CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 978|Reply: 6

Peguam Bangladesh Pula Tambah Ketegangan Hina Nabi Muhammad

[Copy link]
Post time 16-6-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peguam warga Bangladesh dilaporkan menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial pada Rabu, menambahkan lagi ketegangan sedia ada di seluruh negara itu.


Hantaran di Facebook itu tular di media sosial ketika negara Asia Selatan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu berang terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, minggu lalu, lapor Agensi Anadolu.




Mahkamah Agung Bangladesh





Peguam lain yang mengadakan bantahan besar-besaran di Mahkamah Agung Bangladesh, tempat peguam itu bekerja, turut merosakkan pejabatnya.


Mereka turut mengadakan perhimpunan mendesak peguam itu segera dihukum, manakala Majlis Peguam Mahkamah Agung Bangladesh sudah pun menggantung keahlian peguam terbabit.


Satu kes sudah pun difailkan terhadap peguam terbabit di Balai Polis Shahbag, Dhaka pada malam Rabu.


"Kami sudah pun menerima kes yang diklasifikasikan sebagai diari aduan (GD) dan akan menyerahkan laporan itu kepada unit siber esok (Khamis) untuk siasatan,” kata pegawai bertugas, Moudud Hawlader kepada Anadolu.


Kenyataan peguam itu amat mengguris sentimen Islam dan menggugat keharmonian penduduk, menurut laporan polis itu.


Seorang peguam kanan Mahkamah Agung, Md Jashim Uddin, menegaskan, tindakan yang dibuat peguam itu amat tidak dijangka.


"Kami menuntut hukuman teladan supaya tiada lagi yang berani melakukan perbuatan keji menghina Nabi bagi memusnahkan keharmonian penduduk negara ini,” kata Uddin.


Sementara itu, parti Islam terbesar Bangladesh, Islami Andolan, mengumumkan ia akan mengadakan perarakan ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Dhaka pada Khamis bagi menyerahkan memorandum menuntut supaya hukuman dijatuhkan ke atas dua pegawai parti itu.


Tunjuk perasaan besar-besaran turut diadakan di Bangladesh selepas solat Jumaat minggu lalu berhubung perkara itu.


Kerajaan India sebelum ini menyatakan, kenyataan yang dibuat pegawai parti itu - seorang daripadanya digantung keahlian manakala seorang lagi sudah pun dipecat - tidak menggambarkan pendirian sebenar parti.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai umat Isle sedonia........tak bolih ke bertindak dengan mengguna akal sikit.  Ini tak habis2 emo...buat gelak dek orang je
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:42 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 16-6-2022 04:53 PM

kat malaysia ni pun orang Isle nya ramai anti Nabi, tak beriman pada Nabi.

tapi mereka low profile. geng2 Quranist.
anti kitab hadis, dan anti ulama.

ni contoh channel yang buat orang terjebak jadi Quranist.
https://www.youtube.com/c/MarvelousQuran/videos

tafsir Quran ikut logik sendiri,
pada mereka - hadis, kitab hadis dan semua ulama hadis adalah korup.

sahabat Nabi yang paling banyak riwayat hadis, Abu Hurairah,
juga di label korup.

secara tak langsung sunnah Nabi pun korup,
sebab itu semua hanya ada dalam hadis.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Isunya kenapa masing2 takut sangat dengan agama Islam. Sampai nak bunuh2 tetiba. Rasa terancam macam dunia ini korang yang punya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 06:28 PM | Show all posts
Mula dari India dah berjangkit ke Bangladesh yang dok ada kerja kat tanah air ni pun katanya ada yang dah tersampok dengannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-6-2022 05:40 PM
Nuklear jangan tak nuklear!

Senyuman sinis juga boleh mencetuskan ketegangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.083725 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list