CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 27-9-2010 02:21 PM | Show all posts
best crite ni........
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 27-9-2010 02:46 PM | Show all posts
namapaknya shah dah ada hati kat lisa... next2 n3 fazss
asnita Post at 27-9-2010 12:49

    mgkn jgk... jauh lg hubungan diaorg ni.. kita doa2 yang baik2 k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2010 02:48 PM | Show all posts
Reply 40# Adilla

    terima kasih... fazss cuba untuk ke arah itu..

teruskan membaca k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2010 02:49 PM | Show all posts
best crite ni........
ADRIANAQISTINA Post at 27-9-2010 14:21

    teruskan membaca ok...;)
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 03:27 PM | Show all posts
Reply 44# fazss

blh la sgt2..
tp jgn la lupa lak nk smbg ek..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 05:45 PM | Show all posts
Salam Faszz
baru berkesempatan nak membaca coretanmu
percubaan yang baik;
teruskan menulis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2010 08:21 AM | Show all posts
Tilam yang empuk tidak mampu melenyapkan wajah gadis itu di ruang malam shah. Mata yang tadi nya terlalu layu tidak mahu berganjak dari alam nyata. Kenangan lalu silih berganti terbayang di ruang ingatannya. Namun wajah Marlisa seperti ada satu maksud yang tidak mampu selesaikan.

Senyumnya terlalu manis, hanya beberapa jam mereka mengenali satu sama lain tapi ingatannya seperti bertahun bersama.

Detik berlalu, ingatannya kembali ke kenangan lalu. Kenangan yang telah dibakar menjadi abu. Jika dahulu, setiap kali mengingati peristiwa itu Shah akan terluka. Namun malam ini terlalu berbeza.Pernikahan yang di bina atas dasar cinta yang telah berakhir 2 tahun lalu.. sayu hatinya. Bukan dia mengenang cinta yang terkubur, bukan dia sesali percintaan itu dan bukan juga niatnya untuk masih menginginkan cinta itu. Bermula dari saat cerai di lafazkan, maka berakhir la cintanya juga. Kasihnya telah pun lama hilang sebelum cintanya berakhir. Tidak pernah sesaat dalam nafasnya untuk mengikat kembali ikatan itu.Padanya, dia redha. Sesungguhnya, Allah mengetahui apa yang terbaik buatnya.

Shah mengeluh, sukar sungguh untuk dijauhi wanita ini. Kenapa Karina harus kembali? Kedatangannya pasti bukan kerana cinta..tentu sekali kerana ‘lelaki itu’ sudah tidak mahu menanggung kehidupan mewahnya. Tak mungkin aku akan kembali padamu, Karina. Walaupun ada Kira yang menghubungkan kita, tapi kau bukan sesiapa padaku lagi. Hanya lah ibu kandung anakku. Teguh hati Shah, bukan kerana sakit akan perpisahan itu tapi tiada sudah cinta untuk Karina dalam hatinya.

Lama shah melayan hatinya.. matanya teralih ke seraut wajah kasih Kira. Gambar itu di tatap dengan penuh kasih seorang bapa. Riangnya Kira. Dia lah buah hatiku sekarang, pendamai hatiku. Shah sendiri membangunkan semangatnya demi buah hatinya itu.

Tersemai jauh dalam sudut jiwanya untuk menjadi seorang bapa yang berguna, yang mampu menjaga, memelihara, mendidik dan melindunginya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 08:23 AM | Show all posts
Seperti cuti hujung minggu yang lalu, hari ini Lisa bersiap untuk berjogging di persisiran pantai Teluk Cempedak. Dah lama aktiviti rasmi hujung minggu ini tidak dapat di laksanakan ekoran tuntutan kerja yang melampau. Hari ini dia hanya ingin meleraikan segala ikatan di jiwa dan mindanya yang memuncak sepanjang musim sibuknya yang lalu.

Belum pun tiba di pesisiran, bayu telah pun menyapa mesra. Hatinya terus berbunga, hilang penat kerja selama berbulan dengan hanya sesaat bayu ini menyapa..seolah mengucap salam.

“bayu…jangan pernah aku di tinggalkan.. merana lah aku … hanya kau pendamai aku dalam kehidupan ku yang gembira dalam kesepian ini” rintih Lisa sambil kaki pantas melangkah menuju ke gigi air.

