahasiswi yang disapa sebagai Syat itu pada awalnya menerima mesej menerusi aplikasi Whatsapp bertanyakan diskaun bagi beg berjenama yang dijualnya.



"Saya dapat chat macam biasa customer nak order beg. Saya balas macam biasa sebab tak tahu itu adalah pensyarah bagi projek akhir tahun kursus yang sama ambil. Selepas dia tanya boleh COD atau tak, saya sedang sibuk dengan tugasan pengajian dan tak sempat untuk membalas semula pertanyaan berkenaan.



"Lagi pun saya memang perlahankan sedikit urusan perniagaan sebab nak fokus pada final year," katanya yang menjual produk suplemen sendiri dan beg berjenama.



Wanita berusia 25 tahun itu bagaimanapun agak terkejut apabila menerima mesej nasihat daripada individu berkenaan pada 9 Jun yang menyuruhnya untuk memberikan tumpuan pada pelajaran dan bukannya sibuk berniaga.



Syat yang pelik dengan mesej berkenaan kemudian membalasa semula dengan tanda soal. Wanita itu bingung kerana secara tiba-tiba individu tersebut mengingatkannya agar tidak membazirkan masa dan jasa baik ibu bapa yang menghantarnya belajar di universiti.



Sumber mStar


"Tiba-tiba pada 9 Jun, saya dapat mesej, ingatkan pelanggan chat marah saya sebab saya hanya reply dengan tanya soal. Kemudian saya semak semula nombor telefon itu dalam group belajar, baru saya tahu yang mesej itu dihantar oleh pensyarah," katanya.



Mengakui terasa hati dengan perkara itu, Syat ada bertanya sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam subjek yang diajar tetapi pensyarah berkenaan hanya asyik menyentuh mengenai bisnes yang dilakukannya sahaja.



Kata Syat, tidak mungkinlah pensyarah berkenaan tahu dia ada menjalankan bisnes kecil-kecilan. Wanita itu mengesyaki mungkin ada individu yang membuat aduan mengenai hal berkenaan.



Gambar hiasan (Sumber Google)




"Kalau betul ada salah saya dalam pelajaran, patut tegur secara terus... tapi kenapa perlu menyamar.



"Dalam kumpulan projek saya ada lima orang dan salah seorang itu saya kenal dan dia tahu saya buat bisnes.," katanya yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam pelajaran mahupun terpaksa mengulang subjek.



Kata Syat lagi, dia mula menjalankan perniagaan itu sejak dia melanjutkan pelajaran di peringkat diploma. Sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik, dia menjalankan perniagaan itu agar dapat sekurang-kurangnya menampung keperluannya. -CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 01:22 PM | Show all posts
ini pun ko nak viralkn? kang jadi kes prof b40 lg..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa. Pensyarah igt duit loan student tu banyak ke. Then graduate tu terus dpt kerja. Bisnes kecik2 ramai je buat. Selagi x ganggu pelajaran, why not
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:22 PM | Show all posts
Susah nak kata tapi nak komen juga..

Si Pensyarah x yah laa gigih sangat control student U tu, pandai-pandailah dia bahagi masa melainkan dia drop atau merosot dalam pelajaran.. Just as a friendly reminder, x yah sound menyakitkan hati..

Takde sapa suka buat banyak kerja dalam satu masa especially student U.. Kalau boleh semua nak ada duit banyak, boleh bayar yuran setiap semester, boleh lepak dengan kawan lepas class etc. Kalau tak boleh buat macam tu tentu ada sebab student tu berniaga..


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:41 PM | Show all posts
pensyarah Dr? roshana ke tuhh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:42 PM | Show all posts
lepas dah meroyan panjang lebar tetibah ko hantar emoji gelak nangis? ko dah kenapa ni noreen?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.461094 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list