View: 4133|Reply: 40
|
Hamil Pun Tak Dihirau, Isteri Rasa Macam Pengemis Suruh Azankan Anak Pun Suami Tak Nak
[Copy link]
|
|
Kisah mengenai Nabielah Ma'aseh, 21, meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi beberapa video di media sosial.
Nabielah sempat memperincikan kisah pertemuan dia dan bekas suami yang membawa kepada pernikahan mereka pada bulan Mei tahun lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/104037jxhahs2xqbmheaqz.png) Foto: mStar
"Saya berasal dari Kelantan, dia pula dari Kuala Lumpur. Saya merantau dan kerja di Ampang. Masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya ada masalah di tempat kerja, macam kena tipu gaji. Jadi saya pun update media sosial mencari kerja part time.
"Kemudian bekas suami komen story saya, ajak kerja jadi business partner. Jadi kami berkenalan sejak tahun 2020. Kami buka gerai, berniaga makanan. Saya bahagian masak-masak," ujarnya kepada mStar Online.
Bercerita lanjut, Nabielah berkata dia sudah berpunya pada waktu itu, namun mengorbankan cinta lama demi lelaki itu kerana melihat keikhlasannya untuk bersama.
Nabielah juga terbuka hati untuk meneruskan hubungan memandangkan dia menerima layanan baik daripada keluarga bekas suaminya, pada waktu itu.
"Bertahun-tahun bercinta, tapi bekas kekasih tak pernah ajak kahwin, macam tak serius. Kemudian bekas suami beritahu mak dia, bahawa dia nak kahwin dengan saya. Saya pilih dia sebab kami lalui susah senang bersama, keluarga dia pun ambil berat mengenai saya.
"Mak ayah kami pun setuju, jadi saya rasa ini pilihan yang tepat," ujar Nabiela yang tidak menyangka segala keindahan itu bakal bertukar kepada episod duka dalam hidupnya.
Dakwa wanita itu lagi, dia mula menerima mesej pelik daripada beberapa perempuan selepas berkahwin, namun cuba bersangka baik kerana percaya akan suaminya.
Lebih malang katanya, dia juga pada masa itu baru sahaja mengandung, sekaligus memberi tekanan yang hebat kerana menerima layanan kurang baik daripada suami.
"Selepas kahwin, saya dapat amaran daripada skandal dia. Dia suruh saya hati-hati dengan suami. Tapi selama saya kenal dia, saya sikit pun tak nampak dia ada perempuan lain atau skandal. Saya rasa orang nak kacau, saya anggap macam fitnah.
"Masuk minggu kedua ada lagi warning. Saya dah rasa lain. Selama kenal, saya tak pernah nampak buruk dia. Apabila dah kantoi, dia dah mula marah, tunjuk baran dan tak boleh terima nasihat.
"Masa hujung Jun 2021, saya buat ujian kehamilan sebab lambat datang haid. Pada masa sama, saya rancang nak buat kejutan birthday dia. Saya balik kerja, buat persiapan sejak pukul 7 malam.
"Dia sedang main game dalam bilik, saya ajak dia keluar bilik pukul 8 tapi sampai pukul 11 dia tak keluar. Pukul 11 saya masuk dan tutup game dia. Jadi dia marah. Kemudian saya tunjuk hasil ujian kehamilan pun dia tak kisah," dakwanya.
Menurut wanita itu, dia turut berpindah ke rumah mentuanya dengan harapan lelaki itu akan berubah, namun keadaan bertambah teruk kerana mendakwa tidak menerima sokongan sesiapa.
Tambah Nabielah, dia juga mengalami depresi sehingga pernah dirawat di hospital sehinggalah akhirnya membawa diri dari kediaman tersebut.
"Bulan Februari lalu saya masuk hospital sebab depresi. Suami hantar saya ke hospital, sepanjang dirawat tak sekali pun dia hubungi saya. Pada hari nak discaj, saya hubungi dia tapi ada perempuan yang jawab marah-marah, siap tanya siapa saya? Dari situ kami mula gaduh besar.
"Balik rumah kami gaduh makin teruk. Jadi malam tu saya keluar dari rumah dan pergi ke sebuah hotel untuk tenangkan diri. Masa usia kandungan lapan bulan, saya akhirnya balik Kelantan. Lepas tu dia dah tak contact saya terus," dakwanya.
Paling menyedihkan kata Nabielah, dia mendakwa bekas suaminya tidak menghiraukan permintaannya untuk melaungkan azan terhadap bayi yang baru dilahirkan sehingga dia bertindak membuat pendedahan menerusi aplikasi TikTok.
Kata Nabielah lagi, selepas video menjadi tular barulah lelaki itu datang ke Kelantan untuk menyelesaikan urusan sijil kelahiran sebelum mereka sah bercerai pada 24 April lalu, cukup sebulan selepas dia melahirkan bayi pada 24 Mac.
"Macam-macam saya usaha, dia tak hiraukan saya sampai saya bersalin. Saya minta dia azankan anak pun dia 'palau' saya, rasa macam pengemis. Seminggu saya dah bersalin, dah buat cukur jambul pun suami tak ada. Tapi dah sampai seminggu, itu yang saya luahkan dekat TikTok.