Lisa hanya melangkah perlahan sambil melihat ombak yang beralun lembut. Setelah dirinya bersedia, dia mulakan larian perlahan . Apabila melintas di kelompok pengujung dia hanya sekadar mengerling seimbas. Lisa hanya menumpu pada lariannya sambil sesekali dia bermain dengan ombak kecil yang menghempas ke pantai.  Dia mengambil semangat laut untuk terus bernafas, hembusan halusnya terus kedengaran. Peluh telah penuh di mukanya yang manis dengan hanya lip ice di bibirnya. Sudah jauh dia berlari, dia pusing kembali ke tempat permulaan tadi.

Tiba di satu tempat redup, Lisa berlabuh. Matanya merenung laut yang luas. Sekilas jam di kerling, baru pukul 9 pagi, awal lagi untuk dia beredar. Langit cerah sepanjang pagi ini, tanpa ada tanda akan hujan membasahi bumi. Lisa tersenyum. Dapat lah dia melayan jiwanya lama hari ini.

Hatinya damai dan berbunga harum. Harumnya kesepian ku, walau sendiri aku bahagia.
Tiba2 datang seorang lelaki duduk di sebelahnya, dekat tapi tidak menyentuh. Tersentak hatinya seketika. Lelaki itu senyum sambil membetulkan nafasnya.

“hi sahabat, jauh u merenung..teringat somebody ker?” bicaranya dengan nafas yang masih tidak sekata.

“of coz la… lama tak nampak u sekarang. Jalan jauh ke?” balas Lisa .

“yup..why? rindu I ker? “ galaknya dia ketawa.

“u wish la En Reza…” cebik Lisa sambil memandang kembali ke laut.

Reza,  lelaki yang pernah di langgar di café semasa meetingnya dengan Datin Noraini dahulu. Lelaki kacak yang kerap berada di sekelilingnya. Walaupun mereka dekat bersama tetapi seperti tidak bersatu rasa bahagia itu. Umpama ada sesuatu yang menghalang dalam hubungan mereka. Komunikasi mereka amat baik, tidak pernah walau sekali dalam tempoh setahun ini mereka bertengkar.

Jika ada yang merajuk, pasti cepat yang satu lagi memujuk. Tiada kata yang mengesahkan ikatan mereka. Ungkapan sayang dan rindu kerap di dengar dari lelaki itu sejak akhir2 ini.

Kadang kala menerbit rasa kurang enak dan pelik. Namun ia hanya di anggap sekadar kenakalan lelaki . Lisa tidak pernah mendengar luahan hatinya yang sebanar, ungakapan ‘aku cinta padamu’ pun tiada, jauh sekali ungkapan yang lebih bermakna. Teman tapi mesra. Lisa mula bermain dengan segala fakta yang ada….

Latar belakangnya juga Lisa tidak tahu.Lisa merungkai laluan mereka..Kebiasaan mereka berbual tentang isu2 semasa, tidak pernah satu pun latar belakang masing2 di utarakan.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 28-9-2010 08:26 AM | Show all posts
“pantai… adakah aku telah temu kasih yang hilang? Siapa lah yang akan menjaga dan melindungi aku sepanjang hidup ku di muka bumi ini.. Ombak, adakah aku juga akan dapat pasangan yang setia seperti kau dan pantai. Hopefully…” hatinya berbisik.

Renungannya beralih ke satu pasangan muda. Tergeleng2 kepalanya, meluat melihat aksi berani mati pasangan itu. Mungkin pasangan ini pelajar IPT berhampiran. Ibu bapa jauh, hilang terus pagar dalam hidup mereka.

“u teringin nak buat macam tu ker.. sebagai sahabat, I sanggup tolong u” selamba Reza bercakap, rupanya dia melihat pandangan ku tadi.

Aku hanya mencebik, malas untuk melayan guraunya lagi. Aku bangun terus menuju ke kedai makan meninggalkannya tanpa pesan.

“marah ker…? Merajuk…?” Reza menatap wajah ku. Seperti ada panahan yang lembut tapi bersahaja sambil duduk di kerusi di hadapan ku.

Aku hanya menjawab setelah pelayan mengambil order kami.

“tak la.. malas nak layan ayat u yang over” Aku memberanikan menentang matanya..

“what?”

“lu piker la sendiri….” Terhambur tawa kami.

“so macam mana u sekarang?” Reza mula berbicara apabila tawa kami mula reda.

