CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8753|Reply: 110

[Tempatan] Bariatrik: Badan dari saiz XXL ke M

[Copy link]
Post time 16-6-2022 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Bariatrik: Badan dari saiz XXL ke M

https://www.utusan.com.my/nasion ... dari-saiz-xxl-ke-m/

Oleh ARIF AIMAN ASROL
16 Jun 2022, 8:07 am


ABDULLAH Hilmee Rifin sebelum ini mempunyai berat 116kg (gambar kiri) dan turun kepada 76kg selepas enam bulan menjalani pembedahan bariatrik.

PETALING JAYA: Pembedahan bariatrik bukan sahaja mengubah bentuk fizikal seseorang, tetapi mampu meningkatkan mutu kehidupan dalam menjalani aktiviti harian seperti bersukan, bekerja dan beribadat.

Pesakit yang menggunakan perkhidmatan itu, Datuk Abdullah Hilmee Rifin berkata, prosedur tersebut membantunya dari segi peningkatan taraf kesihatan dan mutu kehidupan harian beliau.

Katanya, dahulu beliau perlu memakai saiz baju yang besar seperti XXL dengan berat 116 kilogram (kg) tetapi selepas enam bulan menjalani pembedahan tersebut, berat badannya turun sehingga 76kg yang membolehkannya memakai baju bersaiz lebih kecil.

“Ia seolah-olah kembali ke zaman sekolah menengah iaitu 10 ke 15 tahun kebelakang. Sebelum melakukan pembedahan bariatrik ni memang saya ada masalah dari segi sendi yang mana sukar untuk bergerak atau senang cedera apabila melakukan aktiviti sukan.

“Antara yang sangat memberi kesan kepada saya adalah sleep apnea, iaitu gangguan semasa tidur yang boleh menyebabkan kematian semasa tidur. Ia menjadikan tidur saya tidak nyenyak jadi apabila mahu memulakan aktiviti harian pada pagi, saya tidak bermaya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pembedahan bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan beberapa bahagian dalam perut. Ia seperti pintasan gastrik dan pembedahan sleeve gastrik antara penyelesaian kepada masalah obes.

Sementara itu, Laila Hafni Rusdi, 31, berkata, selepas menjalani pembedahan tersebut, dia berasa lebih sihat dan yakin dalam menghadapi kehidupan harinnya.

“Saya sangat mengesyorkan mereka yang menghadapi berat berlebihan atau masalah seperti saya, usah peduli dengan stigma masyarakat terhadap pembedahan bariatrik hanya untuk kecantikan sahaja. Lebih baik cegah perkara yang boleh menjadi punca diri menghidap penyakit kronik.

“Banyak orang kata bila kita buat pembedahan bariatrik ni hanya sebab nak berasa yakin dengan penampilan diri semula dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, perkara utama adalah demi kesihatan, mahu menyelesaikan masalah sendi, penat serta tidur yang terganggu disebabkan berat berlebihan,” jelasnya. – UTUSAN


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke M tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:28 AM | Show all posts
ramai orang keluar duit EPF, yg 10 k tu, dan yg umur 50-55 tu dpt withdraw EPF tgh tunggu giliran nak potong usus...

raya hari tu ramai kawan2 sedara mara wa yg plan nak buat benda ni...

silap2 ada yg amik personal loan ni

mmg betul la, jual ubat kurus, ubat cantik, senang laku, senang jual, sebab tu la ramai orang jual kosmtikk kaya raya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2022 09:30 AM | Show all posts

Kalau tengok dia punyer current berat is 76 kg.  76 kg untuk lelaki, antara M and L, kalau perut tak boroi, then boleh pakai t-shirt M.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:38 AM | Show all posts
Ramai yg buat pembedahan bariatrik lulus dn berjaya nampaknya. Soalan jujur saya, adakah pembahadan begini tidak ada risikonya, maksudnya orang boleh mati sewaktu pembedahan?  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:38 AM | Show all posts
kalau utk kesihatan elok la buat
tapi masih kena jaga makan kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo begini helok resultnya memang kena buatlah...kaki x lenguh anak menampung berat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:44 AM | Show all posts
bersenam dan kawal makanan - cara mudah dan murah tapi lambat kurus
pembedahan - kos tinggi tapi effect kurus cepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 16-6-2022 09:28 AM
ramai orang keluar duit EPF, yg 10 k tu, dan yg umur 50-55 tu dpt withdraw EPF tgh tunggu giliran na ...