"Selepas beberapa hari video viral, abang saya dah masuk campur, minta dia lepaskan saya dan selesaikan sijil lahir, baru dia datang. Pada saya, saya hanya kongsi untuk pengajaran kepada orang lain. Bukan niat nak buka aib. Saya pun tak ada sebut nama keluarga dia, cuma kisah itu terlalu kejam," dakwanya lagi.
Kata Nabielah, dia baru sahaja kembali semula ke ibu negara dan mengakui hidupnya kini jauh lebih tenang biarpun terpaksa menahan rindu berjauhan dengan anak yang dijaga keluarganya di Kelantan.
"Takkan tak rindu (anak). Dia je peneman saya. Tapi saya bersyukur dah tiada siapa kawal hidup saya. Sekarang hidup saya jauh lebih tenang, selama ini saya depresi duduk dengan ubat. Sekarang dah tak fikir depresi, saya fikir komitmen hidup je.
"Di TikTok, saya menerima sokongan dan ada juga kecaman netizen. Saya buat video bukan nak tuntut apa-apa, saya nak dia berubah untuk masa depan dia, agar tak buat lagi. Lepas cerai, saya nampak rezeki. Misalnya rezeki kesihatan.
"Saya hanya mewakili berjuta wanita kuat tanpa lelaki. Orang kecam saya tak kisah. Niat kerana Allah, saya hanya nak beri pengajaran. Cerai bukan pengakhiran hidup. Saya juga tak menyesal kahwin masa umur 20. Saya rasa bersyukur Allah uji begini, saya jumpa kekuatan saya," ujarnya mengakhiri bicara. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah napa la kau lelaki nak aniaya bini sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerai is not the end of it. So is berkahwin. Get that one right ya bbnu sekelian!
|
|
|
|
|
|
|
|
So. Nak bjual product ape lepas nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Dedah je la laki ko tu dekk supaya takde wanita lain yg terpedaya dgn laki2 bewak nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ex bf dicurangi tersenyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 ex bf dia pun mencurang blkg dia kaka.. bertahun kapel, tp x pernah nak ajak kawen.
lpstu kaka.. ntah2 skrg dah jumpa exbf tu blk semula ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu meroyan di media sosial. Lepas tu jual produk. Pelik dengan peel manusia akhir zaman ni. Lepas tu tak nak dedahkan pula bekas laki. |
|
|
|
|
|
|
|
satu je nak komen .. muka dia nampak jauh lebih tua dari umur sebenar. tapi baby nampak gebu gebas. |
|
|
|
|
|
|
|
Bbnu sekarang ni senang je kawen cerai. Anak tinggal kat kampung, mak pak jaga. Hidup jangan buta perut sangat ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib la viral kan so dtg jgk laki taguna settlekan sijil lahir. Kalau tak kesian kt anak n mak kena bersusah2 pula. Bgs la dek ko ceraikan saja laki taguna mcmtu, buat apa asal berlaki sedangkan ko boleh bahagia. Syabas dek buang laki toxic mcmtu dlm hidup |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 16-6-2022 05:17 AM
ntah2 ex bf dia pun mencurang blkg dia kaka.. bertahun kapel, tp x pernah nak ajak kawen.
lpstu k ...
Sheol baru 21 yachhhh kalau aiol pun tamau kawin muda gitchuuuu ntah2 berboipren dari umo 15 ka 16 tauun dah berangan nak kawin kalau komplen bertahun2 couple tapi bf tak serius ajak kawin. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kes pertama dah banyak kes macam dia ni dilapurkan tapi macam biasa siapa je nak ambil hal. Masa buat keputusan terburu2 dulu tu tak nak fikir habis2 baik buruknya keputusan yang diambil. Dia masih bertuah sebab ada keluarga yang masih ambil berat. |
|
|
|
|
|
|
|
bab laki curang tu cash la.sebab kau pon curang dengan ex bf. |
|
|
|
|
|
|
|
padanla muka ko dik. sukati je tinggal ex bf pastu kawen dgn lelaki mana ntah. tp tetaplah kesian jugak kat anak sheol. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman skrg kawen utk menala beranak tinggal dan repeat org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 16-6-2022 12:51 PM
Ex bf dicurangi tersenyum sinis.
wah, terkesima baca komen ni tapi ada betulnya jugak..dia bercinta dgn ex hasben masa masih jadi gf org ya |
|
|
|
|
|
|
|
haritu i hire orang utk jaga anak iols jap. i ada kat rumah sekali la. dia muda sangat. i korek2 cerita dia umur baru 20. org salah satu daerah diselatan. merantau cari kerja .dah bertunang .tunangnya orang serambi mekoh. tunang nya hantar naik motor ke rumah iols. iols tengok dari dlm. sheols cakap dah nak kawin ( and sekarang dah kawin dah sbb iols tgk story whatsapp sheols. kawen biasa saja baju kawen pun takdak) . so masa dia jaga anak i tu sambil borak2 i tanya tunang tu ok tak. katanya family yang kenen kan. iols nasihat la kena pk btoi2 nak kawen. muda lagi. biar ada duit. harap2 takda la pengakhiran begini. |
|
|
|
|
|
|
|
ko pon curang dek, 2×5 jah. tak logik alasan exbf tak ajak2 kawin dah bertahun kapel ko baru 21 kot tahun ni walaupon muka cam 41. baby tu je la nak kesian pon |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 sekarang byk nak kawen awal ya, bukan bagi stabil dulu. Asal ada org berkenan, sauknya je yg mana dtg dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|