“macam biasa, rezeki makin murah.. hari ni baru ada masa nak manja kan diri” ujar ku bersahaja.

“free la hari ni…? Boleh tengok wayang” cepat dia bertanya.

“sekarang jer free..petang nanti I dah ada planning . Esok blh?” sesungguhnya aku pun tak mahu melepaskan peluang untuk bersamanya. Kenapa lah aku boleh berperasaan begini. Adakah kerana wajahnya yang boleh di masuk checklist model atau sikap nya yang suka melayan kerenah ku.

Tapi dia juga suka menyakat aku yang melampau.
Makanan di pesan kami nikmati. Setelah lama tidak berjumpa pelbagai cerita kami berkongsi. Kebanyakannya semua isu2 semasa.

Aku selesa begini. Memang diakui Reza mempunyai ciri2 yang ku cari tapi entah mengapa hati seolah beku untuknya.

Reza terus berlalu setelah menerima satu panggilan telefon. Berubah air mukanya, mungkin sesuatu yang penting. Aku hanya berdiam diri melihat dia seakan ingin sembunyikan sesuatu.

Aku hayati suasana dari tempat duduk ku itu. aku lihat kembali ke arah lautan. Tiba2 kedamaian ini menggamit rasa rindu pada kanak-kanak yang dah lama tidak di jumpa,Kira.  Hanya panggilan telefon sahaja yang menghias kehidupan kami bila rindu mendatang.

Adakalanya tidak perlu dimulakan, Kira terlebih dahulu akan telefon menyatakan rindunya. Mulutnya tidak berhenti  berbicara, ada sahaja topik si kecil itu. Suaranya yang comel petah bercerita dan mengadu semua yang dialami, di marahi papanya, di tegur oleh guru, di usik oleh kawan2 nya dan berbagai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 04:12 PM | Show all posts
mula2 terpikat dgn anak lama2 terpikat dgn papanya pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:44 AM | Show all posts
morning semua... fazss xde n3 ke ari nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 11:26 AM | Show all posts
mula2 terpikat dgn anak lama2 terpikat dgn papanya pulak
asnita Post at 28-9-2010 16:12

    hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 12:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 29-9-2010 12:40

n3 baru... selamat membaca dan terima kasih kerana menunggu... komen jgn lupa k...

****************************************************************

Petang itu aku bersama Kira dan Mak Yah di kebun kecil di belakang banglo mereka. Pelbagai perkara kami bualkan. Kira yang manja dengan Mak Yah kini seolah manja dengan ku lebih dari itu. Setiap perkara dalam hidupnya dia ingin pandangan dari ku.

Wajah yang comel itu ku tatap, seperti terlalu besar beban rindu ku padanya. Setiap butir bicara yang di ucap selalu mampu meleraikan berat fikiranku. Dahulu,jika aku tertekan dengan segala perkara di sekeliling aku hanya akan menghirup udara pantai tapi kini..telatahnya juga menghiburkan aku. Masalah bukan lagi masalah. Perlukah aku merasa begini? Pantaskah aku?

Aku masih berpijak di bumi yang nyata, aku hanya menumpang kasih anak kecil ini. Apabila tiba saatnya, pasti aku harus merelakan semua ini berakhir.

Tanpa sedar aku melepaskan keluhan kecil, aku teguk sedikit minuman petang, sekadar melegakan tekak yang terasa perit sedikit.

“Lisa…” Mak Yah menyentuh tangan ku di sebelahnya. Segera ku toleh di wajahnya.

“Mak Yah nak Lisa buat langsir baru la..untuk semua tingkap ruang tamu dan pintu. Kalau dapat untuk dapur skali” sambungnya bersungguh.

“boleh Mak Yah, tak ada masalah.. sekarang jugak Lisa buat” jawab ku mesra, terus ketawa melihat kelat wajahnya.

Cepat peha ku di tepuk lembut, sambil terletus gelak tawa kami.

“Lisa,Mak Yah serius la…” mata ku di renung. Indahnya renungan itu. Adanya Mak Yah hilang rasa rindu ku pada ibuku yang jauh di kampong. Terlalu besar kasih wanita ini padaku yang bukan ada pertalian darah dengannya. Keluarga ini melayan ku seperti kami ada pertalian darah, walhal tiada setitik darah dalam tubuh kami yang sama.