Laaa.....dah umor 55 pun berani nk buat benda² gitu.....kojol nati tak merasa enjoy dgn duit jerih perit bekerja dulu.....

Buat je lah IF......
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
senangnya skrg nak kurus ye, zass operate tukar saiz, tapi kan dari asalnya mcmana boleh membesar tu, patutnya dari awal di kawal, bila takde gemuk sangat, diet jaga makan dan bersenam boleh je kurus

yg buat bariatic ni gula dan kolestrol terkawal ke bila dah kurus
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:57 AM | Show all posts
6 bulan dapat turun banyak tu..amazing..tapi badan ada geleber ke, turun mendadak gitu
kalau nak jaga makan senam , 6 bulan baru berapa gram dapat kurang, cukup sabar ke mengejar result..last2 tukar jadi redha dengan kegemukan .
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:57 AM | Show all posts
nolya replied at 16-6-2022 09:38 AM
Ramai yg buat pembedahan bariatrik lulus dn berjaya nampaknya. Soalan jujur saya, adakah pembahadan  ...

ada banyak juga kes bariatrik yang berjaya yang saya tahu. ada artis dan anak artis yang meninggal juga, khabarnya sebab bariatrik tapi tak dihebahkan punca sebenar kematian mereka. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri kurus cara mcm ni..

Aku pun dah gemok...berat sekarang 53kg...ni usaha tgh turunkan ke 48kg balik..adoi..susah gila sb asyik mentekedarah mlm2 duk mkn lagi...mana x naik.badan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:11 AM | Show all posts
Just fikir la weh.
Ko maybe akan rase sihat skrg, pas ko turun berat.
Tp masa depan cemane?
Mende dah dicipta elok, nk dibuang2 pulak.
Bukan mendatangkan mudarat pun.
Yang mudarat tu adelah perbuatan kita sendiri.
And orang kita semua nk shortcut.
Tu sbb MLM dan scammer ni smpi AJM pun akan terus dpt tipu orang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:13 AM | Show all posts
Kalau badan camtu berbaloi la buat bariatrik. Ni ada yg xgemuk mana dok sibuk nak buat. Lantak la badan korang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 16-6-2022 09:30 AM
Kalau tengok dia punyer current berat is 76 kg.  76 kg untuk lelaki, antara M and L, kalau perut t ...

Bergantung ada ketinggian dan composition badan dia. Sekali imbas tengok badan dia masih nampak gemuk lembik. Tak macam saiz M pun. Kalau jenis mascular 76 barulah tak nampak gemok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 02:33 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 16-6-2022 09:51 AM
Laaa.....dah umor 55 pun berani nk buat benda² gitu.....kojol nati tak merasa enjoy dgn duit jeri ...

aku pn tak paham sgt, sebab akak tu cakap dia ada kencing manis, obesiti, high bloood, so doc tu recommend dia buat, dn insurance dia cover 50% cost utk benda ni sebab ada penyakit...

tp aku tgk wajah nya mcm lebih nak kurus ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk??
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau produk pemutih tu agak2 jangka hayat adalah dalam 5 tahun lepas telan, yang ni berapa tahun plak? Banyak pantang kan lepas buat BS. Tapi dia ni takde lah muka auto muram, leher ayam pun takde. Maybe sebab masih muda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:58 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 16-6-2022 02:45 PM
Kalau produk pemutih tu agak2 jangka hayat adalah dalam 5 tahun lepas telan, yang ni berapa tahun pl ...

ada kenalan beli qu putih, tbyk pantang,

skrg dah 45 , malas nak layan pantang, kulit gelap, kusam,

beli qu puteh balik, dah tak jalan, minum pening kepala... bg aku try,

ceh tak nak la, buat apa nak  puteh,  nescafe tak leh minum, teh tak leh, ada la pantang nya,

biar hitam asal hepi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071765 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list