Netflix dipercayai sedang mencari peserta untuk menyertai rancangan realiti TV yang diinspirasikan dari siri popular Korea Selatan, Squid Game, lapor BBC.
Difahamkan, seramai 456 peserta dari seluruh dunia akan bermain permainan yang telah ditetapkan untuk merebut hadiah utama iaitu wang sebanyak AS$4.56 juta (RM20 juta).
Namun, individu yang tidak berjaya tidak akan ‘dihukum’ mati seperti di dalam drama tersebut, sebaliknya akan pulang dengan tangan kosong.
Platform penstriman popular itu memaklumkan bahawa rancangan 10 episod yang bertajuk ‘Squid Game: The Challenge’ itu bakal memaparkan jumlah peserta paling ramai dalam sejarah realiti TV.
“Peserta akan diuji melalui pelbagai permainan menarik yang diinspirasikan daripada drama Squid Game,” kata syarikat itu.
Untuk menyertai rancangan tersebut, peserta perlulah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Tidak cuma itu, peserta juga perlu berkelapangan dalam tempoh empat minggu bermula awal tahun 2023 untuk proses penggambaran.
Terdahulu, Netflix turut mengumumkan bahawa Squid Game musim kedua akan kembali menemui peminat dengan karakter utamanya, Gi-hun yang dilakonkan oleh Lee Jung-je dikekalkan.
Dalam pada itu, pengarah, penulis dan produser drama itu, Hwang Dong-Hyuk turut mengucapkan terima kasih kepada peminat di seluruh dunia yang terus menyokong drama tersebut.
“Squid Game musim pertama mengambil masa selama 12 tahun untuk diterbitkan tetapi ia hanya mengambil masa selama 12 hari untuk menjadi antara siri Netflix yang paling popular.
“Sertai kami sekali lagi untuk ‘pusingan’ yang baharu,” katanya.
Sumber: BBC
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 15-6-2022 06:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
So game tradisional apa yg diorg nak main ni nanti?
Batu seremban? Congkak? Konda kondi? Galah panjang?? tp semua versi ganas2 la siap peserta sume berbunuh bunuhan spt hempuk pihak lawan dgn mangkuk congkak