“Lisa pun..tapi bila Mak Yah nak siap pasang? Bukan apa, Lisa banyak tempahan sekarang. Kalau nak dalam sebulan memang tak dapat nak siap kan. Seandainya tempoh dua bulan itu boleh…” balasku bersungguh. Tak mungkin aku menolak permintaan orang yang semakin dekat dalam hidupku.

“ok Mak Yah tak kisah kalau dua bulan pun yang penting, Mak Yah nak Lisa yang jahit. Boleh?”

“alamak Mak Yah..Lisa mana reti nak menjahit. Lisa suruh staff Lisa je la.. sama je kan?” usik ku dengan nada yang serius.

“ish..ish.. Tauke Butik tak pandai nak jahit. Ermm..” menggeleng Mak Yah mendengar usikku. Dia kemudian mengambil cawan dan menenguk sebentar.

“kenapa Mak Yah geleng macam tu? Salah ker?” aku masih menduganya.

“ye la.. Lisa..Lisa… Cuba la, Mak Yah teringin sangat nak Lisa yang jahit. Harga double nak?” dia pula menduga ku. Seperti ada yang cuba dikatakan dari permintaan ini. Aku mencongak sendiri.

“ok la..demi Mak Yah yang Lisa hormati, Lisa cuba ok… tapi mesti lebih dari dua bulan” aku masih ingin menduganya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 12:41 PM | Show all posts
“hormat je?berapa lama lagi tambah tu?” tanyanya.

“demand yer Mak Yah sekarang.. ok la, sayang.. boleh? setahun kot..” selamba aku bersuara. Jelas wajah terkejutnya sehingga dia tergamam seketika, mungkin agak keterlaluan  tempoh yang ku nyatakan itu.seakan memahami  gurauan ku, dia tersenyum lebar.

“terpulang la sayang…asal Lisa yang jahit ok” tangan ku di tepuk lembut dan mesra.

“Lisa free tak couple of weeks nanti. Mak Yah nak Lisa teman Mak Yah ke KL, nak shopping sikit.” Sambungnya sambil tersenyum.

“free tu memang la Mak Yah tapi segan la Lisa..” kataku sambil membelai rambut Kira yang telah pun duduk atas ribaan ku.

“auntie Lisa segan ngan sape?” Kira mula menyampuk perbualan kami. Tangannya laju melurut lengan ku. Aku sekadar membalasnya dengan senyuman.
Rupanya masih ada yang menanti jawapanku. Mak Yah masih merenung, menanti butir bicaraku selanjutnya.

“segan ape yer? Bukan tak biasa kita g shopping kan..” seakan ingin menyakinkan aku.

“tu kat area sini, kalau kat KL..jauh la, nak balik hari confirm tak sempat..” seolah mohon difahami.

“tak perlu risau yang lain2, just say yes ok…. Lain2 Mak Yah uruskan.. nak tak?” semakin sayu suaranya.

“jom la auntie…..” Kira mula merengek..
Lina melangkah menghampiri kami laju sambil tersenyum.

“jom la masuk nak maghrib dah.. bincang ape tadi ni, khusyuk sangat” katanya sambil mendukung Kira.

“mama ajak Lisa shopping kat KL dengan kita, dia segan plak..” balas Mak Yah sambil turut bangun masuk ke rumah.

Aku terkedu mendengarnya. Mungkin Mak Yah berasa aku sengaja menolak pelawaannya. Aku mengikut mereka dari belakang, masuk di rumah aku hanya duduk di ruang  tamu bersama Kira. Hari ini lewat pulak shah pulang, mungkin ada mesyuarat petang. Aku mula berkira2 sendiri. Aku memang suka berada di sini tanpanya, renungannya buat aku tidak selesa dan serba tidak kena.

“Kira..jom kita mandi, nanti papa balik dia marah tak mandi lagi..” Lina duduk di sebelah, menggamit Kira yang duduk di hujung kaki ku. Aku menoleh ke arah Lina, hanya renungan ku hantar untuk bertanya lanjut. Seolah mengerti dia memberitahuku, Shah ada mesyuarat petang ini , tepat seperti yang ku duga. Aku hanya menyukirkan senyuman, tidak tahu apa yang harus ku balas.

“Kira nak auntie Lisa mandikan, boleh tak?” bahuku dipeluk dengan erat tanpa merenung ke Lina niat hati itu di suarakan.

“tak baik susahkan auntie Lisa, kesian dia melayan Kira dari tadi. Jom la.. “ Lina masih memujuk, dan Kira masih erat di tubuhku. Matanya mula bergenang, mudah benar air matanya tumpah.

“tak pe la Lina, Lisa mandikan dia.. jom sayang ke bilik.” Kataku sambil menepuk lembut bahunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 12:43 PM | Show all posts
Kira yang girang terus melompat dan menarik tanganku ke biliknya. Lina hanya melemparkan senyum dan terus berlalu ke dapur.

Sejurus Kira bersiap, ku bawanya ke bawah. Di ruang tamu, Mak Yah telah siap dengan pakaian tidurnya duduk bersama Lina dan Shah. Aku hanya senyum mengangguk ke arah Shah yang masih berpakaian pejabatnya. Kira mendapatkan papanya, kulihat..mereka saling mencium pipi dan bergurau senda.

Ya Allah , ku mohon agar anak2 ku kelak akan mempunyai ayah seperti lelaki ini . Penuh kasih melayan anaknya, penuh perhatian membentuk peribadi anak yang makin membesar dan sentiasa mempunyai masa mendengar rengek manja si anak.

Mak Yah dan Lina bangun menuju ke bilik bacaan. Kini tinggallah kami bertiga di ruang tamu yang besar ini. Dua beranak itu masih lagi bergurau senda, aku hanya sesekali mengikut ketawa mendengar bicara si comel.

“kenapa u tak nak join mama g KL?” katanya kemudian. Wajah kami masih ke arah televisyen.

Aku hanya senyap, tak tahu apa alasan yang patut aku suarakan. Aku harus mengakui, kerana dia aku mula rasa serba tak kena di rumah itu. Kenapa dia selalu mendebarkan aku..aku jadi tidak selesa.

“boleh u teman mama i tak?” suaranya seperti meminta dan sedikit mengarah.

“nanti I bincang dengan Mak Yah semula” buat sementara hanya itu yang mampu ku ucap.

“u jangan risau I tak ikut u all shopping.. u segan dengan I kan?” tepat dia menembak. Ini mesti Mak Yah atau Lina telah bercerita. Aku makin kelu. Namun hati ku mula berbicara, andai dia tidak turut serta sudah tentu aku akan mengikut Mak Yah.

“wangi nya…” puji Shah sambil mencium badan Kira. Katanya memecahkan kesunyian di ruang itu setelah hanya bunyi televisyen yang kedengaran.

“mesti la..auntie yang mandikan Kira. Papa busuk…” usik Kira sambil menutup hidungnya. Badannya mula di jauhkan dari papanya.  Kira lari mendapatkan aku apabila Shah mengacah mahu menerkamnya. Terburai tawa kami akhirnya.

“Kira mandikan papa boleh…? Papa penat la.. x boleh nak mandi sendiri..” suara sengaja di manjakan.

Walaupun pandangannya pada Kira tetapi ntah kenapa pipi aku pula yang terasa bahang. Hatiku berdebar tak ingat, rasa seperti jarum detik telah terhenti secara sengaja.

“Kira kecil la papa… auntie mandikan papa la… ” Kira terus memandang aku. Terkunci mulutku, tak sangka mulut yang comel boleh mengarut sejauh itu.

Shah merenungku, sengihnya lebar ke telinga. Ya Allah, kenapa la lelaki ni… kadang kala riaksinya agak melampau. Aku mengambil langkah untuk terus berdiam diri, tidak mahu sebarang perbuatanku menjadi kegembiraan atau kelukaan pada mereka berdua.

“kalau auntie mandikan papa ,nanti papa lemas…” katanya selamba terus beredar ke atas. Aku terpana aku dengan ucapannya. Jangan kata Kira, aku pun tidak faham apa maksud ayatnya itu.

Shah meninggalkan aku dengan soalan yang tak putus2 dari Kira ekoran kata2 nya tadi. Geramnya aku dengan sikap over tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 12:44 PM | Show all posts

 Author| Post time 29-9-2010 12:46 PM | Show all posts
Reply 51# asnita

    dh ada.. selamat membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:13 PM | Show all posts
memintak SHAH ngan LISA nie bersatu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:11 PM | Show all posts
mekasih fazss byk n3...w/pun berdouble2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068328 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list